Alo Alo.. Test test 1..2.. 3...
OK ok masih bernyawa lagi blog ni hahahaa....!! πŸ˜†

Dah masuk 1 Februari u'ols, sangat tak membina sungguh entry bulan lepas.
Setakat soploh je yang sempat di publish.
Adoiii masuk tahun baru apa ke hal mood ke laut sungguh pigi nya.
Penangan awal tahun kot, kebizian ngan annual report sampai muak dah nak ngadap PC lelamaπŸ˜…
Itu pasal entry pun setakat mana yang mampu nak ditaip dan publish aje la tu.
Tapi mari la kita berdoa semoga roh kerajinan di bulan Fenruari akan terus menyusul hahaha... 😝

Hujung bulan Januari kita pigi bercuti kejap.
Tak lama pun, takat 3hari2malam sahaja.
Jumaat hingga Ahad, dari 28 Januari hingga la 30 Januari 2022.


Ke manakitaney????
Kebetulan dapat jemputan kawen dari member di Langkawi.
Maka nya cecepat la kita survey-survey tiket kapal torobang.
Alhamdulilah masa pegi dapat la tiket mur-mur Air Asia.
Dan balik ke KL dapat la naik MAS sebab nak guna voucher yang dapat masa cancel flight ke Kuching 2 tahun lepas.

.:Rindukan view ni:.

Flight jam 8 pagi, maka nya seawal jam 3:30 pagi Uyum dah bangun untuk bersiap.
Gigih Uyum bangun pagi-pagi tau! Tepat jam 4:30 pagi kami dah gerak ke KLIA2.
Alhamdulilah perjalanan ke airport dipermudahkan. Kami parking kereta kat airport sebab senang nanti nak balik konpom bag beranak pinak punya hahaha..

Harga kadar parking, korang boleh tengok kat SINI ye.

Sampai je kat Airport, macam biasa kena la scan mysejahtera dulu ye dari parking lot tu.
Pastu terus kita ke area balai pelepasan untuk check-in luggage je sebab malam sebelum tu memang dah buat urusan check-in boarding pass. Tapi untuk print tag bag still kena print sendiri juga je ye kat kioks. Lepas korang dah print tag bag, terus ke kaunter T untuk urusan drop luggage. Buat korang yang masih tak tau lagi, kalau naik Air Asia, semua urusan kena buat sendiri ye kalau korang dah buat online check-in. Simple and mudah je , just follow je semua arahan tertera kat skrin.


Excited dah boodak ni! Tak sabar-sabar nak naik kapal torobang kata nya.
Ye la kan, pengalaman pertama dulu 3 tahun lepas masa umur dia 3 tahun.
So macam ingat-ingat lupa la perasaan tu kan.

Alhamdulilah check in sudah, drop bag pun sudah!
Ha moh la kita masuk ke balai pelepasan.

.:kemain dia posing kan hahaha:.


Tak pasti flight domestik yang lain tapi masa kitorang nak masuk ke gate menunggu, kami di minta untuk mengisi borang online yang ni sebelum berlepas. Just scan QR Code pastu nanti korang kena isi beberapa maklumat. Oh ye dah takde kena swab test bagai ye sekarang ni. Tapi ako tak pasti kalau nak ke Sabah n Sarawak, masih perlu ke swab atau tidak. Untuk destinasi domestik yang lain rasanya dah tak perlu swab. Tapi kalau korang tak yakin, bole je buat sendiri untuk keyakinan dan kepuasan korang.


Request nak duduk kat tingkap. Ok kita bagi chance la kat dia kan.😁
Mulut tu dari awal nak terbang sampai la dah tiba kat Langkawi, membebel aje!!
Awal-awal ok lagi la Nina layan lepas tu Nina pun dah malas terus Nina terlelap kejap hahaha..
Penat mata ni ha oii sebab 2 jam je dapat lelapkan mata malam sebelum tu.

