Plan 2 bulan sebelum.
Asalnya nak bercuti ke tempat lain.
Asalnya nak bercuti bertiga aje.
Tiba-tiba terus jadi ber7😅😅
Maka nya jadi la trip adik kakak ke Jakarta pada 31 Mei - 4 Jun 2024 yang lepas.

.:dalam beg ada beg:.

Gigih kul 5 pagi dah terpacak kat KL Sentral. Menunggu adik zurin dan kak sarah untuk sama2 naik ETS ke KLIA1. Memang awal awal dah target nak amek ETS jam 5:20 pagi macam tu la. 


Dari jauh dah melenggang adik kita ni hahaha. 


Ok semua dah ada, moh lekaih kita gerak. Nasib baik, ETS masih setia menunggu.


Sampai je KLIA 1 terus kami ke surau dulu untuk solat subuh. Kemudian misi utama pagi tu adalah membalut luggage. Memandangkan pegi tu luggage cam kosong je walau dalam bag ada bag kan, sebab tak confident akan 'kecampak'an yang bakal berlaku, jadinya mari la kita membalut luggage yg sepatutnya terlebih dahulu. Kat Malaysia ni, harga agak mahal mengikut saiz kalau dicompare kan dengan harga di Jakarta tempoh hari, terlalu murah sangat2 dan saiz besar ke kecil sama je harga.



Konon nya nak breakfast kat balai berlepas tapi rupanya tempat area gate kami tu takde tempat makan yang proper macam restoran. Yang ada macam kioks2 kopi atau kedai2 kopi biasa je mcm starbuck. Perut dah berbunyi-bunyi, pape pun jom kita masuk dulu la.

Seingat ako kena naik bas untuk menyeberang tapi rupanya gate kami kat situ juga. Tak perlu nak naik bas bagai.. Lepas je cop passport, terus la cari gate berlepas. Tapi bila dah lapar, kena la cari sesuatu dimakan.

.:adik kakas dah tak sabar nak menyoping:.

.:Ada kioks roti, so jadi la buat alas perut:.

.:ok ready for boarding:.

.:snek on the board:.

Kami naik Batik Air. Masa beli tiket tu dapat harga promo termasuk 20kg luggage. OK la kan tapi of coz la tak cukup hahah. Wajib tambah lugagge balik tu. Batik Air ni macam Air Asia. Makan on board kena beli ye. Bole je pre-order dulu tapi menu dia macam tak banyak plak. So tak banyak pilihan sangat. 

Perjalanan lebih kurang 2 jam. Flight delay.... bukan delay masa menuggu nak masuk kokpit tapi menunggu deretan kapal terbang untuk berlepas. Sejam juga la baru dapat giliran berlepas.



Masa ni kan dah hepi tau sebab dah nampak daratan kan. Just nice je pilot nak jejak kan tayar kapal terbang alih-alih vroommmm dia naik balik !!! Omooooo 😱😱 ok masa ni dah start membaca la pape yang patut nya. Semua pun terkedu and terpinga. Dalam kepala hotak dah terpikir kes yang berkaitan SIA seminggu sebelum terbang tu. Berdoa supaya takde la kejadian buruk bakal jadi.


Si pilot ni boleh plak dia langgar awan-awan berketul-ketul tu. Bergegar-gegar jadi nya. Lagi la tambah seriau kan. Dia buat announcement bagitau yang ada angin menyebabkan kapal terbang tak stabil untuk mendarat. Berlegar-legar la kami kat atas. Ada gak terpikir jangan la kena landed kat mana-mana dulu macam kes balik Korea aritu. Dah sampai KLIA tapi tak bole landed sebab hujan lebat terus terbang pegi Penang 😅



Alhamdulilah setelah berlegar-legar di udara lebih kurang 30 minit, akhirnya selamat mendarat juga di Lapangan Terbang Soekarnao-Hatta, Terminal 2. 

Macam-macam insiden plak bila dah sampai ni. Oh ye, sebelum kita cop passport, pastikan korang dah isi borang online 'custom declaration' dalam masa 72 jam sebelum berlepas ye (lebih kurang 2 hari sebelum tarikh berlepas). Nanti bila dah collect luggage, sebelum keluar boleh tunjuk QR code declaration tu kat pegawai kastam yang jaga pintu keluar ye.

