JJCM: WOLF & TURTLE COFFEE     JJCM: WOLF & TURTLE COFFEE

JJCM: WOLF & TURTLE COFFEE

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak share ngan korang satu cafe baru di area Wangsa Maju.
Kebetulan lepas hantar abang Aqeem ke kelas tuisyen, kami dah takde hala tuju.
Tapi kami malas nak balik rumah. Hahah... wiken wiken ni rasa nak kluar jenjalan je tapi sebabkan kami takde arah tuju, maka nya memandu aje mengikut gerak hati.

First kita cuba la gugel kalo-kalo ada cafe kucing area KL ni.
Terjumpa area Wangsa Maju tu la maka memandu la kami ke arah situ.
Sampai je lokasi tak nampak pun cafe kucing nya.
Nasib baik tak bagitau dulu kat Uyum yang kita nak tengok kucing.
Kalau awal2 dia tau, mau nya frust menonggeng boodak tu.😆

Pastu kita try la gugel cafe-cafe yang berdekatan ternampak nama cafe "Wolf & turtle Coffee".
Eh cam menarik je, ah moh la kita terjah.
Ala tak jauh pun dari lokasi yang konon nya ada cat cafe tu.


Tau tak NZ wangsa maju yang besar tu???? Depan tu ada deretan kedai kan, yang ada Burger King tu.
OK Wolf n Turtle ni area situ la lebih kurang.

Deretan kedai ni , kedai-kedai lama.
So Cafe Wolf n Turtle ni memang menyerlah la kedai nya.
Nampak sangat kedai baru hehehe...

Kebetulan dapat plak parking betul-betul depan kedai.
Alhamdulilah rezeki.
Ntah nape area situ wiken wiken ni penuh plak parking.
Selalu nya macam kosong je.

OK moh kita masuk.
Ekceli ako nampak orang kat luar kedai ni.
Ako ingat macam ramai la kat bahagian dalam kan.


Scan je mysejahtera, sekali masuk dalam, eh laaa takde orang la.
Hahahhaah bagus ni!!
Rambang mata nak duduk mana hahah.. pilih pilih seat.

Kedai ni nampak luas memanjang.
Toilet pun ada disediakan kat hujung nun tu.


Dah pilih seat, jom kita order.
Servis layan diri ye.
Order di kaunter terus buat pembayaran.





Menu dia takde la banyak , sesuai la untuk brunch.
Selain main menu, ada juga kek.



Standard kot harga cafe-cafe camni.
Ekceli kami baru je brekfes kat rumah tadi.
Alang-alang hantar aqeem kul 11 pagi gi tuisyen, sampai situ dah nak dekat 12 tengahari.
Maka nya kami order la 2 jenis main food saje.

.:Muchacho Toastie:.

.:Pesto:.

Dari kiri : Ice Peach, Mocha Ice, Ice Turtle Passion & Hot "The Magic"

Air "The magic" tu lebih kurang macam Latte.
Lagi pekat rasa pahitnya tu hhahaha..
Ako awal-awal cakap nak gula!!
Pastu ako tambah la sket guna syrup so nice je la kat tekak ako.

Nak minum kopi tapi tak suka pahit-pahit 😅😅

.:Banana Toffee Tart:.

Tart pisang ni sebiji macam makan kek pisang biasa tu hahaha..
Beza nya dia letak kopi la sket...
Nice texture, lembut ada , keras pun ada.


Kat situ ada jual mechandise keperluan untuk orang yang suka berbasikal.

Ako try la gugel, rupanya dah banyak juga cawangan cafe ni ye.
Yang ako pegi ni area Wangsa Delima; Untuk yang berdekatan, bole la try!!

Wolf & Turtle Coffee, Wangsa Maju
73, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, 
Isnin-Ahad : 10 pagi - 10 malam.

Nota Jemari: Macam nak JJCM area Penang la minggu depan tapi.....

Post a Comment

20 Comments

  1. Hehehe.. sama kita pantang nampak coffee shop baru mesti nak singgah. Paling sama bab rambang mata tengok banyak meja kosong, hahahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan! Kan!!
      Bila kosong macam blur2 nak dok mana :D

      Delete
  2. nmpk sedap cheesecake tuuh 😅😅

    ReplyDelete
  3. Banana Toffe Tart tu nampak sedap.
    Rasa tenang jew masuk tempat makan yang tak banyak orang.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaa.....semuanya sedap...geram tengok...

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je cafe nie.. boleh lah cuba kalau ke WangsaMaju nanti..

    ReplyDelete
  6. Best masuk kedai tak ada orang. Boleh lepak lama sikit. Cantiklah cafe ni. Dia punya ambient tu best. Menu menu pun menarik. Rasanya harga tu standard lah harga cafe cafe yang ada.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap la kek dia. Best makan tak ramai orang 😃

    ReplyDelete
  8. Waaa nicebetul Cafe dia, bagus Ret, dah mula JJCM dan kongsi, nanti nak buat reunion dah tau nak buat kat mana hehehehe

    ReplyDelete
  9. Hehe rajin tempat makan baru.

    ReplyDelete
  10. Yum yum sedapnya. Kedai pun nampak cozy

    ReplyDelete
  11. Selalu gitulah, nak keluar malas. Kalau dah kat luar eh tak naklah balik dulu. Nak singgah kopi-kopi dulu

    ReplyDelete
  12. cantik cafe nya... luas! choc tart tu, menggoda tul. sama la, ayu pun suka try coffee merata2....bila jumpa tu..best! kat sban ada bad wolf coffee, tak pernah gi cafe dia...food panda je. 1st try dap, 2nd...kureng plak. he he he..

    ReplyDelete
  13. menarik nmpknya..bole cuba nanti...

    ReplyDelete
  14. Reka bentuk dan susun atur nampak menarik je . Terliur tgk slices kek tu

    ReplyDelete
  15. Kita buat note dulu🤭 kena list ni. Selalu Nz je singgah dulu2 sblm covid dtg

    ReplyDelete
  16. Wuuu dah jadi kaki kopi ke hehehehe.. lepas ni ke mana aje, pastikan cari kedai kopi.. tapi kenapa ek di beri nama wofl (serigala) turtle (kura-kura) tu ekkk...

    ReplyDelete
  17. Lama dah saya tak jalan-jalan ke Wangsa Maju. Nanti bolehlah cuba menyinggah sini :)

    ReplyDelete
  18. Kek dia nampak menarik dan mengancam..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com