Bila nina dah terlelap, membebel la dua baeradik ni.
Tak pasti la apa yang diorang borakkan lepas tu kan.
Dalam flight kan ada orang jual makanan.
Dah nama pun flight tak sampai sejam so malas la ako nak order makanan sesiap.
Yang lawak tu, si Uyum bole plak dia marah sebab cabin crew (CA) tu tak nak amek order dia.
Hahahahha.... bukan CA tu tak nak amek order dia tapi awal-awal ako dah ckp kat CA ako tak nak beli pape pun. Tu yang CA tu dari depan terus je menonong ke belakang hahaha..

Si Uyum siap cakap kuat-kuat plak, "Eh uyum lapar la! Uyum nak makan! Nape nina tak belikan uyum makananan??" adoii boodak ni, pastu terus nina purak-purak tido, bole?!!! muahahaha πŸ˜†


Jangan nak macam-macam ye Uyum! Jangan nak buat perangai plak.
Ekceli flight tak penuh pun pagi tu ke Langkawi.
Depan belakang pun takde orang, so tak heran la Uyum bole membebel aje kan hahaha!!
Takde sape pun nak kisah. But still, kena la behave juga ye dak 😝

Ala, bukan lama pun dalam flight. Kang kita dah sampai Langkawi, nina bawa la Uyum gi bekfes, OK!!!

Pastu dia nak pegi toilet plak!! Korang bayangkan toilet yang ciput tu nak masuk berdua.
Hahahaha... memang tahan perut je la πŸ˜†πŸ˜† 

.:Hasil tangkapan Uyum.... :.

Baru tak sampai sejam oii penerbangan kita tapi uyum dah penat. Bintu camne nak bawa gi Korea ni yang 6 jam tu hahahha... Pastu ada hati berangan nak 'duduk' oversea katanya. πŸ˜†πŸ˜†
Dia ingat oversea tu macam KL ke Shah Alam agaknya.
Siap pesan, "kalau nina bosan-bosan, meh la datang rumah Uyum kat oversea!" 
Hahaha korang ghase tercapai tak impian dia tu nanti? 😝


Alhamdulilah jam 9 pagi kami dah selamat tiba di bumi Langkawi.


Hoyeee kami datang lagi!! Setel urusan kereta sewa, kami terus gerak ke cari sarapan.
Memandangkan MAMA uyum belum pernah makan kat Nasi Dagang Pak Malau, jadi nya terus aje la kami ke sana. 


Nasi Dagang Pak Malau ni terletak berdekatan juga dengan Makam Mahsuri.
Jadi takde la susah sangat nak mencari nya. Terletak kat tepi sawah bendang. So pemandangan memang cantek lebih-lebih lagi kalau padi tengah menghijau atau menguning. Masa kami sampai tu, padi dah dituai jadi view pun macam banyak lalang aje la hahaha.


Selain nasi dagang lauk ayam dan kambing, ada juga pelbagai jenis kuih dan manisan dijual kat situ.
Ramai gila yang sarapan datang pagi tu. Rata-rata yang sama flight ngan ako tadi la hahaha... Nasib juga kami awal sampai. Hajat nak duduk kat pondok tepi sawah tapi semua pondok pun dah penuh. 


Padi nya dah takde oii.. yang ada lalang aje tu 😜
Jadi la kan nak tunjuk kat boodak bando ni ghope sawah bendang.
Panas terik weii... baru nak snap 2 3 keping, boodak-boodak ni dah 'mengaum' ajak balik.
Alahaaiii macam putera lilin ar korang ni!!


Dah kenyang...moh la balik!
Sebelum tu kita kasi pose depan kedai Pak Malau ni.
Pak malau nya ada masa tu tapi segan plak nak ajak bergambar hahaha...!

Pada korang yang belum pernah sampai ke situ, bole la cuba nanti ye...

Nasi Dagang Pak Malau
No. 186, Jalan Makam Mahsuri,
Mukim Ulu Melaka,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu operasi : 8 pagi - 2 petang setiap hari
Tel: 012-271 1977

ok nanti kita sambung lagi ye....

Nota Jemari: lepas sarapan, kemana kitaney??!!