HUJUNG MINGGU DI PADANG BOLA KIARA BAY     HUJUNG MINGGU DI PADANG BOLA KIARA BAY

HUJUNG MINGGU DI PADANG BOLA KIARA BAY



Sebelum raya haji tempoh hari, MAMA aqeem dah daftar kan dia ke kelab bola anjuran kelab mana ntah.. ako pun lupa. Ini masa hari pendaftaran di buka. Ramai betul yang mendaftar. Terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang berumur di bawah 9 tahun dan juga kumpulan yang lebih dari 10 tahun tapi bawah 15 tahun.

Sebab aqeem yang minat sangat bola, itu yang omak eh gigih cari kelab mana-mana untuk dia join. Harap minat nya berkekalan la ya... Kalau tak sebelum-sebelum ni minat dia berubah-rubah.. Kejap nak join badminton, kejap nak main hoki, kejap nak main takraw. Pening kitorang nak layan, apa tak nya bila nak main badminton, dipaksa la kita ni beli raket , nak main takraw, kena pula beli bola takraw.

Aishhh harap nya bola ni akan kekal lama sket la ye.


Warming-up session. Panas weii... oh ye latihan diadakan setiap hari sabtu & ahad tapi terpulang la nak datang dedua hari atau boleh pilih salah satu. Setakat ni Aqeem nak pegi dedua hari, sabtu & ahad. Itu yang sekarang hujung minggu kitorang kat tepi padang bola je la 😆




Minggu raya haji takde latihan. So bersambung minggu hadapan nya tu.


Ok kali ni dah pandai sket. Kita bawa la kusi sendiri. Kalau tak tu jenuh gak nak berdiri tapi padang or bole je duduk kat bangku jaring yang tengah-tengah padang tu.



Panas sungguh minggu tu. Berpayung la kat tengah-tengah padang.



Boodak ni kemain dia macam jadi coach tepi padang gitu hahaa. Dia plak yang lebih-lebih air kat tepi kusi😅



Dan semalam dah pandai, siap bawa bekal lagi tau. MAMA nya plak siap order eskrem malaysia dari kawan dia. Kebetulan kawan nya duduk dekat flat PPAM1 yang sebelah metropolitan kepong tu. So on da way nak ke Kiara Bay, kita singgah la pi amek eskrem dulu.

Hujan! Tapi nasib tak lebat.



Eh eh arini dia up lagi... siap beli kudap-kudapan plak dia...
Hahah dah macam kelah tepi padang kekdahnya.


Ok hari ni hujan tak berhenti-henti.. Mula lebat pastu renyai-renyai, kemudian hujan lagi dan lagi.
Tapi diorang tetap bermain... Kita pun tetap setia tepi padang tunggu sampai habis.

Agak-agak minggu depan, dia bawa menu apa plak ye? 😆 psstt dia dah bagi senarai tau! hahah

Nota Jemari: tapi kan minggu depan dia plak dah kena join main bola.. so kita nanti kan episod dia plak ye bergolek atas padang haha tunggu!!

Post a Comment

32 Comments

  1. Whoaaa... Semoga kekal semangat bermain bola! Yang penting, aktif gerakkan badan semua..agar sihat sihat..

    Chaiyyokkkk! Ok, nantikan kemunculan abg Aqem atas Padang pulok 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa cergas semangat.. harapnya sampai akhir la ye..

      Delete
  2. ibu, sy minat semuanya... boleh kan.. :D :D :D

    ReplyDelete
  3. coach tepi padang tu siap ada aiskrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha kan... bkn takat eskrem.. eh dia bawa biskut, jelly, air.. eh macam2 laaa..

      Delete
  4. santai di tepi padang.. hujan panas tetap setia menunggu.. hihi

    ReplyDelete
  5. wahh...bagus join kelab, lebih fokus..semoga Aqeem & Uyum kekal bersemangat waja!!...go go go...bagus jg developer buat padang kt sini daripada dibiarkan kosong...sebelahnya padang futsal..dua2 padang ni masuk dlm gambar drone akk...hehe..

    ReplyDelete
  6. Bukan main yang atas kursi dia hahahaha..
    Kalau kat JB boleh join kelab JDT player

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko jgn.. dia mmg taksub klu sebut JDT ni :D

      Delete
  7. Wahh best best main bola. Teruskan minat. Hehe siap2 lah list tiap minggu picnic tepi padang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita tunggu boodak demok tu plak masuk padang ye :p

      Delete
  8. Amboi Uyum.. kemain ye mengalahkan coach pulak dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakaka adoii tunggu dia plak masuk padang nnt :p

      Delete
  9. Amboi Coach Uyum, siap piknik tepi padang ye 😆

    ReplyDelete
  10. tak pe. nnt sure stick pada satu. satu lagi kengkadang pengaruh kawan2. minat ikut kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 camtu la yan... moga ini yg muktamad pilihan nya tu :D

      Delete
  11. Mama yang support anak. Bagus ni. Ada seorang anak kawan pun sama dia support minat anaknya sampai sekarang dah masuk Akademi Bolasepak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama nya mmg support je la minat anak.. kang x sapot majok masam2 muka haha pening nak layan :p

      Delete
  12. kalau uncle seronok tengok je bola ni... sebab apa tengok je?
    Sebab uncle kaki bangku! huhuhu

    ReplyDelete
  13. Hahahaha rindunya lihat uyum
    . Saya lupaaa pula nak foto dengan uyum di sana 🤣😄.

    Tapi memang anak seusia aqeem masih labil utk memilih biasanya kak 😅. Samalah macam anak saya, nak renang, nanti nak bola, nanti nak yg lain 🤣. Pening kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha itu la anak2 skrg senang mau pilih sukan apa aja.. jadi harap yg ini yang muktamad la pilihan nya tu

      Delete
  14. Ni, konsep terbaru #healing yek!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com