Ada satu lagi borang yang korang kena isi bila keluar je pintu kapal terbang dan sebelum cop passport. Akan ada QR code so sila scan. Dan isi segala maklumat dalam tu. Pengganti macam borang putih gitu, ada maklumat tempat tinggal sepanjang di Jakarta, bilangan orang , tujuan ke sana dan maklumat lain lagi. Warganegara Malaysia or Asian tak silap ako wajib scan QR ni. 

Bila dah isi nanti auto masa korang cop passport akan ada sekali maklumat yang korang baru isi.
Untuk kali ini, Indonesia telah memperkenalkan sistem autogate scan untuk warga asing. Wah sangat impresif tau!! Memang cepat dan mudah sangat. Tambah mudah bila ada pegawai yang membantu jika korang ada masalah di autogate. Part ni ako memang salute la Imigresen Indonesia ye sebab menyediakan perkhidmatan yang effective dan impresif untuk para pelancong.

Oh ye ada satu kejadian masa scan ni, salah sorang team member ako tak lepas. Masa ni dah cuak sebab rasa semua maklumat dan semua arahan kita buat sama-sama. Check punya check rupanya dia tersalah tulis satu maklumat ni. Adoiii masa ni semua pun dah cuak kan. Kalau tak lepas kang, tak pasal-pasal kena hantar balik ke plak 😅

Pape pun terima kasih imi indonesia sebab bertindak dengan bijaksana dan sopan santun gitu hehehe.. 


Ok setel masalah tadi, cepat-cepat kami colelct luggage masing-masing. 

Untuk pengetahuaan korang, di Jakarta rupanya sudah ada 3 terminal ye.
Hahahahahah Terminal 1 untuk flight domestik.. Manakala Terminal 2 untuk flight international tapi tambang murah macam AA, Batik Air etc. Dan terminal 3 pulak untuk  international yang besar-besar gitu macam MAS, GARUDA, SIA etc.

Of coz Terminal 1 macam KLIA 1 la kan.... dan Termnal 2 ni macam KLIA 2 tapi ako rasa diorang punya terminal 2 ni lagi kecil dan tak banyak pilihan kedai atau kioks atau aktiviti yang boleh di buat. So nak cari kedai jual simkad memang susah. Dan kebetulan ini lah satu-satu nya kedai yang jual simkad yang ada di terminal 2, soekarno-hatta airport.

Harga macam mana?
Hahahah memang mahal nak mampos oiiii!!!  😅😅
Nangis kejap tapi kami tutup mata je, janji memasing dapat dah conenction serta merta😆


Selesai simkad, jom cari supir plak. Kesian dia , lama menunggu kami. Patut jam 10 pagi, tup-tup pukul 1 petang baru kami sampai. Kali ni kami hanya mengambil pakej supir dan transport dari Gerbang Travel Tours (GTT).

.:masa ni tengah tunggu supir pi amek van:.

Tu dia bag masing-masing hahaha... Ini baru hari pertama sampai ye. Tunggu hari terakhir, masih sama kah atau sudah beranak pinak bag-bag tersebut 😅

.:susun jangan tak susun 😁:.

.:penuh ruang:.


Masa ni dah kelaparan sangat. Terus kami minta supir tu hantar kami ke Rumah Makan Surya masakan padang.



Dah lapar, memang tak de mood nak bergambar... ni je yang sempat di snap ketika itu😅 Jadi la kan sebagai kenangan dan rujukan akan datang. Masakan padang, of coz la sedap kan. 


Dah kenyang kami menuju ke Tanah Abang. Memandangkan kami sampai dah dekat jam 3 petang, kedai pun akan tutup jam 4 petang, jadi nya kami masuk terus je menuju kedai pertama yang masih buka lagi. Kami cari baju kemeja batik untuk lelaki dan juga baju kurung batik.


