Dah lama ekceli nak try kedai yang satu ni, sejak dia kluar rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 dulu tu. Kedai ni more to western tapi ada je dia jual nasi kambing. Deco kedai ni pun simple sangat. Terletak di Danau Kota, cuma lokasi nya bagi ako bukan lokasi yang strategik.




Pape pun jom kita tengok menu dulu ye.
Konsep layan diri, order kat kaunter terus buat payment.


Pembayaran bole dibuat melalui online or cash.


Tanda dah masuk JJCM tv3 2020.



Tengah ada promosi yang ini.
"It takes 2 to Bobby's" ni adalah promosi untuk set makan 2 org.
Nampak cam berbaloi kan siap dengan air & starter sekali.





Menu-menu lain pun nampak menarik. Harga pun rasa nya berbaloi tu, sebab portion pun banyak.


Mango tango dia sedap sangat! Memang rasa asli buah mangga gitu. Pekat buah jus.


Cheezy Chillies Beef Nachos.
Takde la pedas mana pun tapi memang cheezy yang banyak sangat dalam sos beef tu.
Sedap weii!! Tak muak la bagi ako sebab sos dia panas-panas.


Nasi kambing bakar with air assam ni ingat untuk sorang makan. Rupanya portion untuk 2 orang makan daaa....!! Nasib baik la kita order fries je untuk Uyum. So otomatik uyum kena la makan nasi ngan fries hhaaha...

.: zoom kambing bakar:.


Pasta olio febret ako!
Ako suka sebab tak berminyak sangat.
Rasa dia pun sedap sangat (untuk tekak ako la ye hahaha)


Kalau camni punya makan, Uyum pun tak tahu bila uyum bole kurus kan hahahaa!! 😅

Overall ako rekomen la kedai ni.
Nampak kedai simple je luaran tapi menu dia sedap-sedap oii...
Ha lokasi dia kat mana eh???

Alamat:-
 28, Jalan 4/23b, Taman Danau Kota,
53100, Kuala Lumpur, Malaysia
 
Selasa - Ahad (Isnin Tutup)
10am - 10pm

Boleh follow IG diorang --->> https://www.instagram.com/bobbysbygempak/

Selamat mencuba!

Nota Jemari: Kita sambut besday aqeem kat sini je la bulan depan hahaha