JALAN JALAN KE SENTUL WEST     JALAN JALAN KE SENTUL WEST

JALAN JALAN KE SENTUL WEST

Cerita nya lepas SARAPAN DI KECUR ahad lepas, on da way nak balik tu, dari arah Jalan Duta ke Sentul, kita akan lalu simpang ke Sentul West. Bertahun duduk Sentul, ni pertama kali nak masuk kawasan Sentul West tu. Memang tau la kat situ ada KL Pac yang orang selalu perform teater tu. Dan ada pelbagai jenis restaurant juga dalam tu. Ada tasik dan juga kolam ikan koi.

Sentul West ni ekceli private area yang dimiliki oleh YTL Group kalau tak silap tapi orang ramai still bole masuk la kat kawasan tu. Aritu ada terbaca kat blog Nohas cerita dia makan kat Tiffin The Yard dan blog carneyz pun ada cerita dia melepak kat Tiffin The Yard , maka nya kita pun tergedik la nak jejak tempat tu juga.


Nampak signbod Sentul West terus la belok ke kiri ye. Jumpa guard dulu, tapi dia tak tanya pun terus je dia buka palang. OK first time kita nak masuk ke dalam ni. Cuaca sangat memberangsangkan hari tu.


Dari jauh dah nampak bangunan kolonel ni. 


Pastu memandu lagi ke depan terus nampak bangunan Sentul Depot ni.
Kat sini la terletak nya Tiffin at The Yard yang semakin viral tu.
Memandangkan kita baru je lepas sarapan kan, so kita masuk kat situ sesaja la nak tengok rupa tempat hipster yang semakin popular ni hahahaha...

Ha moh la kita jenguk kejap.


Parking kete kat luar ni pastu ko jalan kaki masuk ikut tepi pintu utama.
Eh ada guard so kalau tak tau mana pintu masuk, sila tanya pak guard tu k.


Pintu masuk utama The Yard.


Scan mysejahtera macam biasa, kat tepi pintu ada orang akan kira bilangan pengunjung.
Pastu ko nampak signage besar ni.


Nama kedai-kedai yang ada kat situ.


Luas juga la tempat nya ni hahaha ke sebab kami datang awal pagi, bila takde orang sangat terus nampak tempat tu cam luas hahahaa 😆😅



Beriyer diorang soh kita snap gambar diorang... Ok kita layan kan aje 😆


Antara deco yang ada kat situ.. Apakah itu? Sila la gugel ye hahaha.. 
Takde plak description kat situ 😅 macam tempat membakar tapi ntah la hehehe..















Suasana kat dalam pulak. Ermm.. ingat nak lepak lepak minum air je kan tapi memasing pun dah kenyang, maka nya kita buat pusingan jalan-jalan tengok kedai aje la ye hahaha..

Pastu kita kluar dan terus ke Sentul Park dan tengok ikan koi plak.


Ha ni plak bangunan KL Pac or KL Performing Art Centre.
Tau tak dulu kat bawah dataran merdeka ada tempat teater?
Ha tempat tu skrg ni berpindah kat KL Pac. Korang boleh baca cerita lanjut kat "SINI".


Pintu masuk KLpac.


Depan KLpac terletak nya Sentul Park dan juga Koi Centre.
Sayang plak rasa, sebab macam dah tak terjaga plak tempai ikan Koi ni.
Tak tau la sebab pandemik ke kan.


Masuk je nampak kolam ikan koi ni. Besar gila kolam nya. Ikan-ikan dalam tu pun gemok gemok oii!! Seriau plak terus terigt movie yang ikan beso makan orang tu haha lupa lak nama movie tu 😅



Ha nampak tak ikan tu????
Kita tak nampak ikan, tapi kita nampak perut uyum hahaha 🙈



Pastu derang nampak itik. Adoiyaiii kemain penakut si Uyum tengok itik...
Itik pun tak heran ngan Uyum. Ko ingat angsa ke? Angsa ye la menyudu kalau dekat ngan dia.😆😆


Agaknya itik putih tadi bagitau kat kawan dia si itik hitam, "boodak debab tu sibuk betul kaco port kita berehat la, moh la kita cari port lain!" hahhaa...


Seriously ikan kat situ memang gemok gemok sangat!!
Kalau korang ada bela ikan koi ni, tak silap ako, kat situ ada sediakan khidmat jaga ikan koi kalau korang nak g bercuti ke kan. Kira macam spa untuk ikan la. Tapi ako tak pasti perkhidmatan tu masih wujud lagi ke tak.


Dah puas tengok ikan, jom kita lepak kat Sentul Park plak.


