MENU LUNCH WEEKEND HARI TU     MENU LUNCH WEEKEND HARI TU

MENU LUNCH WEEKEND HARI TU

MENU LUNCH WEEKEND HARI TU | hahha punya la dah basi hari nya kan, baru ada kesempatan nak citer. Ahad aritu MAMA uyum beli ketam. Teringin kata nya. Yang reti makan ketam, just ako n dia je la. Budak-budak memang kureng sket ngan ketam. Susah nak makan kata diorang.


Ketam masak sambal telur hancur.
Perghhh memang puas meratah la kitorang.
Untung kan, tak yah nak rebut-rebut ngan dak tiga orang tu.😆


Pastu kita cover la balik makan sayur sket wakakka...
Macam biasa, kita buat la menu Miang Pla Pao versi anakomak lagi, haaha..
Sos dia ako guna sos cili Thai je sudah!


Yang ini menu untuk budak 3 orang tu, menu siakap stim.
Jadi la kan, nasib juga diorang bukan jenis yang memilih makan kecuali sayur hahah
Apa terhidang , semua kasi ngap!

Dapat menu macam ni, memang tak makan nasi dah!
Suka ratah ratah lauk je.
Kalau si Uyum je, wajib nak makan NASI hahah.
Camne la pipi tak bulat kan😆

Kalau korang plak, nasi tu wajib tak?!

Nota Jemari: pssttt buat pengomen Ogos aritu, Uyum dah pilih tau hadiah , so tunggu ye!😁

Post a Comment

26 Comments

  1. Sama dengan Uyum, lauk macam yu sedap dengan nasi, ketam masak sambal telur tu buat kecur air liur aih..

    ReplyDelete
  2. Saya nasi wajib sekali sehari. Kalau tak nak tido rasa lapar je. Rugi la anak-anak oii tak makan ketam. Hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pun kurang makan ketam. Nasi memang kena makan. Kalau tidak tidak kenyang.

    ReplyDelete
  4. Bestnya..tadi takde plak ketam kat pasar..bukan musim kot....dua2 lauk tu membuka selera...

    ReplyDelete
  5. Saya wajib makan nasi sekali sehari, kalau tak nanti nak tidur, perut lapor mintak nasi memang tak boleh bawak bincang hahaha. Sedappp tu kak ret makan dengan mama je ketam hahaha. Saya pun tak reti mana nak makan ketam. Kalau makan selalu la kena bebel sebab isi ada lagi, tapi saya tak makan >.<

    ReplyDelete
  6. Wooo! Sedap2 semuanya. Ratah-meratah memang best!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ketam masak telur hancur . Memang menyelerakan . Dah lama ccl tak cuba buat resepi ni

    ReplyDelete
  8. Terliur la tengok ketam tu. Nampak lemak lemak pedas rasanya..

    ReplyDelete
  9. sedapnya ketam, dah lama tak makan ketam. daktiga tak pandai makan ketam. tapi kalo kerang, memang cukup suka.

    ReplyDelete
  10. sedapnya sambal ketam telur hancur tu..
    yg bestnye part x perlu berebut tu. haha

    ReplyDelete
  11. Nasi letak tepi dulu kalau macam ni..dah syok makan lauk je. Mantap ah.

    ReplyDelete
  12. Sedap semuanya. Memang sy pun suka masakan yg simple mcm ni...

    ReplyDelete
  13. Mereciks ya menu weekend Ako.

    Mrs. A sama macam Uyum wajib nasi hehehee...

    Kalau makan ketam tu selepas dah selamat makan nasi barulah sesi meratah ketam tapi kena amik siap-siap dulu takut ketam habis muahahhaaa...

    ReplyDelete
  14. Tak wajib :D. Saya udah bbrp bulan nih sangaaaat mengurangi nasi kak Ret. Ganti nya kentang kukus atau rebus. Nak diet konon hahahahah. Tapi memang terasa berat badan pun bisa turun sejak mengganti nasi ke kentang nih.

    Nampak sedaaaaap steam fish nya. Tapi ketamnya pun sukaaaa lah. Saya sbnrnya juga susah kalo makan ketam. Tangan kotor, kadang pun gigi sakit nak hisap dagingnya kan hahahaha. Tapi tetep aja suka

    ReplyDelete
  15. Samalah mcm Iman, nak jugak nasi sebab tk pandai ratah lauk, hihi

    ReplyDelete
  16. Ketam memang sedap dimakan, tapi nak nak makan tu ada leceh sikit.. Hehe

    ReplyDelete
  17. akak pun kureng sgt ketam. mmg susah nak makan. hehehe

    ReplyDelete
  18. Rugilah dak 3 orang tu tak makan ketam. Sedap tu! Tapi special lah menu dorang ikan kasik habis 3 orang. hihi..

    ReplyDelete
  19. Ketam tu pun dah kecur air liur tengok haha kita blogwalking asik nampak makann je kak ret tau tak harini hahahahha

    ReplyDelete
  20. Ala kita macam dah komen entri ni. Hilanglah tu. Takpe, kita komen sekali lagi.

    Sedapnya sambal ketam campur telur. Dia lagi kick sambal tu. Rugilah siapa tak makan tu kan. Tapi lauk dorang pun sama hebat. Uyum, semua dia bedal eh.

    ReplyDelete
  21. Dah jadi naga dah ni. Kes saya sama macam Fiza. Komen tak keluar. Huhuhu

    Ketam telur tu menggoda sungguh! Makan cecah dengan baguette atau roti bakar pun sedap tu!

    ReplyDelete
  22. Makan ketam tu renyah nak kopek. Haha. Eza team UYUM, WAJIB ada NASI. Hahaha.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com