Lepas sarapan di Nasi Dagang Pak Malau, semua pun dah bertenaga balik kan.
Ha moh la kita ke naik cable car plak.
Tiket cable car ni ako dah sesiap beli dari klook.com.
Harga tiket admission termasuk Langkawi Skycab Cable Car + SkyDome Langkawi + Skyrex Langkawi + 3D Art Langkawi Admission.
Yang skybridge korang kena beli tiket lain tau!
So, alang-alang ako beli juga tiket skybridge kat klook sesiap!
Dengan harapan, tak perlu la nak beratur bagai kat atas tu semata nak dapatkan tiket skybridge tu kan.
Macam biasa kena la scan mysejahtera dan suhu dulu ye!
Pastu sila la ke kaunter no 6 untuk redeem tiket online ye.
Dah dapat tiket camni, sila la pakai kat tangan sampai ko balik ye! 😜
Uyum tanya, "Na, kita naik yang ini ke?"
Hahahaha... kalau kita naik yg ni yum, nina pun kecut😅😅
Jangan risau Uyum, kita naik gondola yang camni ye 😝
Ingat macho sangat la boodak ni rupanya gayat juga hahhhaa...
Kemain kuat dia pegang tangan kita.
Penakut rupanya 😅😅
Dah sampai puncak, harus la kita nak ke skybridge tu kan.
Tiket kan dah beli sesiap.
Ku ingatkan nak naik 'lif' aje turun ke situ tapi rupanya lif tak berfungsi, so korang ghase patut tak kitorang teruskan atau batalkan niat nak ke skykbridge tu??
Satu je cara nak ke sana iaitu dengan menggunakan jalan hiking!!
Turun tangga, naik tangga yang curam dan meletihkan oiii 😅😅
Boodak-boodak ni asalnya tak moh teruskan perjalanan ke skybridge tu tapi ako paksa juga sebab tiket dah beli kan. Jadi tak nak membazir kan. Walau dalam kepala hotak tu memang dah dapat bayangkan betapa penat nya nanti.
MAMA tak join so dia just tunggu aje kat area cable car atas tu.
Ako tak sangka plak si Uyum ni gayat orangnya hahaha...
Dari permulaan turun tangga, sepanjang perjalanan ke skybridge tu, adoii asyik nak tergelak je tengok gelagat si Uyum. Memang tak sempat oii nak snap gambar aksi-aksi dia. Membebel aje sampai orang-orang yang ada di depan dan belakang dia siap bagi semangat kat dia untuk teruskan sampai ke hujung.
Dah nak sampai puncak dah ni!!
Kita kasi rehatkan kaki dulu.
Semput dah masa ni oiii hahaha.....
Oh ye, kat bridge ni takde orang jual air ye so sila beli sesiap before turun ke situ.
Hoyeeee dah sampai skybridge!!
View sangat ohsem!!
Panas yang amat kat situ!
Tapi MAMA uyum cakap, siap angin kuat masa ni.
Diorang siap bunyikan siren tapi kitorang tak rasa plak ada angin masa kat bridge hahaha...
Gambar paksa rela kat skybridge!! "Cepat la amek gambar Nina!!! Uyum nak balikk!!"
Hahaha punya la datang jauh-jauh, berpenat, panas, takkan nak kejap aje kan kat situ 😆 Harus la snap gambar banyak-banyak dulu, ntah bila nak jejak lagi! Silap haribulan, tunggu korang dah besar panjang baru jejak balik ke situ agaknya.
On da way nak balik baru sempat nak snap gambar dia 'hiking'.
Bukan takat Uyum je yang penat, Nina pun rasa semput nak panjat tangga tu 😅😅
Kemon abam abin, u can do it!!
Ekceli ako risau gak sebab abin kan semput.
Risau takut tetiba semput dia datang tengah-tengah hutan tu.
Jenuh plak kang nak kena hangkut dia.