Nyaman je dok lepak kat sini.
Tak pasti kita bole joging or kelah ke tak kat situ.
Sebab private area kan. Bukan macam tasik titiwangsa or tasik perdana.
Tapi memang tenang je kawasan tasik tu.


Dah puas lepak-lepak, jom la balik.
Lepas ni kalau orang citer KLPac,Sentul West, ok kita dah dapat bayangan sket 😆😆

Lupa nak citer, Sentul West ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Komuter Sentul.
Tapi nak masuk ke pintu utama tu memang kena jalan jauh sikit la ye.


Nota Jemari: Eh ending macam tergantung plak kan haha.. xde ayat penutup yang sesuai😅😅

Post a Comment

25 Comments

  1. Ohhh dekat dengan sentul station lah yaaa. Naah berarti oke nak saya datangi. Karena tiap kali ke Malaysia, lebih sering saya pakai MRT, LRT . Jarang sangat pakai grab, Krn malas nak ganti kartu lokal 🤣..

    Tadi pas baca awal, Fanny kira Sentul yang di Jakarta kak, ada tempat nama Sentul jugak 😂. Trus baru ingat, iyalaah ini Sentul Kat Malaysia 😄😅..

    Baguuus tempatnya, nanti mau ajak anak2 main kesini kalo dah bisa traveling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sentul ni femes plak nama nya ya :D

      Betul tmpt ni dkt ngan station sentul tp kalo mau betjalan menuju pintu masuk agak jauh jgk tu heheh

      Delete
  2. Unik tempatnya tu, Ret. Takpe, nanti datang lagi sekali bawa perut kosong pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha tmpt gudang ketapi lama kan, dia buat tmpt makan...

      Delete
  3. Wah menarik
    tk penah sampai lg kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la cik nur masuk lepak2 situ k... tapi tempat makan dia xde tanda halal ye hehehe takat nk lepak minum air or makan dessert ke kan, ok je :)

      Delete
  4. Cantiknya tempat dia Kak Ret. Boleh pergi juga ni.. memang peaceful betul suasana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha bole la try lepak2 peptang bawa naura k ::)

      Delete
  5. Aku suka beno laaa Cafe tu, berkenan mata dan suasana dia.. nanti nak ajak Kakak laaa ke sini.. dia mesti suka tempat gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. environement dia nice kan cuma tu la food dia takde tanda halal k.. so makan dengan tangungan sendiri tau

      Delete
  6. Belum pernah sampai ke sini lagi... menariklah Tiffin The Yard tu.
    Suasana di kolam ikan koi pun nampak best!

    ReplyDelete
  7. pernah sampai ke KLPAc tu je tapi jiran disebelah2 dia tak pergi pun....pergi situpun utk sign document je.

    ReplyDelete
  8. Cantik jugak ya di sini kak Ret. Hipster gak orang Sentul ye. Alamak Uyum, janganlah tunjuk sangat orang bandar takut dengan itik

    ReplyDelete
  9. Ingat singgah makan. Bagus juga jalan-jalan dalam itu. Besar juga rupanya.

    ReplyDelete
  10. Aduh!! Aduh!! Cantik sungguh suasananya.. masuk list dululah.. berkesempatan nanti kita singgah sini..

    ReplyDelete
  11. Besar behtul tempat ni..! Tenang dan damai tu yang kita cariii! Barulah selesa naak melepakk

    ReplyDelete
  12. building dia aal2 kt overseas....nice utk ootd hehe..bole feeling2 overseas

    ReplyDelete
  13. Cantik bangunan kolonel ni. Ada juga baca kat blog kak nohas. Banyak pilihan menu kat sini. Terlalu berseni pulak benda tu, tak dapat nak terjemahkan apakah bendanya. huhu...
    Apoo Uyum takut itik. Kalau posing bagi kat Uyum.

    ReplyDelete
  14. syok pergi Sentul Park sbb tak ramai orang...tapi itulah tak byk aktiviti boleh buat..

    nak bagi makan ikan2 koi tu, ikan pun dah gemuk...hehe...

    ReplyDelete
  15. cantiknya tempat ni mcm2 aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  16. Masa kiteorg pegi The Yard ni takde pulak kiteorang explore bahagian luar. Boleh la try next time. Sentul Park tu guard tak kasi masuk ke?

    ReplyDelete
  17. besar jgk the yard tu, ada byk tempat mkn..

    ReplyDelete
  18. Cantik lah tempat makan tu. Instagramable sangat sudut2 dia. Area kolam ikan koi tu pun cantik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com