Fanny ada kat KL??
Ya betul.. Fanny bercuti ke KL bersama keluarga.
Dan of coz kita ajak jumpa kan.
Sebenarnya takde plan pun nak jumpa kat KL sebab kebetulan dah jumpa kat Jakarta tempoh hari kan. Tapi memandangkan ada barang tertinggal kat bilik hotel masa ako bercuti ke Jakarta aritu, jadi terpaksa minta bantuan Fanny untuk pickup barang tersebut. Terima kasih banyak-banyak Fann sebab tolong ngambilin barang tersebut ya.
Bila dah ambil barang, mesti la kena jumpa kan hahha...
Kebetulan carneyz pun mesej ajak jumpa Fanny
Nak ajak jumpa lunch time memang tak sempat.
Jadinya kami set time jumpa hari Jumaat lepas opis sahaja.
Carneyz pilih untuk jumpa di Kenny Hills Bistro @ Four Season.
Dekat dan senang untuk Fanny ke situ.
Pagi Jumaat ako masuk opis. Selalu nya hari Jumaat ako prefer work from home je.
Tapi memandangkan ako nak amek half day petang Jumaat, tambahan masih ada lagi kerja yang perlu diselesaikan segera. Nak tak nak kita gagah juga la masuk opis pagi tadi.
Lunch hujan selebat-lebat nya.
Ermm.... pick up Uyum kat rumah, hantar abang aqeem ke sekolah, terus shoot ke Cheras sekejap sebab nak pickup kek batik.
Sejak kejadian pokok banyak tumbang ni kan, bila hujan je terasa seriau plak bila kita drive tengah-tengah bandar ni.Selalu doa jangan la terbenti kat kawasan yang banyak pokok. Alhamdulilah, walau hampir nak lalu kawasan yang dinaiki air, akhirnya selamat juga tiba destinasi dengan jayanya.
Jam 5 petang dah tercongok kat bistro. OK orang pertama sampai.
So kita boleh tarik nafas dulu. Sempat order, dalam 15 minit macam tu Fanny & Raka pun sampai.
Ako ni kalau jumpa orang pertama kali memang la jadi gugup dan awkward.
Ternyata laki si Fanny ni nasib la boleh sekepala. Peramah gila orang nya.
Ajak borak memang boleh ngam la apa je isi perbualan kitorang tu.
Dari topik keluarga ke topik kerja, dah rasa macam kita kerja satu opis plak kekdahnya😆
Ibarat macam perjumpaan ahli bankers & HR plak ye tadi hahah...
Thank you Fanny & Raka , semoga korang enjoy percutian di Kay ELL & Penang.
Thank you juga Fanny & Carneyz hadiah belated besday tu hehe..
Happy belated burfday to US... hahha tak sangka kami semua ni Gemini 😆
Next time SA pun bole join juga ni :D
Nota Jemari: ok next bole sambung cerita trip jakarta hari kedua plak😜




36 Ulasan
Wahh Kenny Hills... nanti Ako review sikit menu2 kat sana , kak ana belum pernah try lagi nih :)
BalasPadamAlamak kak ana.. tdi x smpt nak snap.gmbr makanan..kita tgu yg lain update je la ye hahaa
PadamWah dah update story kat sini ye. Laju pulak kali ni hihi. terima kasih jugak kak Ret atas hadiah belated birthday tu 🤩
BalasPadamCerita pendek.. tu laju je ni hahah
PadamFanny lagi hebat.. Ngan uncel.. Sekali kak retna ngan carneyz... Terbaikk
BalasPadamahhahaha kan rajin dia jumpa ramai blogger
Padamsekali ada iklan daaaah... ok sambung balik cerita episod 2 ye.
BalasPadamhhhhaa comingggggg :p
PadamSemoga silaturahim antara bloggers berkekalan hingga ke akhir hayat.
BalasPadamaminnnnnn insyallah
PadamKira sambut harijadi bersama ini. Hehe.
BalasPadamhhaha btul2 lebih kurang camtu la :D
Padamwah bestnya jumpa jumpa
BalasPadamperasan tak, kalau klik profile fanny takda link ke blog dia.nk cari kat mana ye?