Tu ako pesan kat abam abin, biar lambat takpe, janji sampai.
Seriously dah lama tak hiking ni memang terasa lemah longlai kepala lutut tu oiii!! 😅
Mengigil kaki ako nak sampai ke cable car balik.
Pastu malam memasing dok ngadu bengkak peha semua hahaha... Lemak baru nak pecah gitu!
Dah penat n panas tu, moh la kita masuk 3D untuk sejukkan badan dulu.
Masuk 3D kena buka kasut ye. Jangan risau, derang ada sediakan plastik sesiap untuk korang letak semua kasut-kasut korang tu.
Gambar-gambar kat dalam ni memang berlambak la kan so kita kasi up mana yang OK aje la ye hahaha.
Dah puas kat dalam 3D tu, moh la kita balik. Memasing dah kelaparan kekdahnya. Malas plak nak masuk skydome.
Kita check-in hotel la dulu ye. Kali ni kami stay di Langgura Baron area Cenang (nanti cerita kat entry lain ye pasal hotel ni).
Ni first time ako nak cuba hotel-hotel selain dari resort BNM.
Lokasi cenang dipilih sebab senang nak cari tempat makan. Pastu senang nak soping last minit hahaha.. Tambah plak meriah sket waktu malam kat area situ.
Lunch kami ke Restoran Bamboo Cenang yang terletak di seberang hotel. Betul-betul tepi pantai cenang. View waktu malam memang sangat ohsem kat situ tapi tengahari buta ni memang panas btul la ye hahaha. Makanan kat situ berasaskan seafood dan masakan thai. Not bad juga rasa nya. Harga pun berpatutan. Dibuka dari jam 12:30 tengahari sampai la ke 12:00 pagi setiap hari.
Servis pun cepat! No wonder la ramai suka lepak kat kedai ni.
Alhamdulilah dah kenyang, dah check in, jom la masuk bilik dulu.
Kasi bersih kan badan dan rehat kejap!
Pastu baru kita kasi Uyum mandi pool plak ye.....
Tunggu next entry...
Nota Jemari: Bila cuti ni kena rajin update... sok dah keje memang mood kelaut nak ngadap blog ahhaha
32 Comments
Kalau naik yang uyyum tanya awal awal tuu rasanya semua orang akan seram hahahah. Tak naik pun takpe :P Kemain sorang sorang posing dengan 3D art tuu hahaha, gambar uyyum dekat sayap tuuu nak torobang pi overseas pulak ke :D
ReplyDeleteHahaha yg memula tu mmg seram oii 😂😂 uyum berangan dulu nak torbang gi obersea.. Doa2 la hajat uyum tercapai satu hari nnt haha
DeleteTengok tangga tu terus semput mengah rasanya..
ReplyDeleteBest ye jalan jalan cuti panjang ni..
Kaann tgk tangga je dah mengah!! Yg daki ni lagi la bertambah mengah nya tu haha
DeleteAduhh.. nak kena hiking tu yg lemah. Mujur korang dapat nina yang kuat semangat.
ReplyDeleteHahahaha.. Nasib la nina pun jadi kental dibuatnya
DeleteBersemangat semua hiking naik balik.
ReplyDeleteKalau tempat 3D memang banyak tempat untuk diambil gambar.
Harga berpatutan dan servis cepat yang buat saya pun tertarik hendak cuba makan.
Nasib semua pun semangat waja semasa hiking tu haha
DeleteAduh.. Berbaloi penat mendaki.. Cantik betul pemandangan skybridge tu..
