Masih nak citer pasal cuti cuti raya di Langkawi. Hari kedua kami di sana memang dah plan nak gi island hopping. Bertahun-tahun ako tak buat aktiviti island hopping ni. So kali ni kita hangkut semua family meneroka pulau. Tiket dah beli melalui klook.com. RM40 seorang sharing basis. OK la, nak book satu boat rasa macam agak mahal. Kali ni abang ipar tak join sebab dia ada slip disc, tak sesuai untuk join aktiviti ni.

Sehari sebelum hari kejadian pihak klook dan pihak yang buat island hopping ni dah hantar mesej. Kalau ikutkan pihak klook, korang kena la tunggu kat tempat berkumpul iaitu di McD Cenang. Tapi bila pihak yang handle island hopping ni mesej cakap bole je direct jumpa diorang terus kat jeti, ha apa lagi kita pun terus aje la shoot ke jeti teluk baru. Tak jauh pun dari cenang. 

Sampai kat jeti terus dah nampak signbod company Family yang handle island hopping ni. Kalau korang drive dan nak park kat sana, advice sila la datang awal-awal sebab parking memang agak limited kat situ.



Masa kami sampai air masih cetek lagi. So memasing pun chill chill aje lepak lepak dulu. Kat situ memang ada tempat menunggu, toilet dan surau. Ada la gerai yang jual air minuman dan makanan, kot la last minit korang nak tapau bawa ke pulau basah nanti.



Sementara menunggu, tengok cuaca dah mendung semacam je. Tak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebat nya. Mengikut kata penduduk kat situ, hujan pagi ni petanda baik. Hujan ni macam rahmat dan bagi rezeki la kat diorang. Tak lama lepas tu hujan benti, cerah secerah nya langit. Air pun dah mula pasang, bot pun dah bole la belayar.


Macam biasa, budak berdua ni yang lebih excited. Pertama kali la nak naik bot camni.


Kami dapat naik bot yang pertama. Tak tau la petanda baik atau tidak. Bot yang mula-mula sekali ni buat hal plak dia tengah laut. Tersangkut-sangkut, 4 kali enjin bot mati. Kami dah cuak. hahaha...



4 kali asyik terbenti-benti je enjin bot tu. Last-last kami 'diselematkan' oleh bot lain hahha.. alhamdulilah. Tak pasal-pasal dari bot pertama terus jadi bot terakhir sampai ke destinasi.



Alhamdulilah dapat naik bot baru. Kami share dengan 1 family cina dari Batu Pahat.



Pakej island hopping ni ada 3 tempat dia akan pegi.
Pertama dia akan bawa kita ke Tasik Dayang Bunting.





Banyak betul perubahan nya. Dah ada cafe kat situ tapi harga memang mahal la kan😅


Kalau zaman dolu-dolu, kena daki tangga dulu nanti baru bayar tiket entrance kat area tasik tu. Tapi sekarang, kaunter tiket dah kat bahagian depan sebelum ko daki anak tangga yang 200++ tu. Hahahaha bapak pengsan dibuatnya.


Sebelum beli tiket dah lupa rasa keperitan daki tangga ni dulu.
Lepas beli tiket dan nampak tangga-tangga ni, auto memori dulu muncul.
Azab betul hahahha semput pun tetiba dia datang hahaha...



Ako dah nak give up!
Tapi tengok budak dua orang ni kemain laju je, aishhh takkan nak biarkan plak.
Gigih la teruskan juga pendakian tu.😅 walau dalam hati nak menyumpah nyumpah dah ni hahaha.



Bila dah nampak je view ni, hilang rasa penat tadi. Tapi panas nya jangan citer la!
Dah terbakar rasa kulit satu badan. Punya la pagi tadi hujan kemain lebat, sekali tengahari dia terik semacam betul. Memang dah rasa nak terjun tapi adoi takde plak tempat tukar baju. 




So kita suruh je la diorang yang berendam. Kasi lepas gian. Cuma ako macam was was, kalau dulu ako dengar citer, tasik ni kalau mandi dia akan rasa terapung tapi camne nak buktikan sebab mandi kena pakai life jaket so memang la terapung je kan 😅


Pit stop ke dua dia bawa kita tengok burung helang.
Budak-budak seronok la tengok helang dari dekat , yang real punya plak tu.



habitat helang. Bila campak ayam sekor dalam laut tu, berduyun-duyun la datang menyerang hhaha. Masa memula tengok dulu excited gak la kan, ye la first time tengok helang dekat-dekat. Bila dah banyak kali tengok, kita rasa "ooooo helang! " ahhahaha gitu la perasaan nya.


Last pistop, kita lepak ke Pulau Beras Basah. Kat sini kita lepak lama la sket. Bole la bentang tikar berkelah ke, mandi manda ke. Ada je warung tapi dont expect macam macam la jualan nya ye. Yang penting  ada jual air. hahahha tapi kitorang memang dah plan awal-awal nak kelah tepi pantai so awal awal dah siap bawa bekal, air dan snek.


Pepandai la korang cari spot untuk lepak. Kami kan antara yang lambat sampai, jadinya port yg depan depan ramai dah lepak.


Situ ada toilet, tempat tukar baju dan watung cafe.


Nak sewa sampan ada, sewa bangku kusi ada, payung ke.... Sebab tak bawa tikar (terlupa) so kita sewa je la kusi 3 buah harga RM10 satu. 



Seronok diorang dapat mandi laut / pantai katanya.


Masa ni setel dah kami melantak hahaha... Lapar weii! Haus tu jangan citer la kan. Ako gi island hoping ni pun sebab memang nak lepak pantai camni je pun 😅😅


Selesai kami island hoping, pulang la ke pangkal jalan. Lepak kat pool plak. Puas mandi sebab tak ramai orang kat resort hari kedua ni. Lepas mandi pool kita cari makan or minum petang. Nasib baik la kedai Laksa Ikan Sekor ni dah buka raya ketiga. Ramai nya umat. Ku ingat raya-raya ni takde la ramai orang, sekali berduyun-duyun orang melayu kita melantak situ gak. Hahaha memang musim raya sekarang orang gi holiday ye? 😅 Kami sekeluarga memang kali kedua buat keje camni. Time raya gi holiday.


Eh dah ada yong tau fu la sekarang. Rasa setahun lepas pegi takde lagi.





Kedai memang buka tapi dihari kejadian laksa ikan sekor nya yang takde hahha... So kita makan aje apa yang ada aritu. Ako kalau ke situ memang akan amek cucur udang ngan mi goreng. Ni bila ada menu yong taufu yang sedap gila kuah nya, memang next time jadi menu utama la kalau ke situ lagi. Laksa utara memang ako kureng gemor sket😅 so takde la mengidam bila di hari kejadian takde laksa yang dijual.


Dah kenyang, moh kita soping cekelat plak. Aktiviti wajib ni kalau ke Langkawi. Walau ako tau kat KL pun ada je kilang borong cekelat, tapi feeling dia lain hahaha..

Teringat tahun lepas borong cekelat siap beli bag baru oii... hahaha


Dah penat, dan malam tu semua tido awal.

Nota Jemari: jangan bosan eh, ada lagi 2 hari punya citer langkawi ni 😅