Jeng-jeng ni nak citer sikit, sejak ada Air Fryer (AF) ni kan, semua pun nak masak guna AF. Sangat berbaloi sungguh ako membeli nya. 😍 

Dua tiga hari ni memang menu sihat sokmo.
Semua pun ako masak guna Air Fryer.
Tak pandai masak pun otomatik jadi terror...muahahha..! 😆


Kita cuba bakar ayam semalam tengahari.
Kita dah sesiap perap ayam ni malam sebelumnya.
So far guna AF ni, ako amek masa lebih kurang 20 minit je.
Tapi kalau agak-agak nak lagi ranggup, ko tambah la lagi 5-10 minit.


Hasil nya, Uyum sangat puas hati!
Sedap kata nya...
OK lepas ni masak ayam tak perlu nak goreng-goreng dah..😁


Pastu kita bakar kentang juga.
Kentang ni ako salult sket ngan garam dan "cayenne pepper" plus olive oil.


Cayenne Pepper ni sedap oii!
Pedas n cukup rasa.
Tak perlu nak tambah perisa lain lagi.


Malam nya plak ako bakar tempura fillet ni.
Yang ni sebab dah berperisa black pepper, so tak perlu lah nak salut pape kan.


Makan ngan kentang bakar lagi.
Jadi gian plak nak membakar kentang hahhaa...
Tapi kentang malam ako x salut pape la ye.
memang bakar macam tu je.

Kentang dan ikan tempura ako bakar lebih kurang 10 minit je.


Tengahari tadi teringin makan ikan bakar.
Kebetulan MAMA uyum buat ikan stim sekor setengah.
Lagi setengah bahagian ekor ni ako buat la menu bakar untuk ako plak.
Macam biasa, ako just salut je ngan Cayene Pepper n garam sikit.

Ikan ni plak ako bakar dalam 30 minit.
Sebab ako suka kulit ranggup2 sket hahaha..
Isi dalam pun dijamin masak dengan sempurna!


Kalau tak, takkan la ikan ako bole licin macam ni sekali kan!
Siapa kata guna Air fryer, makanan x sedap?
Eh eh kita yang masak kan dia, so pepandai la improvise kan masakan kita tu.
Alhamdulilah setakat ni, tekak ako masih bole menerima makanan yang dimasak menggunakan air fryer😁

Esok tak sure lagi nak masak apa ye... heheh
Nak cuba bakar udang or sotong la plak lepas ni 😝
Korang dah cuba ke belum?

Nota Jemari: ako jarang BW lately ni sebab tak sempat nak jenguk2 blog... malam-malam camni baru la bole update! Paling-paling pun ako jenguk n baca tapi x komen ye!