ReplyDeleteAlhamdulilah nasib berbaloi view nya hehje
DeleteIyeeee penat sangat hiking nak ke skybridge tu! Kiteorg pegi Langkawi before Covid masa tu igt nak jimat duit la taknak pakai lift tu hahahaha! Semput tau hiking dah la tempat tinggi oxygen rasa tak sampai kepala :D Bila nak balik tu ckp dgn Jun takmo la hiking, pejam mata je la bayar naik lift tu hahaha :P
ReplyDeleteHahaha kaann!! Org kurus pin rs semput apatah lg yg badan beso mcm kami ni hahaha. Mmg bole pitam dibuatnya 😂
DeleteCantik dan indah betul permandangan. Uyum kuat semangat, good vibes tu. Tempat makan tepi pantai tu menarik, nak cuba juga bila sampai di sana.
ReplyDeleteAlhamdulilah nasib baik laa uyum x buat perangai sepanjang hiking tu.. Cuma membebel aje laaaa dia
DeleteKalau SA rasanya memang x naik la tangga tu...lama dah x hiking ni...sure pewai..hahaha
ReplyDeleteHahaha ikut kan mls gak nak hiking tp sbb tiket dh beli, syg plak 😂
Deletebestnya ako dah jejalan. rindu nak ke langkawi. dulu pergi cable car tu nak pi sky bridge pun kena jalan, saya terus cancel niat. soo hingga ke sekarang belum pernah menjejak ke sana lah gamaknya 🤣
ReplyDeleteHahaha tu skybridge ni lama gak x jejak.. Sekali jejak, amek ko.. Putus nyawa dibuatnya hahaa
DeleteAlhamdulillah . Walaupun gayat tetap sampai juga ke sky bridge tu
ReplyDeleteKena paksa.. Bg srmangat sket.. Sket2 jalan alhirnya smp jgk hehhe
DeleteMerah padam muka uyum dengan abang-abang. Penat tapi puas hati ni. Malam tido mesti lena.
ReplyDeleteMmg lena pun...
Deletesimpan angan2 dulu nak naik cable car tu hihii
ReplyDeleteadoiii tp ciknur ni jenis gayatt xtau la. camna
Nasib baik juga masa aku pergi tu dulu, anak-anak kata tutup lagi, kalau tak jenuh gak aku tggu bawah dengan mak aku tunggu derang hiking hahahahaha
ReplyDeletejenuh juga nk mendaki tu...dpt mkn kt restoran tepi pantai syokla...
ReplyDeleteKesian Uyum tak pasal pasal kena panjat bukit sampai merangkak dia naik tangga. Syukurlah Abang Abin steady je. Dah sampai sini beli tiket rugilah tak naik, kan..seram kat skybridge tu. Kalau goyang kuat risau rasa. Tapi syoklah berangin bila berpanasan kat atas tu. Baru tahu Uyum gayat. Uyum Uyum...
ReplyDeleteEh jap jap, yang pakai topi, baju biru kt kaunter tu ko ke Ret? Phewww ada gayaaaa
ReplyDeletehhahahah tu Fatma la weiii :D
Deleteadoi kena game ke ni, tak pasal naik atas kena hiking pula..haha
ReplyDeletepenatnya nak naik tangga tu.
ReplyDeletetp dah sampai kan, kena la gagahkan diri naik tangga jgk. klau x, rugi..
Wawww....Bertabahlah hiking untuk sampai ke destinasi yang diingini...Sayang duit gituh...Haha.. Saya pun lama tak hiking..huhu
ReplyDeleteKomentar2 Uyum itu lucuuu sangat lah 😂. Gelak membayangkan naik cable car yg model MC2 utk teknisi tuh, aunty pun tak nak kalo itu modelnya Uyuuuum 🤣.
ReplyDeleteYa Allah, tebayang capeknya naik skybridge tuh pake cara hiking ya kak 😄. Tapi saya liat tangganya rindang Ama pohon2. Setidaknya ga panas sangat yaaa walo keringat juga naik ke atas hahahaha. Anggab aja olahraga kak 😄. Tapi sayapun tak nak mubazir tiket yg dah dibeli. Pasti naik juga walau hiking.
Hebaaaat uyuuuum, bisa sampai Kat atas yaaa 💃💃.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com