Satu-satu nya gambar yang ada bukti berada di Tanah Abang, memasing sibuk sangat membeli sampai kedai tutup 😅


On the way nak keluar, kami sempat la belek-belek konon nak cari telekung travel. Design terkini kat sana macam tak berkenan plak kami pada mula nya. Satu harga dia agak mahal kat situ. Kemudian kain nya pun terlalu lembut dan halus sangat. Bila pakai tu kalau kena kipas memang konpom terbang telekung dibuatnya 😅 cuma tu la corak dan warna memang soft dan cantek.

Kami pass je dulu... mungkin akan cari lagi di Thamrin City atau Pasar Baru dan yang sewaktu dengannya.


Holiday Inn & Suite Gajah Mada, Jakarta. Stay sini sepanjang kami di sana. Kebetulan dapat harga yang sangat murah dan berbaloi, apalagi terus kami grab.



Urusan check-in lancar... awal-awal kami dah request nak connecting room dan juga semua bilik berada dekat antara satu sama lain. Alhamdulilah dapat juga hehehe.. 



Inilah rupa bilik yang connect antara satu sama lain. Luas dan kemas. Suka bau wangi bilik tu haha...

.:TV moden ... ruang meja solek merangkap meja bekerja:.

.: ada sofa:.

.:barang-barang dalam toilet pun best-best:.

.:toilet yang luas, terpisah jamban dan tempat shower:.

.:tersedia air panas dan air yang kuat, memang puas mandi shower:,

.:tersedia lotion badan dan tangan:.

.:hair dryer pun ada:.

.:botol minuman ni hari-hari dia refill walau yang semalam pun masih tak guna:.

.:syampu, conditioner & sabun badan pun lengkap:.

.:yang paling penting iron dan iron board😆, hanger dan juga jubah mandi:.

.:ada mini fridge tapi kosong je la dalam tu ye:.

.:kupi-kupi:.

.:pilihan korangn yang mana satu?:.

Selesai tour bilik, jom kita bersiap untuk dinner plak. 



Dinner kami malam tu di Talaga Sampierun cabang Menteng recommended by ADik Fanny.. tengkiu Fann.. cukup lumayan tempat ni. Nice view waktu malam, memang ala-ala romantik la. Kalau korang ke sini bersama keluarga pun sangat rekomen.




Banyak pilihan ruang duduk... Boleh duduk tepi tasik tu..boleh duduk kat atas pokok... eh eh boleh duduk dalam bilik...


Kami memilih untuk duduk di bahagian tengah. Tak mampu nak pilih ruang yang duduk bawah atau kena naik tangga 😅

Servis sangat cepat... Staff pun sangat friendly. Makanan ada yang ook dan ada yang kurang kat tekak kami. Maybe yang kurang tu, cara masakan nya tak sesuai dengan selera kami.


Contoh macam tauhu ni, kubayangkan goreng garing - garing pastu cicah ngan kicap cili hahaha.. ok ni expectation ako sangat tinggi tapi maybe ako yang silap percaturan mengorder 😅 Takpe la lepas ni tak yah dah order menu yang satu ni hahaha...

Kita share je la menu-menu yang lain k ... 

.:macam gado-gado tapi bukan:.

.:sup bontot tak silap...:,

.:nasi putih dibalut dengan daun pisang:.

.:cumi atau ala-ala sotong goreng tepung:.

.:terung sambal:.

.:udang tepung mangga tak silap ako:.

.:paling suka ikan bakar sambal ni:.


.:yang ini ako lupa air apa hahaha:.

.: Es Teh Bunga Telang:.

Overall makan kat sini ako bagi 8/10... 
Next time kalau korang ke Jakarta, boleh cuba Talaga Sampierun. Dia ada banyak cabang, so bole la google ye, pilih cabang mana yang terdekat ngan korang ketika tu nanti.


Berakhir sudah hari pertama kami ... Mata pun dah ngantuk...
Perut pun dah kenyang, moh la kita balik ke hotel...
Terima kasih sudi membaca, terasa agak panjang plak entry ni.
Nantikan aktiviti kami di hari kedua plak....

Nota Jemari: Ako banyak refer kat Fanny kali ni untuk cari tempat-tempat makan best dan terkini.. almaklum dah berpuluh tahun tak jejak Jakarta 😅 .. well, here i am again!!