WATERPARK POOL AT HOME BY LULALAND.MY

Yeehaaa...
Wiken yang lepas, aktiviti kami adalah mandi pool kat rumah aje!!
FUN! FUN! ala-ala water theme park gitu.😁
Kat mana?? Tak perlu nak pegi jauh-jauh.
Waterpark pool by Lulaland kat depan rumah korang  aje tau!

Pool ala-ala water park ni sempena hadiah besday Uyum tempoh hari.
Memang dah janji ngan dia, mula tu bagitau kalau Uyum kurus, Nina bagi Uyum pegi mandi 'water park' tapi susah juga nak kasi dia kurus, so Nina tetap tunai kan janji tu juga hahah.


Inilah pool ala-ala water theme park gitu.
Ako sewa je pun untuk 2h1m...memang sakan oiii budak-budak ni mandi.
Ngan ako-ako sekali main gelongsor muahhahaha...

Pool ni ada macam-macam jenis.
Harga pun mengikut saiz dan bentuk.
Kena booking awal sebab sentiasa aje full.
Actually ada banyak je kat IG tapi untuk permulaan ni, ako cuba-cuba la sewa dengan Lulaland.my ni.

Seperti yang di janjikan, lulaland selamat mendarat kat depan rumah hari Sabtu lepas, lebih kurang jam 10:30 pagi.


Proses memasang pool.
Sekejap n senang sangat, ni kalau korang pasang sendiri pun konpom menjadi punya la hahaha...


Tengok budak tu, tak sabar dah nak mandi!


Hoyeeee jom folo uyum main gelongsor.
Ni first round tanya air.
Nak tunggu air banyak, lambat la kan.
Jadi kita main gelongsor je la dulu ye.


Uyum dan abang Aqeem, memang sakan la diorang main berdua je dulu.


Macam-macam aksi plak dia mandi ye.
Kita simpan sini sebagai kenangan.


Aksi slow motion plak.


Seronok tengok diorang mandi!
Ni kalau sewa yg ada 2, 3 slide lagi meriah ni hahaha..
Tunggu la kan, kalau kita dah boleh berkumpul, kita sewa lagi besar, kasi ramai-ramai lagi main! 

Masa ni la tetiba rindu plak kat anak-anak buah yg dua orang kat Batu Pahat tu. Insyallh kita doa la supaya cepat-cepat dapat berkumpul semula kan!

Kepada sesape yang nak sewa pool macam ni, boleh la ke IG Lulaland.my
Ada banyak branch kat malaysia.
Boleh contact /wassap no ni --> +60 11-3226 6432 (Kak Lula)


Nota Jemari: Besday tahun depan , harap dapat le pegi theme park betul-betul😁