Salam pagi Ahad,
Dah plan dari semalam nak ke kubur pagi ni.
Semua pun dah excited especially Uyum.
Dah lama kata nya tak pergi jumpa ABAH.
Jadi hari ni semua pun awal-awal pagi dah bangun.
Ikutkan selalunya pagi weekend memang memasing liat sket nak bangun pagi.
Memang target nak sampai kubur pagi sebab nak elakkan panas matahari.
Kul 8 pagi kami dah sampai situ tapi sadis sebab pertama waktu melawat time pandemik ni dari jam 9 pagi ke 5 petang sahaja. Yang kedua pulak, kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK dibenarkan masuk.
Ermm.... memasing dah sedih!
Uyum cakap, "takpe uyum duduk je dalam kereta , tak kluar. Janji uyum nak pegi kubur!"
Alahaaaiii sian plak.
Tapi nak buat macam mana kan.
Takde rezeki lagi.
Nanti bila semua dah back to normal, kita jenguk abah lagi k.
Hahaha kita makan di Restoran Ramly Bistro, Masjid saidina Hamzah Batu Muda.
Kami sampai sana, kedai baru je buka.
Jadi kami jadi orang pertama yang makan di situ arini.
Lega sket sebab takde orang lagi kan.
Roti tisu pembuka selera.
Dapat makan, memasing dah hilang sikit sedih tu hahaha...
Korang plak sarapan apa arini?
Jom la kongsi cerita :)
Salam hujung minggu semua 😍
Nota Jemari: Sape nak tengok Uyum kurus, tunggu!! 😜


17 Ulasan
Haah tunggu waktu ok sedikit untuk melawat.
BalasPadamAlhamdulillah saya sarapan bihun sup.
Semoga roh di sana tenang. Al Fatihah..
BalasPadamNaim makan roti canai ja tambah2 hujan pagi. sejuk hehe
Masa pandemik ni berubah waktu melawat.. Dapat duduk makan lega sikit, lagi-lagi tak ramai orang, sedap tu roti susu
BalasPadamSelalu lalu je kat situ tak pernah singgah lagi Restoran Ramli Bistro tu.
BalasPadamKesiannya Uyum.. Apa boleh buat. SOP zaman pandemik. Harap akan datang boleh masuk..
Alalala...sian Uyum..takpe la..doakan Abah dari kejauhan ok...yang penting Uyum dah sampai kubur..sarapan tu mesti Uyum punya kan
BalasPadamBalik Seremban haritu tak bawa pun anak2 jenguk kubur arwah mama. Kawasan tu masih baru, belum berumput pun lagi.
BalasPadamYa Allah. Roti tisu. Favourite kita.Ni yang buat nak pergi jejak kedai mamak ni.Ha3.
BalasPadamkesian uyum.. xpela.. nt blh melawat.. tunggu keadaan reda dlu.. =')
BalasPadamsedapnya roti tisu! lama xpekena.. ihihi
Sedihnya dengar Uyum cakap macam tu. Harap nanti ada kelonggaran sop untuk ziarah kubur. Dapatlah Uyum ziarah.
BalasPadamRoti tisu ni favourite. Seronok makan ramai ramai.
kalau dulu, siap orang berjogging kt kwsn kubur tu...sian Uyum, takpe, tak lama lg boleh ziarah..
BalasPadamroti tisu..sedapnya..
sedapnya roti tisu
BalasPadamAlaaa sian uyum..sedih dgr dia kate gitu kak ret huhuuu
BalasPadamDulu sebelum pandemic, saya , suami dan anak2 rutin ziarah ke kubur mama mertua dan papa mertua. Tapi setelah pandemi nih, tak bisa lagi memang hanya suami yg ziarah. Anak2 tak diizinkan masuk. Dan lagi sayapun seram. Apalagi kubur mama dimakamkan di kuburan khusus yang meninggal karena covid. Jadi tak sembarang yg bisa ziarah.
BalasPadamHadeuuuh enaak nya roti tisu tuh nampak :D. Dah lamaaa tak makan roti tisu ala Malaysia :).
Sabar ya Uyum sikit hari lagi InSyaAllah dah boleh melawat.
BalasPadamMrs. A pulak belum ada ziarah kubur lagi selepas dibolehkan ni tengok gambar aje dari grup family yang dah ziarah baru-baru ni
alah cian uyum tak dapat turun kereta..takpe, nanti semua dah ok, boleh pergi lagi..nampak sedap pulak roti tisu tu..tetiba rasa lapar and baru perasan tak breakfast lagi..hahahah
BalasPadamKesian Uyum, nanti keadaan dah pulih boleh jumpa abah ya.
BalasPadamMengancam betul roti tisu tu, kak!
Melawat kubur pun dah ada waktu waktunya ya, sian pulakk tak dapat nak jenguk kubur abah. Tapi takpe, uyyum jangan lupa berdoa banyak banyak untuk abah ye.
BalasPadamTengok roti tisu aduuuuu makanan wajib makan kalau pergi mamak time belajar duluuu hehehe.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com