BalasPadamsini dik https://dcatqueen.com/
PadamAlhamdulillah ade org tolong ambilkan.. :D
BalasPadamTu la nasib ada rezeki org baik tlg kan
PadamWah…macam duduk dekat pulak ya, selalu Ret jumpa Fanny.
BalasPadamKisah ehhh…semua Gemini 😁
Ret, ETS kafe tu betullah di koc C. Saya silap tulis 😂. Mujur Ret tanya.
Hahah kan ujie.. mcm dok dkt je semua org...
PadamHahaha fuh seb baek masih kat koc c haha dh plan nak naik ets aug ni mmg amek koc c abb nk dkt ngan tmpt.makan hahah
Niatnya uncle nak try squeeze jadual di siang hari, supaya boleh jumpa dengan orang lain sama... malangnya masa mencemburui uncle... terpaksa tunda ke malam... So ke hotel je la....
BalasPadamTu la mula fanny ckp jumpa uncle lps solat jumaat.. so kita pun budget jimpa dia belah ptg je.. tp alhamdulilah masih ada rezeki uncle jumpa ngan dia jgk
PadamWaaa seronok nya blogger Fanny dtg Malaysia dapat jumpa.. kirim salam kalau ada peluang..
BalasPadamTT, adoii baru igt rasa cam ada hutang 1 hadiah.... hadiah tu mmg dah ada je tp x sempat2 nak pos smp terlupa sorry ampun hehe.. insyallah akan cuba selesaikan hutang yg satu ni hehe
PadamTT, adoii baru igt rasa cam ada hutang 1 hadiah.... hadiah tu mmg dah ada je tp x sempat2 nak pos smp terlupa sorry ampun hehe.. insyallah akan cuba selesaikan hutang yg satu ni hehe
Padambestnya dpt dating2 tu!! apakan daya tak de rezeki MZ nak jumpa fanny (sbb kes keta MZ rosak tu laaaa)
BalasPadamItu laaa carnyez ada mention... xde rezeki lagi nak jumpa fanny tu..insyallah akan dtg
PadamAssalamualaikum sis, ya musim hujan risau bila lalu kat tempat banyak pokok. happy belated birthday, moga dalam lindunganNya selalu.
BalasPadamwaalaikumsalam.... tq sis atas ucapan besday nya tu..
PadamGemini girls!!...Alhamdulillah, dapat hadiah & dapat balik brg yg tertinggal..dapat gather2 bloggers..
BalasPadamhhehehe gather with geminis :p
Padamsyok gather2 dgn blogger especially blogger dr seberang...fanny ajak juga join ptg tu tp sygnya tk sempat
BalasPadamtu laaa... kalau jumpa ramai2 aritu lagi meriah kan
PadamSaya nak mula menulis, tapi badan sakit pula sampai jakarta 🤣. Cuaca tak bagus lah nih. Makanya nanti nak tulis juga 😄.
BalasPadamKalo Raka memang dia tipe ekstrovert sangat kak. Apalagi kerja dia relate Ama bertemu banyaaaak orang, mau tak mau harus supel dan mudah bergaul 🤣🤣. Ditambah pula kita semua banker dan eks banker, nyambung lah percakapan 😄.
Saya sukaaa kek batik itu. Dah bagi2 juga buat keluarga dan tetangga dekat. Saya makan dengan kopi, lagi best 🤣🤣
harap kamu udah sihat ya.. badan nya tu harus istirehat dulu sepenuhnya.../
PadamRaka ni kalau ketemu amma husband nya zurin amma husband nya kak een, harus lagi banyak cerita nya tu :D
alhamdulilah... kek batik nya kamu suka.. itu kawan adik yang bikin bisnes .. orang jiwa seni, ukiran nya pun halus sampai sayang mau makan kan mula nya :)
Seronok tengok ukhuwah fillah yang begini.
BalasPadamNampak masing-masing sangat serasi.
boleh buat team "Gemini Bersekutu" haha
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com