Hahaha masih banyak lagi Uyum nak kongsi ni.
Lepas makan kenduri, kitorang gi ziarah makam Mahsuri plak.
Ni kali ke-2 Uyum nak g jenguk situ.
Harus la dari kenduri kami balik chalet dulu untuk tukar baju hahahha...
Panas nya la weii!! Tapi tetap paksa derang pose depan pintu ni ha.
"Cepat la Nina!! Uyum dah panas snagat ni!!"
Macam putera lilin betul si uyum ni la. 😅
Harga tiket nak masuk situ (setakat 29 Jan 2022), Dewasa RM12, kanak-kanak RM6
Ini adalah beca ye Uyum! "Uyum bole naik tak ye?" jawapan nya harus la tak boleh, uyum oiii!!
Kalau naik kang takut tetiba roboh berderai plak beca tu 😝 terus tak jadi khazanah dah hahah.
Dah sampai situ, jangan lupa baca sejarah dia ye!
Pssttt, awak terror ke baca tu Uyum?? 😜
.:replika rumah mahsuri?:. |
Tengok rumah kampung ni, rindu plak zaman kecil-kecil dulu.
Kita soh diorang posing dulu depan tangga dapur ni sebelum kita paksa diorang naik atas rumah ikut tangga tu hahahaa... Kalau abam abin lepas takkan Uyum tak bole kan?! Ha moh kita tengok berjaya tak Uyum naik ikut tangga tu juga?! 😝
OK ready, Uyum nak naik ni!!
Eh jap la kita posing dulu la hahaha....
Hahah berjaya ke idok, korang tengok la video tu! 😜
Ekceli kan dia dah nak sampai atas dah pun , lagi satu step aje.
Tapi bole plak dia turun balik.... Eeeee sabar aje la boodak sorang ni!!
Tu yang end-up terus x jadi naik.
Dia cakap, "kita tak payah naik la Na, kita duduk kat sini makan eskrem je, lagi sedap!!" hahahaha sabar aje la.😅
Air telaga atau perigi ni , kalau dapat mandi memang nikmat nya la kan.
Time tengah panas terik sekali dapat air telaga yg sejuk, perghhh tak tergambar kenikmatan nya hahah.
Berpuluh tahun dah air dalam tu tetap la tak surut-surut eh 😅
Last, jom kita masuk muzium. Sepatut nya tak silap macam ada show tapi tak pasti memang dah takde atau hari yang kami pergi tu diorang tak buat dah show nya.
Dulu-dulu kan kalau korang perasan, ada orang jual keropok ikan panjang-panjang kaler putih kat dalam makam mahsuri ni. Tapi sekarang dah takde. Sebab keropok tu hanya boleh di dapati kat dalam makam tu je. Tempat lain memang takde tau! Memang dah plan ingat nak beli la banyak-banyak, sekali dah takde plak orang jual kopok dalam tu. Ermmm sedih betul. try tanya orang kat situ semua pun tak tau. Kot la kan dia dah pindah jual kat gerai-gerai luar tu tapi nan ado.
Dalam tu masih ada jual kuih peneram, kuih goyang & kuih karas.
Peneram kat situ memang dari dulu marbeles oiii!!!
Da selesai melawat mahsuri, moh kita ke pekan Kuah plak cari cekelat sebelum kita cari laksa ikan sekoq kat airport hahaha..
Tempat wajib singgah bila dah sampai KUAH.
Asalnya ako malas nak masuk Hj Ismail ni sebab dah bole bayangkan suasana dalam tu.
Konpom ramai berpusu-pusu nak masuk situ.
Tapi sebab dah alang-alang sampai KUAH, kita pun singgah juga la kejap.
Pusing-pusing pastu dah dapat apa yang di cari, moh la kita balik je.
Ramai gila umat manosia kat dalam tu. Tak sanggup nak lelama kat situ. Nak membayar je tengok barisan kemain la panjang.
Berebut-rebut orang beli cekelat kat situ. Cekelat DAIM sampai abis stok la.
Pelik betul apa sedap benor daim tu, hahahha bagi ako keras semacam je hahaha baik ako beli kit kat ke hahahha😅
Pastu teringat masa kat cenang ada nampak kedai jual cekelat juga.
Tengok harga pun lebih kurang je kat Hj Ismail ni.
Tempat pun tak sesak.
