Maaf kalau ada yang menjengah..
Kebizian melanda tuan punya blog 😅
Macam-macam berlaku tapi malas nak citer hahaha..
Jom la kita citer pasal Uyum ke Penang sebab ikut MAMA minggu lepas.
Jumaat, 18 Februari 2022.
Uyum ikut rombongan MAMA ke Penang dengan menaiki bas Kolej.
Punya excited boodak tu. First time nak naik bas kata nya.
Memandangkan Kolej tempat mama mengajar di Seremban, Uyum di KL, pastu nak ke Penang plak tu, jadi takkan la MAMA nak patah ke Seremban semata-mata nak saing ngan anak-anak murid MAMA kan. Maka nya MAMA dan Uyum just amek grab dan menunggu anak-anak murid MAMA di Hentian RnR Jejantas Sungai Buloh sahaja la.
MAMA sebagai guru pengiring untuk rombongan kali ni.
Alang-alang MAMA ke Penang, Nina pun terasa nak ikut sama.
Tapi takkan nak ikut MAMA naik bas sesama kan, maka nya terpaksa la Nina drive sengsorang bawa abang-abang.
Nina bizi jadi tak dapat nak mohon cuti.
Jam 12 tengahari, Nina pick up abang Aqeem dari sekolah terus kami shoot ke Penang.
Hari Jumaat kan, waktu lunch plak lama, so nina pun amek kesempatan la bertolak ke Penang dalam waktu makan tengahari tersebut.
Lebih kurang 2 jam 30 minit waktu yang diperlukan digunakan dengan sebaik mungkin hahaha..
Memandu hingga ke sampai mana-mana destinasi dalam waktu tersebut memang mencabar juga ni.
Rombongan MAMA dan Uyum sempat menyinggah ke Ipoh terlebih dahulu, jadi nya Nina takde la nak rushing sangat sampai ke Penang kan. Drive dengan pemanduan 100 km/j, rasa berhemah sungguh haha 😅
Cukup 2 jam 30 minit lebih kurang, Nina pun berhenti la di mana-mana hentian berhampiran. Alang-alang kami belum lunch lagi kan, ha moh la kita makan dulu sambil 'check in' balik waktu keje.
Kebetulan kan ako memang keje WFH jadi nya senang la nak keje di mana-mana sahaja. Lepas makan, kita sambung keje balik sebelum kita clock out petang itu ye. Lama gak lepak kat situ, lebih kurang jam 4:30 petang baru kami teruskan perjalanan ke Penang.
Memang santai-santai aje pemanduan ako. Cuaca cerah alhamdulilah sangat membantu walau ada la kejap-kejap hujan turun. Dan akhirnya selamat tiba di Pulau Pinang melalui jambatan kedua lebih kurang jam 6 petang. Pertama kali lalu jambatan ni sejak di buka untuk orang ramai. Excited juga la dapat lalu jambatan terpanjang di Malaysia ni. Walau rasa seriau juga bila teringat masa awal pembukaan nya dulu kan ada kes yang sebahagian jambatan ni runtuh tapi kita mampu doa je la moga sepanjang lalu kat jambatan tu takde insiden buruk berlaku. Seriously untuk pertama kali macam kami, memang rasa panjang dan lamanya nak lalu jambatan tu. 😅😅
Syukur kami tiba di lokasi penginapan iaitu di Tropicana 218 Macalister lebih kurang jam 6:45 petang. Memandangkan rombongan MAMA awal-awal dah booking menginap di Tropicana ni, maka nya terpaksa la Nina buat tempahan last minit melalui Airbnb kat situ juga. (nanti kita citer lain ye pasal air bnb tu)
Setel urusan check in, moh la kita berehat kejap. Sepanjang perjalanan asyik la si Uyum buat video call tanya kita kat mana kan. hahaha Tengah rehat-rehat tu dapat lagi panggilan dari Uyum. Rombongan Uyum naik bas tu dah sampai Penang juga masa ni tapi diorang dinner dulu sebelum check in.
Mesej-mesej ngan member yang dok Penang, plan mula nak lepak sesama tapi dia tak dapat nak join plak last minit. Maka nya kita pun tanya la mana tempat makan yang best untuk kami dinner malam tu. Member pun suggest "Padang Brown" ni.
OK la kat sini kami makan pasembur yang harga RM40 hahaha (main ambil je kan sekali nak bayar, ha amek ko!! nangis jap) 😅 Kata nya kat situ femes dengan celup-celup tapi tutup plak hari yang kami pegi tu. So, kita makan je la apa yang ada ye.
Malam pertama ni tak larat nak pusing-pusing town, maka nya lepas makan, moh la kita balik. Lagipun nak kena tunggu MAMA dan Uyum kat bilik kan. Sebab diorang kan takde kunci nak masuk. Bila Uyum sampai je, kemain excited dia bercerita kisah naik bas dan tempat-tempat yang dia pegi melawat tu.
Terjawab la sudah kisah Uyum naik BAS tempoh hari.😆
Nanti kita sambung cerita Uyum bercuti ke Pulau Pinang.
Nota Jemari: maaf ye, tuan blog kebizian yang melampau sekarang ni!!
15 Comments
Last ke Utara akhir tahun lepas ke Kedah, Penang dan Perak..
ReplyDeleteJalan sambil buat kerja. Terbayang sibuk bagaimana.
ReplyDeleteHehe rombongan Uyum berpecah dengan Cik Ako dan abang-abangnya.
Aaaa.. bestnya WFH boleh jalan2. Tempat akak tak boleh, mesti ada di rumah. Tapi, ramai jer yg ada kat kampung, huhuhu.
ReplyDeleteMantapp! Curi masa time rehat pon bolehhh! Hahaha...Best jugak wfh boleh merentas rentas ni..kikikii..Syok Uyummm sampai Penang..Saya pun lom sampai lagik..huhu
ReplyDeleteUyum dah pi Penang ....alaaa...sekali lagi tinggalkan aunty SA...x aci la...aunty pun nak pi Penang la kalau macama ni...
ReplyDeleteNi trip Penang last week ye? Best kan pegi Penang, rasa tak puas je JJCM kat Penang. Hotel2 sana pun bersih dan cantik2.
ReplyDeletePengalaman manis untuk Uyum. Alhamdulillah.
ReplyDeletelama tk ke penang...dlu2 pi pn sbb outstation..seronok uyum naik bas tu
ReplyDeletesantai santai pun kejap gak sampainya tu. Gamble betul terus ke Penang. Seronok eh Uyum naik bas. Uyum pun dapat tumpang posing bawa bas kononnya lah. Hehe...
ReplyDeletePasemboq sana jangan dok buat main, memang camtu. Pernah gak ada pengalaman camtu. Terkejut dengar harga. adeh!
mama penah sampai padang brown tu.. tentu seronok uyum naik bas kan
ReplyDeletenasib baik keje pakai laptop, bolehlah check keje dari RnR sahaja. Hihi. Oh..seronoknya Uyum dapat naik bas. alamak pasembor kayangan tu
ReplyDeletebestnye gi penang. jgn lupa mkn nasi kandar ye..
ReplyDeleteKelebihan bila WFH.. Di mana-mana pun boleh check in.. Janji ada laptop dan internet kan Nina.. Mesti teruja lebih Uyum ye..
ReplyDeleteRindunyaaaa nak gi penang. Dulu zaman belajar, assignment trip memang wajib pi penang walaupun tempat sama hahaha. Bestnya wfh!
ReplyDeleteUyum ikut rombongan ke Penang..mesti best..new experience...
ReplyDeletePenang mmg best, pergi byk kali pun tak jemu...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com