JJCM: RESTORAN DIVA     JJCM: RESTORAN DIVA

JJCM: RESTORAN DIVA

 Eh eh ni bukan restoran Diva AA ataupun mana2 Diva yek hehe.. Ni nak share satu kedai makan yang menyajikan masakan johor. Terletak di kawasan perumahan di Setiawangsa. Ada terbaca review, restoran ni sentiasa aje penuh terutama di waktu pagi. Asalnya kami memang terget nak sampai awal kat kedai tu. Bila google, tengok waktu operasi adalah jam 8 pagi. So masa kami kluar rumah baru jam 7:30 pagi. Jadi just nice je la kan bila sampai kedai, konon budget kedai baru je buka.


Sekali sampai-sampai situ tengok orang dah ramai dok makan kat situ. Aikk kul bape ekceli kedai ni buka agaknya?? Ermm.. Ok abaikan je la. Scan suhu dan mysejahtera macam biasa, tengok nasib baik masih ada 2 3 tempat yg kosong. Rezeki alhamdulilah dapat juga sarapan di kedai.








Ekceli ada  pelbagai jenis makanan selain masakan johor. So korang tak perlu risau kalau makanan johor bukan untuk tekak korang. Still bole je korang lepak kat kedai ni order menu yang lain. Tapi memandangkan ako memang mencari kedai kedai menjual makanan johor, maka nya sarapan kami seperti di bawah ni ye.


Lempeng pisang ni tak pasti asal mana la ye. Hahaha mula nya masa ako order ni dalam kepala hotak dok terbayangkan lempeng biasa tu cicah ngan sambal.. Tu yang ako order la lempeng ni. Bila dapat, alamak dia tak bagi sambal tapi kelapa. Aisey mcm dah frust sket la sebab makan kelapa camni bukan pebret ako😅 

Tapi nasib baik la bila ako minta sambal, dia willing nak bagi sambal nasi lemak diorang. So bole la ako telan bila cicah ngan sambal tu. 


Part soto ni, ako so-so je la sebab sambal kicap dia tu tak pedas hahaha.. So ako agak kureng sket makan soto klu sambal tu tak pedas. Macam takde umph gitu😁


Laksa johor nampak menarik. Yang ini tak reti nak komen. Tekak ako macam so-so tapi tekak MAMA uyum dia cakap sedap!! Kalau orang yang slalu masak laksa cakap sedap so kira sedap la tu ye hahaha..! 


Ako memang tak suka kacang pool. Ako try la juga kat sini. Not bad la rasanya tapi masih bukan pebret ako la menu yang satu ni 😅


Yang ni sadis betul la hahaa... Nampak kat notis board, diorang inform "cheese habis!" hahaha.. Baru la dok terbayang nak makan murtabak cheese. Tapi tetap la kitrg order juga murtabak tanpa cheese. Ok la not bad tapi kalau ada cheese lagi ako suka hahaha..



Nasi dagang by grannies ni pun ada jual kat kedai tu. 
Selain tu ada juga pelbagai jenis kuih muih diletakkan di hadapan kaunter.


Last sekali nasi lemak untuk Uyum. Mana-mana pegi, tetap la dicari nya menu yang satu ni😆

Untuk korang yang nak mencuba restoran ni, boleh la ke :-

Restoran Diva
26, Jalan 11/55c,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur
012-924 8747
FB : https://m.facebook.com/RestoranDiva/

Nota Jemari: Selamat mencuba! 

Post a Comment

23 Comments

  1. Menarik ni.. Boleh cuba since dekat jugak dengan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sila sila cuba tau!! ikut jalan tepi giant setiawangsa tu, naik terus ke atas

      Delete
  2. Nampak sedap semua makanannya.. paling suka lempeng pisang tu..

    ReplyDelete
  3. Soto, laksa Johor favourite tu. Betullah kalau soto sambal kicap dia tak pedas memang tak syok makan. Sedap nasi dagang bungkus daun pisang. Patutlah kedainya ramai orang. Makanan sedap sedap kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sayang btul sambal kicap dia x pedas...! Tapi ok la food dia xde la x sedap.. lagipun restoran ni kawasan perumahan, mmg full je la kan

      Delete
  4. Buka pukul berapa agaknya? Orang dah ramai mesti sedap sangat pada tekak mereka.
    Itulah sekarang kena banyak jenis makanan untuk penuh selera orang yang berbeza. Kalau saya agaknya pilih nasi dagang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe.. nasi dagang ada, roti canai ada, nasi lemak ada hehehe

      Delete
  5. Banyak menu yang ditawarkan. Kalau makan soto sambal kicap mesti pedas barulah berpeluh2 puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaan!! kalau sambal kicap tak pedas mmg kureng umphh!

      Delete
  6. meriahnya menu..mcm2 ada. laksa johor dia nampak menariks..and kacang pool..dap nye.

    ReplyDelete
  7. teringat kawan ammi nak order roti naan cheese tapi kedai tu takde cheese...dia lari gi 7e kat sebelah beli cheese pastu suruh org kedai tu letak cheese tu dalam naan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha yg ni tak terpikir plak kita..
      ok lepas ni kalau takde cheese, kena bawa sesiap dari rumah la :D

      Delete
  8. Ooo ada port baru, nanti bolehlah singgah makan sini pulak yaaaa

    ReplyDelete
  9. Uish.. sedapnya. Macam murah jugak harga dia.

    ReplyDelete
  10. Lamanya x meronda setiawangsa...sana banyak port best nak makan

    ReplyDelete
  11. Cataaaat dulu tempat nih :D. Kalo dah bisa ke KL nak coba pasti. Aduuuh kangen makan laksa Johor, lempang pisang, nasi dagang apalagi nasi lemak 🤣🤣. Dah lama sangat ga makan itu.

    Saya malah terbiasa makan lempang pisang tuh pakai kelapa parut yang masih muda kak. Di kampung saya lempang pisang tuh banyaak. Makannya biasa pakai kelapa. :D

    ReplyDelete
  12. Harga makanan boleh dikatakan murah juga ya . Berbaloi

    ReplyDelete
  13. Pernah makan sekali dua kat sini tapi tak sempat explore banyak sangat makanan di situ.

    ReplyDelete
  14. nasi minyak pon ada dekat situ, sedapnyaa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com