Ha moh la kita ke cenang aje kalau nak soping cekelat lepas ni k.
Dah petang-petang jom kita singgah makan laksa dulu.
Sekarang ni dah banyak orang jual laksa kat area situ. Dulu tak silap ada 2 je gerai jual laksa ni.
Satu yang dekat corner, satu lagi yang ini.
Kitorang order Laksa Telur Sarang, cucur udang, rojak buah & mi goreng mamak.
Konsep layan diri ye kat sini. Sila order sendiri kat gerai-gerai tersebut pastu terus buat pembayaran kat bahagian orang jual rojak tu.
Dah kenyang, moh lekaih kita balik.
Ako soping cekelat, yang lelain gi mandi pool.
Malam lepas dinner, kita tengok fire show plak.
Ok nanti sambung lagi ye...
Nota Jemari: makan sesajo kami ni oii hahaha
21 Comments
Beberapa kali pergi Langkawi tak pernah jejak sini lagi kecuali HIG shopping coklat. Cantik replika rumah Mahsuri. Ala Uyum dah penat lah tu tak nak naik. Bagi alasan makan aiskrim lagi sedap konon. Dalam kepenatan, seronok Uyum dan abang abang dapat jalan.
ReplyDeleteitulah kalau pergi langkawi berebut orang beli coklat daim. saya pun tak minat coklat ni baik beli kit kat atau cadbury..hehe
ReplyDeletemakam Mahsuri dah jd kompleks...rambang mata tengok coklat..
ReplyDeleteSeronoknya dapat jenjalan. Cuci mata. Cuci poket. Makan-makan. Best!
ReplyDeleteAdoiii.. sakit rahang nahan gelak nengok Uyum nak naik tangga. Dia punya paut macam nak panjat pokok kelapa. Dah tu, kenapa turun balik pulak? Memang kena banyak bersabar ngan dak Uyum ni tau.
ReplyDeleteitu yg geram tu kak, dah nk smp atas, eh bole plak dia reverse....!!
Deletewajib singgah jumpa Mahsuri kalau ke Langkawi kan
ReplyDeleteBaca entri nie teringin pulak nak pergi Langkawi lagi..
ReplyDeletesedap kan laksa dkt situ. syu pergi 3 thun lps pon dah byk gerai dkt situ..
ReplyDeleteBestnya jalan jalan cuma sekarang ni cuaca sangat terik..
ReplyDeleteGigih Uyum ye last last tak jadi naik..
Air telaga memang sejuk tapi takut la tengok org duk tepi telaga macam tu lagi lagi budak. Takut terjatuh. Dari dulu lagi duk terbayang fikir mcm tu
Seronok tengok Uyum jalan-jalan.. Suka. Telatah dia tu ha.
ReplyDeleteberiya Uyum baca sejarah Langkawi tu ha. Idok boring..Auntie suka baca cerita travel, dapat jugak ubat rindu nak berjalan jauh-jauh
ReplyDeleteWaahh, Uyum dah smpai langkawi. Acik ni belom sampai lagi. haha
ReplyDeletebaca kisah jalan2 uyum pun senang hati.
Aku terus teringat time kita pi Langkawi Ret hehehehe
ReplyDeleteUyum ni....comel la..kelakar angat....hehehe...memang rugi x membeli la kalau pi sana kan....
ReplyDeleteRindunya nak pegi langkawi lagi...
ReplyDeletefav tu..kuih bederam. bestnya bawak anak2 jenjalan sambil belajar sejarah...gitu
ReplyDeletePenasaran Ama sejarahnya mahsuri nih, tulisannya kecil sangaaat kak 😅. Nanti cari tahu ttg mahsuri lah di google.
ReplyDeleteAiissh uyuuuum, pengen rasa aunty angkat dari bawah supaya bisa naik ke atas lah 😄.
Eh, coklat Daim tuh favorit sayaaaa hahahahaha. Tiap ke Malaysia, pasti beli banyak coklat nih di bandara 🤣. Suka Krn ada karamelnya kak . Dah lama sangaaaaat tak beli Daim, kapan lah bisa ke Malaysia lagi nih 😄..
Macam2 telatah uyum nii
ReplyDeleteKelakar uyum ni
ReplyDeleteAlahai.. comel pula baca kisah Uyum berjalan di Langkawi ini..
ReplyDeletePergh!! Meriah betul sarang telur dia tu..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com