Actually nak throwback cerita pasal Langkawi.
Seronok plak tengok diorang yang dah jejak Langkawi sekarang ni.
Rindu betul la... tapi ekceli rindu lebih kepada nak naik kapak torobang je pun 😆
Pastu saja la dok belek entry lelama.
Terperasan last percutian ke Langkawi adalah pada Jan 2019.
Masa tu first time bawa uyum naik kapal torobang.
Memang berdebo tu lain macam sket hahaha sebab mak apak eh tak follow masa tu.

Baca punya baca, entry percutian ke Langkawi 2019 tu tergantung rupanya!
Hahaha... Tak silap ako percutian tu selama 4hari3malam (31 Jan - 3 Feb 2019)
Tapi ako baru buat entry untuk 2 hari je hahhaa..

Boleh baca sini

Family Trip 2019 : Hari Pertama
Family Trip 2019: Hari Kedua

Ingat nak la sambung untuk hari ketiga & keempat, dah alang-alang nak throwback ni, tapi ako tak jumpa plak gambar-gambar percutian tu haha.. 😅
Rasa macam dah terdelete plak lepas tukar henpon.

So kalau korang nak tengok gambar Uyum masa kurus, ha bole la klik link kat atas tu 😆

~~~~~~~~~~~~~~~
Eh eh yeayy!!!
Ako dah jumpa la gambar-gambar gi langkawi 2019 tu.
Rupanya ako dah simpan dalam laptop ni.
Hahahah ako ingat save dalam hard disc. 😅
So bole la kita buat sambungan throwback kan muahaha..!!
Sila jangan muntah eh baca citer throwbacak dak Uyum ke Langkawi...yeehaaa!!
~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom kita sambung balik dari hari kedua.

Hari ketiga kitorang ke Dataran Lang.
Pagi-pagi lepas bekfes kat resort terus kami ke sana.


Seronok betul dia nampak helang besar tu.


2019, masa ni umur Uyum 4 tahun dan abang Imran 5 tahun.
Ako tanya uyum, dia ingat tak dia pernah naik kapal torobang pegi langkawi ngan abang imran? Dia jawab, "ooo ingat ingat, uyum naik kapal terbang kan ngan abg imran!!!"


Pastu ako tanya, dia ingat ada burung besar? "Ada ke? Burung apa?"
OK hahah makna tak ingat la tu kan... 😆
Yang dia ingat hanya kapal terbang aje...
Aishh memang satu hari kena bawa dia gi airport la TENGOK kapal torobang je la dulu ye 😅


Lepas dataran Lang, kami ke Langkawi Wildlife Park plak.
Bawa budak-budak memang berbaloi tau!
Sebab kat sini macam-macam jenis burung dan binatang lain macam rusa, arnab, dll.

Bagi uyum, ni memang first time la dia tengok binatang-binatang secara dekat.
Masa ni belum pernah bawa dia g zoo lagi. So macam ala-ala jakun la sikit kan hahaha..


Tengok burung jauh camtu pun dia dah takut.
Alahaaii... siap jerit-jerit masa ni minta kita jauhkan dia dari tempat burung tu😆. Cuba kalau sekarang, konpom dia yang dulu akan terkam burung-burung tu :p


Agak nya masa ni dia tengah berkomunikasi dengan itik-itik tu kot? haha...
Itik nak sikit susu Uyum minum tu! 


Ako tak perasan tu telo apa.
Besar gila.....
Khusyuk sungguh Uyum tengok.
Agak nya start dari sini la kot, dia suka makan telo.

Mesti masa dia tengok telo besar tu, dalam hati, "kalau la uyum dapat makan tolo besar ni, mesti kenyang kan!"

Wakakakaka..... sesuka hati je ako translate perasaan dia ye! 😆


Dengar sore Uyum je merengek-rengek. 😅


Balik dari Wildlife , kami pusing-pusing pulau.
Sambil cari tempat makan tengahari.
Kebetulan lalu kat area Padang Mat Sirat ternampak ramai betul orang parking tepi jalan. Rupanya semua pun tengah makan kat kedai "Jom Ikan Bakar Padang Mat Sirat"

Sila la gugel ok tuk cari tempat ni.
Dekat juga dengan airport.


Bestnya sebab pelbagai pilihan lauk-pauk.
Rambang mata dibuatnya.


Paling best dapat makan ikan bakar panas-panas!
Kita order baru dia bakarkan untuk kita.

Nasib baik masa kami sampai kebetulan ramai dah sudah makan.
Jadi tak susah la nak cari tempat kosong.

Makan dengan nikmat tanpa gangguan sebab budak dua orang tu tengah tido dalam kereta. Kebetulan juga kami dapat parking dekat ngan meja makan. Jadi senang la perati kan mereka sambil makan bergilir-gilir juga la kan.


Selesai makan, moh la kita balik.
Untuk pengetahuan, resort kami terletak di area pantai cenang.
Jadi on da way nak sampai resort ternampak Underwater World.
Terus kami menyinggah la kejap. Kang bila lagi plak nak pergi kan.
Petang nak mandi pool, esok dah nak balik.

Uyum dah bosan dah masa ni.
Hahahah bertabah aje la ye Uyum! 😜
Uyum bangun-bangun terus Nina bawa gi situ.
Lapar ke? Eh tak la kan hahahh Uyum dah puas minum susu.
Masa ni Uyum jarang makan nasi tau!
Tak macam sekarang, pantang nampak nasi.
Agak nya tu sebab dulu Uyum halus je sangat.


Mood Uyum dah ok sket.
Nina cakap dalam tu ada penguin!


Hahaha jadi la ye....
Nak gi tempat sejuk masa tu lom kesampaian lagi.
Nanti la ye Uyum, ada rezeki kita cuba gi Icity je la dulu hahaha.


Kemain posing sejuk ye..

Jalan-jalan dalam tu tengok ikan macam-macam jenis.
Ako pun dah penat nak soh dia pose sakan.
Jadi gambar-gambar dalam underwater world ni takde la banyak sangat.


Jejak je resort, trus dia ajak mandi pool.
Terus segar bugar jadi nya ye.





OK kita stop dulu hari ketiga ni.... esok sambung lagi hari terakhir plak ye!

Nota Jemari: Seriouslym rindu plak time dia kecil-kecil dulu