Salam pagi Ahad,

Dah plan dari semalam nak ke kubur pagi ni.
Semua pun dah excited especially Uyum.
Dah lama kata nya tak pergi jumpa ABAH.
Jadi hari ni semua pun awal-awal pagi dah bangun.
Ikutkan selalunya pagi weekend memang memasing liat sket nak bangun pagi.

Memang target nak sampai kubur pagi sebab nak elakkan panas matahari.
Kul 8 pagi kami dah sampai situ tapi sadis sebab pertama waktu melawat time pandemik ni dari jam 9 pagi ke 5 petang sahaja. Yang kedua pulak, kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK dibenarkan masuk.

Ermm.... memasing dah sedih!
Uyum cakap, "takpe uyum duduk je dalam kereta , tak kluar. Janji uyum nak pegi kubur!"

Alahaaaiii sian plak.
Tapi nak buat macam mana kan.
Takde rezeki lagi.
Nanti bila semua dah back to normal, kita jenguk abah lagi k.


Bagi mengubat hati yang sedih, jom Nina belanja bekfes.
Hahaha kita makan di Restoran Ramly Bistro, Masjid saidina Hamzah Batu Muda.
Kami sampai sana, kedai baru je buka.
Jadi kami jadi orang pertama yang makan di situ arini.
Lega sket sebab takde orang lagi kan.

Roti tisu pembuka selera.
Dapat makan, memasing dah hilang sikit sedih tu hahaha...
Korang plak sarapan apa arini?
Jom la kongsi cerita :)

Salam hujung minggu semua 😍

Nota Jemari: Sape nak tengok Uyum kurus, tunggu!! 😜