Masa memula nampak signbod ni terlintas dalam hati, "eh macam familiar la singbod ni! Tapi kat mana eh nampak?!!"

Jenuh pikir pastu last-last ako gugel la kejap.
TING!! Ha, betul la , betul la!!
Emart 24 ni ala yang kedai serbaneka menjual produk korea tu!
Yeehaaaa!! Akhirnya bakal dibuka di kawasan rumah ako..

Best! Best!

Masa dia memula buka kat Bangsar South, ermm sedih sebab tak sempat nak jejak situ time PKP dulu. Bila dah tau diorang akan buka cawangan baru yang dekat ngan rumah plak tu, wow terus berbunga-bunga hati kita wak!!


Harap bulan Oktober dah buka la kan..
Tapi kita try gak masuk website or IG emart, macam belum nampak lagi diorang buat promo cawangan baru akan dibuka. Pape pun, penantian satu penyeksaan! hahahhaa poyo!

Untuk pengetahuan "KEDAI serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan, emart24 kini melebarkan sayap ke Malaysia apabila telah membuka cawangan pertama secara rasmi di Bangsar Selatan"


So far emart 24 ni dah ada 3 cawangan kat Malaysia iaitu :-

The Horizon Bangsar South
Ground Floor, Wisma Touch ‘n Go
Tower 6, Avenue 5,
The Horizon Bangsar South,
59200 Kuala Lumpur

Desa Sri Hartamas
72-G, Jalan 27/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Kota Kemuning
21-1 Ground Floor
No. 8, Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam

Emart 24 ni menjual pelbagai jenis produk dari Korea.
So, sila bare in mind, produk nya of coz ada yang HALAL dan TIDAK!
Jadi, masa membeli, pastikan korang memilih produk yang betul dan HALAL!

Kita dah excited sangat ni!
Kengkawan TEAM KOREA, apa lagi, ini lah masa nya kita kembali ke KOREA! hahaha... rindu nyaa!

Oh ye, sesape yang berdekatan Sentul Point, get ready!

Nota Jemari: hari-hari lalu situ nak tengok progress wkakaka sengal!