Assalamualaikum semua,

Hari ni nak share ngan korang satu cafe baru di area Wangsa Maju.
Kebetulan lepas hantar abang Aqeem ke kelas tuisyen, kami dah takde hala tuju.
Tapi kami malas nak balik rumah. Hahah... wiken wiken ni rasa nak kluar jenjalan je tapi sebabkan kami takde arah tuju, maka nya memandu aje mengikut gerak hati.

First kita cuba la gugel kalo-kalo ada cafe kucing area KL ni.
Terjumpa area Wangsa Maju tu la maka memandu la kami ke arah situ.
Sampai je lokasi tak nampak pun cafe kucing nya.
Nasib baik tak bagitau dulu kat Uyum yang kita nak tengok kucing.
Kalau awal2 dia tau, mau nya frust menonggeng boodak tu.😆

Pastu kita try la gugel cafe-cafe yang berdekatan ternampak nama cafe "Wolf & turtle Coffee".
Eh cam menarik je, ah moh la kita terjah.
Ala tak jauh pun dari lokasi yang konon nya ada cat cafe tu.


Tau tak NZ wangsa maju yang besar tu???? Depan tu ada deretan kedai kan, yang ada Burger King tu.
OK Wolf n Turtle ni area situ la lebih kurang.

Deretan kedai ni , kedai-kedai lama.
So Cafe Wolf n Turtle ni memang menyerlah la kedai nya.
Nampak sangat kedai baru hehehe...

Kebetulan dapat plak parking betul-betul depan kedai.
Alhamdulilah rezeki.
Ntah nape area situ wiken wiken ni penuh plak parking.
Selalu nya macam kosong je.

OK moh kita masuk.
Ekceli ako nampak orang kat luar kedai ni.
Ako ingat macam ramai la kat bahagian dalam kan.


Scan je mysejahtera, sekali masuk dalam, eh laaa takde orang la.
Hahahhaah bagus ni!!
Rambang mata nak duduk mana hahah.. pilih pilih seat.

Kedai ni nampak luas memanjang.
Toilet pun ada disediakan kat hujung nun tu.


Dah pilih seat, jom kita order.
Servis layan diri ye.
Order di kaunter terus buat pembayaran.





Menu dia takde la banyak , sesuai la untuk brunch.
Selain main menu, ada juga kek.



Standard kot harga cafe-cafe camni.
Ekceli kami baru je brekfes kat rumah tadi.
Alang-alang hantar aqeem kul 11 pagi gi tuisyen, sampai situ dah nak dekat 12 tengahari.
Maka nya kami order la 2 jenis main food saje.

.:Muchacho Toastie:.

.:Pesto:.

Dari kiri : Ice Peach, Mocha Ice, Ice Turtle Passion & Hot "The Magic"

Air "The magic" tu lebih kurang macam Latte.
Lagi pekat rasa pahitnya tu hhahaha..
Ako awal-awal cakap nak gula!!
Pastu ako tambah la sket guna syrup so nice je la kat tekak ako.

Nak minum kopi tapi tak suka pahit-pahit 😅😅

.:Banana Toffee Tart:.

Tart pisang ni sebiji macam makan kek pisang biasa tu hahaha..
Beza nya dia letak kopi la sket...
Nice texture, lembut ada , keras pun ada.


Kat situ ada jual mechandise keperluan untuk orang yang suka berbasikal.

Ako try la gugel, rupanya dah banyak juga cawangan cafe ni ye.
Yang ako pegi ni area Wangsa Delima; Untuk yang berdekatan, bole la try!!

Wolf & Turtle Coffee, Wangsa Maju
73, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, 
Isnin-Ahad : 10 pagi - 10 malam.

Nota Jemari: Macam nak JJCM area Penang la minggu depan tapi.....