Sajak buat Ainnul Dania Huda

Ainnul Dania Huda,
25 September 2004, kamu mengenal dunia,
Lahir mu ibarat sebutir permata,
Penantian yang dinanti oleh seorang MAMA.

Ainnul Dania Huda,
Kamu tidak pernah menyusahkan MAMA,
Sejak lahir hingga la meningkat dewasa,
Hidup berdua bersama MAMA,
tidak pernah menghalang untuk kamu mengecapi bahagia,
Biarkan mereka!
Kerna kamu dan MAMA ibarat satu nyawa yang PASTI menjadi kebanggan DIA yang maha ESA.

Ainnul Dania Huda,
Kamu membesar dengan cukup sempurna,
Kasih sayang dari MAMA, ATUK dan juga UWAN,
Jangan dipersiakan!
Sayangi mereka sebagaimana mereka menjaga DANIA dari dulu hingga sekarang.

Ainnul Dania Huda,
Kamu anak yang soleh!
Kamu anak yang pintar!
Kamu kebanggan MAMA!
Selagi kamu pasti dan yakin akan BERJAYA,
Belajar lah!
Kerna ilmu yang kamu perolehi, 
suatu hari nanti dapat membuktikan kejayaan KAMU dan MAMA bukan omong kosong!

Selamat Ulang Tahun Dania,
Yakin Boleh!
Hidup pasti BAHAGIA!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
OK fuh....!
Jenuh juga nak buat sajak..
sebab bukan bidang nak buat karya camni..
Jadi la kan..😆

So korang yang belum join, moh lekas oiii!!
Blogger Suria Amanda menanti sokongan korang!
Jom cipta sajak buat Dania.

Tarikh penyertaan : 5 September 2021 - 30 September 2021 (Pengumuman pada 1 Oktober 2021)

Nota Jemari: Kita cuba-cuba aje k!😁