Sejak dah boleh berkelah ngan camping ni, konpom ramai mak pak berebut nak bawa anak-anak gi mandi sungai kan. hahaha.. Kami pun macam tu juga!
Rasa lama sangat terperuk dalam rumah. Sekali sekala dapat tengok air sungai, pokok-pokok, rasa budak-budak pun hepi.
Sejak tahu MAMA dah buat tempahan untuk berkelah kat Laman Bestari Ulu Yam ni, hari-hari si Uyum dok tanya, bila nak gi mandi air terjun! Eh eh air terjun pigi nya haha... Kita mandi kat sungat je la Uyum, nak bawa awak gi air terjun macam takut plak.
Hari yang dinanti-nanti tiba, punya la excited malam before tu.
Kemain tak moh tido!
Ingat nak sampai lagi awal tapi biasa la kan, kita hanya merancang je.
Masa sampai pun nasib belum ramai lagi orang.
Ada la 2, 3 keluarga yang dah sampai awal tengah bermandi manda.
Oh ye, kat sini kena booking dulu ye.
Korang bole contact number dalam website ni --> http://nurecoresort.com/nur-laman-bestari/ or masuk IG https://www.instagram.com/nurlamanbestari/
Tempat ni baru je dibuka balik sejak PKP.
Ekceli banyak chalet kat sini tapi sebab PKP, tempat ni kena buat pemulihan balik. Jadi tak semua chalet-chalet dibuka untuk tempahan.
Alhamdulilah, jadi la.
Si uyum dah tak sabar nak mandi!
Sampai-sampai je dia dah 'aim' sungai belakang tu.
Sementara MAMA gi setelkan pendaftaran kat pejabat , moh la kita skodeng jap kawasan ni ye.
Ada yang besar, ada yang kecil.
Chalet pun banyak tapi macam ako cite awal tadi la, tak semua chalet dapat di booking atas sebab diorang kekurangan staf nak buat maintenance balik.
Yang ni pengurusan dia lain. Kalau korang nak try glamping, boleh booking kat sini.
Mana tau ada rezeki, nak juga try glamping kat situ.
Insyallah.
Eh jom la kita kluarkan barang-barang, Uyum dah tak sabar nak mandi tu.
Yeay dapat juga guna meja camping kat sini hahaha.
Kita brekfast la dulu ye.
Ako tapau je nasi lemak bungkus masa on day way ke sini.
Mana budak lagi 2 orang tu ye?
Hahahaha....
Tenggelam timbul, tenggelam timbul.
Mandi cara Uyum 😆
Kul 11 macam tu, orang dah start datang meemeriahkan sungai ni.
Kalau korang ada plan nak mandi camni, gi la awal-awal pagi k.
hahahah...
Ada-ada je idea si Uyum ni la.😆
Pestime ako main ATV ni hahaha...
Seriau dibuatnya sebab si Uyum yang kontrol kelajuan.
Hahaha kemain excited dia, nak bawa laju2..
Dah terjerit-jerit ako soh dia kurangkan laju.
Ako tukang kontrol handle kiri kanan je la.
Bawa ATV ni, semua kontrol by tangan je.
Takde guna kaki bagai, tu yang Uyum excited sangat sebab dia bole la main tekan-tekan 'minyak' ATV tu. Pastu siap bangga bgtau kat abang-abang. "Uyum terror tau bawa ATV!" 😅😝
Pastu dah rasa cam bole handle, baru kita pusing-pusing seluruh kawasan resort tu.
Penat mandi, penat main ATV, masa untuk makan tengahari!
Menu ayam bakar, salad dan spageti.
Chef by MAMA dibantu oleh abam ABIN hahaha...
Perghh!
Makan , mandi, makan, mandi!
Hahaha terubat la keinginan diorang nak mandi manda..
Alhamdulilah..... segar sket minda diorang, Nina pun sama haha..
Jadi la ye, aktiviti hujung minggu kami yang lepas.
Nota Jemari: Uyum tanya, bila nak datang situ lagi? hahah
19 Comments
Seronoklah dapat mandi manda..
ReplyDeleteSeronoknya Kak Ret sekeluarga berkelah. Ni kira yang fully vaccinated je la kan boleh berkelah ni.
ReplyDeleteAha betul.. Yg fully vaksin je... Nnt masa nk msk pun diorg chck mysejahtera setiap org
DeleteHehe pakai lagi meja camping itu. Memang boleh pergi lagi lepas ini di tempat lain. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTu laaa nasib bole pakai meja camping hehe.. Klu x nangiss beli tp x dpt guna kat luar kan hahaha..
DeleteNext2 time la kita cari tmpt mandi lain plak tp area kl ssh nk cr tmpt mandi mcm ni huhu..
hahaha seronok tengok kanak-kanak bersuka ria. hilang stress.
ReplyDeletesebelah sana, Cida pernah sampai ke Sg Chiling saja. next time boleh ke sana.
uish...bestnya....jeles plak aunty SA tgok uyum...dah la aunty suka part2 sungai ni...cantik air dia..
ReplyDeleteooo..dah buka..seronok mandi sungai..
ReplyDeletepernah sampai sini masa family day..
Seronoknya dapat main air! Tak ingat dah bila kali terakhir saya ke Ulu Yam.
ReplyDeleteBukan main excited lagi bujang-bujang bertiga tu mandi-manda.
Seronok tgk budak2 main air. Alahai rindunya nak pegi piknik
ReplyDeletebagus jugak sebab by booking kan, so takde la crowded sangat. Teringin jugak ni tapi masalahnya anak-anak sedara sume kat daerah lain. Tunggu la dapat kebenaran rentas daerah dulu.
ReplyDeleteHaa kena la tgu bole rentas daerah kan.. Insyallah nnt ada la tu dpt bw diorg mandi manda jgk
DeleteSeronoknyaaaaa dapat terjunnnn dalam air! Dapat jugak guna kerusi dengan meja camping tuu, biasa camping depan rumah je, kalini tepi sungaiiii. Memang funnn sungguh! Next time, nina dengan mama survey tempat lain pyulakkk hehehe.
ReplyDeletebestnye dpt mandi sungai. uyum nmpk paling excited kt situ.. haha
ReplyDeleteWehhhh, rindu jugakkkk!! Tapi kalau leh nak g time tak bersesak sangat la... Ok dah leh plan.. Hehehe
ReplyDeleteLuas dan banyak pilihan gazebo. Tapi itulah sekali ramai serbu tak sempat nak buat maintainance kan. Siap ada glamping. Pasni plan untuk glamping pulak. Syok haihh semua dapat menyegarkan badan dan otak jugak. Abang Abin juga tukang tolong masak. Uyum dengan abang Aqeem dan jumpa air sakan dia eh. Bangga betul dia dapat bawk ATV. Nampak muka Uyum happy sambil lambai tangan tu. Hehe..
ReplyDeleteAktiviti hujung minggu yg sangat best . Tengok keadaan dan suasana tempat berkelah ni sangat selesa .. Pemandangan pun cantik ..kehijauan alam ..tenang je rasa
ReplyDeleteSerunyaaaaaa ^o^ . Naaah tenpat2 dengan sungai bersih cam nih, kalo di Indonesia hrs pergi ke daerah2 tinggi kayak Garut, Bogor, barulah ketemu sungai yg airnya msh bersih. Kalo Jakarta jangan harap. Liat airnya aja udah tak nak pengin mandi hahahaha
ReplyDeleteBest betul ada aktiviti tengok alam ni. Budak-budak pun happy kemain. Alhamdulillah. Memang kena repeat family day ni. Hehe.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com