Korang pernah dengar penyakit SLE tak? Atau kadang orang sebut penyakit Lupus?!
Ekceli ako pun baru juga tau pasal penyakit ni.
Result check-up ako arini masih tiada perubahan.
Masih sama seperti kali terakhir ako check-up 2 bulan lepas.
Ermm doktor suspek ako kemungkinan ada SLE.
Memandangkan ujian air kencing (urine) ako masih lagi terdapat darah dan protein.
Ako jadi blur!
Sebab tak tahu apa itu SLE!
Ako just dengar je apa yang doktor explain.
Memandangkan buah pinggang ako mengecut dedua belah, jadi doktor tak nak tunggu lagi lama, terus dia suggest untuk ako buat test SLE.
Untuk buat test SLE ni, kena banyak la amek darah dan contoh urine.
Kali ni, dia nak test urine ako dalam 24jam.
Makna nya, dalam 24 kan ako perlu sediakan contoh urine dalam botol yang diorang provide, lebih kurang dalam 1.5 liter gitu. Bapak pengsan oii dalam 24jam, setiap kali kencing, ako kena masuk kan dalam botol tu. Tujuan dia nak test berapa banyak lagi protein sebenar yang terkandung dalam urine ako.
Tadi pun 2x diorang amek darah ako.
Follow-up bulan depan pun diorang akan amek darah ako lagi.
At the moment, ako takde rasa pape lagi.
Walau lepas baca info pasal SLE ni yang kadang-kadang katanya bole bawa maut, tapi buat masa ni ako masih positif lagi!!
Dan ako berharap keputusan ujian tu nanti adalah negatif.
Means bukan la disebabkan SLE.
Harap korang pun doa-doakan la juga ye agar ako takde penyakit SLE ni.
Meh ako share sket apa itu penyakit SLE buat info korang semua.
Hasil carian ako di gugel,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.
Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.
Ciri-ciri penyakit ialah:
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.
Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.
Ciri-ciri penyakit ialah:
- Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
- Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
- Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
- Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
- Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
- Sawan, strok dan gangguan mental
- Risiko untuk mendapat darah beku
- Kerap keguguran bayi
- Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
- Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Lagi secara terperinci, korang boleh baca kat sini --> http://lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau diikutkan ciri-ciri kat atas tu, tak pernah plak ako alami.
Kecuali yang no 10 tu je la.
Harap-harap result test bulan depan ni, bukan la penyakit SLE.
Nota Jemari: Kena jadi positif, ok!
27 Comments
Get well soon
ReplyDeleteinsyallah... tq rabia :)
DeleteWelcome kakak
DeleteInshaAllah, semoga dijauhkan dari segala penyakit dan dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteInshaAllah keputusan nanti sihat, normal, ada terbaca untuk elak protein dalam urine, makan sayur dan buahan, minta sis check dulu betul tudak ya, berbanyak berdoa. InshaAllah moga sembuh dan sihat, Aameen.
ReplyDeleteBaru tahu tentang penyakit SLe ini
ReplyDeleteSemoga dipermudahkanurusan perawatannya dan akan kembali afiat
Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik, dik.. Fighting!
ReplyDeleteAamiin. Semoga bukan seperti yang dijelaskan. Bukan SLE. Kita sama-sama berdoa.
ReplyDeletemOga baik2 saja kak Ret. Risau pulak dengar.. ^^
ReplyDeleteDengan izin Allah.. La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil Azim
ReplyDeleteStay positif..
Kawan suami ammi, isterinya ada SLE dr sekolah lagi. Alhamdulillah masih kuat hingga harini.
Be positive ok
ada jugak kenalan yang ada SLE ni. semoga terus diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteSLE ni logonya kupu-kupu.. Dulu saya ada kenalan blogger yang ada SLE ni... Memang agak sukar kehidupannya dengan adanya penyakit SLE... Muda lagi blogger tu.
ReplyDeleteInsyaallah semoga dipermudahkan semuanya..
ReplyDeletePernah baca tentang SLE. Hopefully result KakRet nanti negative dan bukan SLE. Aaminnn...
ReplyDeleteinsyaAllah semuanya ok kak ret. sentiasa berfikir positif tau!
ReplyDeleteSemoga baik baik sahaja.. Mula mula dengar pasal SLE ni masa kes pelatih PLKN yang kecoh dalam TV dulu.. Tu first time dengar SLE.
ReplyDeleteHarap-harap bukan. Amin.
ReplyDeleteHarap xde apa la...jangan risau ok..SLE ni kemungkinan keturunan pun ada potential bila SA tanya adik SA...well..kita fikir yang elok2 je ok...
ReplyDeleteHarap negative lah resultnya. Dengar kena amik darah sampai dua kali rasa macam diri sendiri pulak yang kena.Wu3.
ReplyDeleteAllahu..semoga result negatif..
ReplyDeleteallahuakbar , semoga Allah angkat segala penyakit Kak Ret
ReplyDeleteSemoga tak berbahaya ya kak Rey.. ponakan saya terkena lupus atau penyakit auto-immune ini. Tapi dengan pantangan ketat dan pengawasan dari dokter, insyaallah dia okelah. Semoga kak Ret juga begitu yaaa. stay positive akak...
ReplyDeleteSaya doakan mudah-mudahan keputusan ujian darah dan urine Kak Ret negatif. Pada masa yang sama saya juga doakan agar doktor dapat kenal pasti masalah kesihatan sebenar yang Kak Ret alami. Be strong! Insya-Allah semua OK!
ReplyDeletetahu pasal penyakit lupus ni lepas baca novel Rose Harissa, baru tahu Selena Gomez pun ada penyakit ni. stay strong sis. semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeleteSemoga Kak Ret dijauhkan dari penyakit berbahaya seperti SLE. Jaga diri ye dan sentiasa monitor kesihatan tau
ReplyDeleteAkak tahu pasal penyakit SLE ni sebab dulu pernah viral tentang seorang adik ni yang mengidap lupus. Tapi, akak nampak macam tak ada pulak persamaan sakit yang dia alami dengan Ret. Mudah2an tiada apa yg membimbangkan, Amiiinnn.
ReplyDeletePernah dengar dan google pasal penyakit ni sebab dulu pernah nampak ada orang post dia sakit SLE jugakkk. Moga moga yang baik baik sahaja untuk kak ret, takut pulakkk kita baca.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com