Sambungan dari entry yang lepas-lepas ya...


Saja nak abadikan kisah cuti di hari terakhir kat dalam ni.

Hari terakhir.
Flight kami jam 1:50 petang.
So sempat la kita bekfes dulu kat resort kan.

Last day ni takde la nak ke mana-mana kan.
So moh la kita pusing-pusing keliling resort aje.
Lupa citer, resort Sri Kijang ni terletak di area Pantai Cenang.


Ada pelbagai jenis bilik, chalet, banglo.
Kalau korang baca dari trip pertama, korang mesti perasan yang ako ada mention, resort ni ako booking last minit dan tak sangka ako berjaya plak mendapat unit Chalet (5 bilik). Asalnya nak ajak semua adik beradik tapi hanya ako n kakak ako je dapat pegi masa ni.



Tenang aje kan keliling resort ni.
Memang tiap kali pegi pun rasa cam x moh balik KL! hahaha...


Gangster cinonet...
Jangan main-main dengan dia ni, sekali dia jerit, lari burung-burung kat situ hahaha... 😆


Babai resort Sri Kijang, Uyum dah nak balik ni.
Ntah bila dapat jejak lagi kan..


Kami sampai epot awal juga la.
Saja sampai awal sebab bawa budak-budak ni kan, faham-faham je la.
Biar check in awal, senang bole rileks-rileks sket kat airport.


Awal-awal dalam fligh dia ada sinyum.
Pegi kami naik AA tapi balik kami naik Malindo.
Lega sebab tak risau overweight luggage nya hahaha


Penat dah tu terus terlelap sampai la touch down KLIA.


Pastu dia buat perangai.... melalak, tak moh turun dari kapal torobang.
Terkejut sebab kejut dia bangun tido pun salah satu sebab juga.
Tak pasal-pasal, ako jadi orang terakhir turun flight.
Kita pun upah la dia gula-gula beso tu.
Baru la dia kurang nangis.


Uyum dah tak sabar nak jumpa ngan MAMA agak nya ni.
Masa ni dah otw balik dalam van.

Terima kasih yang sudi baca cerita Uyum bercuti ke Langkawi tahun 2019.
Hahaha... harap-harap tahun-tahun hadapan Uyum dapat jejak ke Langkawi lagi.
Kali ni Uyum nak naik bot katanya! sebab dia pernah tengok abam ABIN naik bot masa gi sana dulu.

Semoga lepas ni kita dah bebas sket untuk bercuti ye.

Nota Jemari: Sorry ye kengkawan, lately ni kebizian yang amat sangat.. tak sempat nak BW 😁