Yeehaaa...
Wiken yang lepas, aktiviti kami adalah mandi pool kat rumah aje!!
FUN! FUN! ala-ala water theme park gitu.😁
Kat mana?? Tak perlu nak pegi jauh-jauh.
Waterpark pool by Lulaland kat depan rumah korang aje tau!
Pool ala-ala water park ni sempena hadiah besday Uyum tempoh hari.
Memang dah janji ngan dia, mula tu bagitau kalau Uyum kurus, Nina bagi Uyum pegi mandi 'water park' tapi susah juga nak kasi dia kurus, so Nina tetap tunai kan janji tu juga hahah.
Ako sewa je pun untuk 2h1m...memang sakan oiii budak-budak ni mandi.
Ngan ako-ako sekali main gelongsor muahhahaha...
Pool ni ada macam-macam jenis.
Harga pun mengikut saiz dan bentuk.
Kena booking awal sebab sentiasa aje full.
Actually ada banyak je kat IG tapi untuk permulaan ni, ako cuba-cuba la sewa dengan Lulaland.my ni.
Seperti yang di janjikan, lulaland selamat mendarat kat depan rumah hari Sabtu lepas, lebih kurang jam 10:30 pagi.
Sekejap n senang sangat, ni kalau korang pasang sendiri pun konpom menjadi punya la hahaha...
Tengok budak tu, tak sabar dah nak mandi!
Ni first round tanya air.
Nak tunggu air banyak, lambat la kan.
Jadi kita main gelongsor je la dulu ye.
Kita simpan sini sebagai kenangan.
Aksi slow motion plak.
Seronok tengok diorang mandi!
Ni kalau sewa yg ada 2, 3 slide lagi meriah ni hahaha..
Tunggu la kan, kalau kita dah boleh berkumpul, kita sewa lagi besar, kasi ramai-ramai lagi main!
Masa ni la tetiba rindu plak kat anak-anak buah yg dua orang kat Batu Pahat tu. Insyallh kita doa la supaya cepat-cepat dapat berkumpul semula kan!
Kepada sesape yang nak sewa pool macam ni, boleh la ke IG Lulaland.my
Ada banyak branch kat malaysia.
Boleh contact /wassap no ni --> +60 11-3226 6432 (Kak Lula)
Nota Jemari: Besday tahun depan , harap dapat le pegi theme park betul-betul😁







18 Ulasan
Haha uniknya hadiah. Besar betul dan boleh sewa lama.
BalasPadamhehhee alhamdulilah...
Padamrezeki budak-budak :)
Fuh, laman besa sedap nak sewa nih.. Syiok uyum bermain yooo
BalasPadamada je laman kecil pun bole...
Padamtry view kat IG lulaland tu... ada je rumah condo sewa juga mende ni ;)
Bestnyaaa! Saya yang dah besor ni pun teringin pulak...Tak kempis ke ek..ada limit berat tak..HAHHA... Bestna kalau laman rumah ni besor gituuuuu
BalasPadamhahahaha bkn nona je sorang..
Padamni diri sndri pun teringin nak merasa... sudahnya kita try juga tau!! hahaha so FUN haha walau dah macam dugong nak melompat kebawah :D
Aku haritu nak tempah gak macam ni, sekali kes Johor naik aje masa tu, cancel kejap, tak silap raya haji tu laa.. nanti nak gak laaa.. mesti meriah anaks edara aku tu oii suka..
BalasPadamye lin... memang meriah, ako ajak imran mandi sekali..
Padampastu esok pagi nya ako ajak anak cousin ako datang mandi...
suka btul tgk diorang mandi :)
Ewah ewahhh seronoklah Uyum dan abang Aqeem main air sakan. Takpelah tak dapat pergi waterpark, waterpark ni lagi best dari pagi sampai kemalam selama 2 hari puas hati main. Eh abang abim tak join sama?
BalasPadameh of coz abam abin pun join sama..
Padamabang imran pun join sama hehee... cuma nina x letak je gambar2 diorang :p
special hadiah Uyum tahun ni. Mesti awal-awal dia ingat beli terus kan, bukan sewa. Hehe.
BalasPadamBest betul tengok Uyum. Memang puas la 2 hari 1 malam. Berendam dan main puas puas.
BalasPadamSeronoknya birthday boy main air turun gelongsor bagai!
BalasPadamexcited btol tgk uyum mndi pool tu. dh lama xdpt main air kan. mesti dia happy je..
BalasPadamIni yang dewasa macam saya punnn syok nak mandi jugakk bila tengok gelagat uyyum mandi tuuuu hahahaha, memang syokkk hadiah uyyum dapat tahun ni :D
BalasPadamUwaaaaa bestnyaaa. waterpark dekat rumah je. Tak payah risau2 nak bersesak dkt themepark kan
BalasPadamBestnyer..mak2 bapak2 leh join tak??. Hari tu adalah intai harga dia mak oiii ribu riban lah. Xtahu plak boleh sewa jer
BalasPadamooo boleh sewa ye...ni maunya main x berhenti sampai ke malam ni...mak pak leh join sekali
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com