Goooddd morning Jakarta, hari kedua.
Pemandangan dari bilik.. 


Asalnya kami tak booking bilik with breakfast. Dan mula nya hari kedua ni kami plan nak ke Safari, Bogor. Kerana kalau nak ke Bogor kena awal-awal pagi kan. So pikirkan tak payah susah-susah nak cari sarapan, itu yang masa check in semalam nya kami decide untuk amek je la sarapan kat hotel.



Menu sarapan kat situ menarik. Pelbagai jenis makanan, makanan Indonesia, western, jepun, chinese, eh bak kata memang rambang mata la nak makan. Semua pun sedap-sedap belaka. Servis diorang tip top. 


Thank you Septi, layanan kamu bagus sekali. Rajin betul Septi. Setiap yang order kopi mesti dapat note dari Septi. Gigih betul si Septi ni hahah


Siap ada juice jamu kat situ. AKo memang tak boleh nak telah jamu jamu ni tapi member-member yang lain memang kaki minum jamu. So kemain excited la memasing bila nampak air ni. Macam ketagih plak ye 😅 Kalau korang, ada yang peminat tegar jamu ke?😁


Plan asal nak ke Bogor terus cancel sebab weekend plus kebetulan di sana masa tu ada cuti umum "Pacasila" macam cuti Hari Malaysia gitu. Confirm la jammed kan jalan nak ke tempat-tempat wisata ni. Daripada terperangkap dalam jam, moh la kita tukar arah tuju. Semua setuju kita pegi SHOPPING!!😆😆

OK memang sebenarnya trip Jakarta ni trip nak menyoping je. Of coz la memasing pun excited kan.


Pagi ni kami ke KKV branch La Piazza. Tapi sebab masih awal, jadi kami mengopi dulu sementara tunggu kedai buka. Ada banyak kedai-kedai kopi kat situ tapi kami memilih STRADA coffee.



Memandangkan kat bahagian bawah tengah ada preparation untuk besday party, maka nya diarahkan kami ke tingkat atas. Of coz masa ni memang takde orang sangat la kan. Kedai masih kosong jadi senang la cari tempat duduk.


Yang lain-lain masih kekenyangan so diorang takde la nak order pape. Ako dan zurin order Machiato & Latte serta sekeping kek sebagai memulakan hari dengan kemanisan... ah gitu!! hahaha Seriously sedap weii kek dia... lembut & tak terlalu manis. Sangat sesuai la kita gu kan dengan kopi sambil melayan perasaan pagi tu.



Jam 10:00 pagi kedai dah buka. So semangat dah memasing nak mulakan hari soping. Tempat pertama pagi tu adalah ke KKV. Actually KKV ni ada je kat KL, ku baru tau kekdahnya. KKV ni tetiba viral kat Tik Tok antara tempat wajib singgah kalau ke Jakarta. 


KKV ni ada banyak branch tapi yang kami pegi ni katanya yang terbesar. 
KKV ni asalnya dari China, kalau tak silap dia masuk pasaran Indonesia dari tahun 2020.
Cuma di Malaysia baru je ada start tahun lepas tak silap or awal tahun ni dan first KKV kat msia adalah di area Bukit Bintang. OK memang tak kan jejak la kot area tu hahah bukan tempat favorite ako area BB ni. 

So berbalik pada KKV jakarta ni. Gila weii masuk rambang mata sangat. Macam-macam ada. Untuk korang yang minta sesuatu yang comel-comel, memang sesuai la lepak kat kedai ni.

.:patung kecil kecil ni orang panggil apa eh? haha lupa:.

.:keychains:.

.:pelbagai jenis megi... dari produk indo sampai la ke produk korea:.

.:toys kereta macam kat toy s'us plak:.

.:jigsaw puzzle pun ada, yang minat confirm suka!:.

.:barangan untuk toilet:.

.:wangian rumah, badan semua pun ada juga:.

.:bekas makanan... bag makanan:.

.:soft toy.... suka lepak bahagian ni, Ingat nak beli satu bawa balik msia tapi cam leceh plak hahaha:.

.:bahagian facial:.

.:pelbagai jenis mekap:.

Ada banyak lagi koleksi, bahagian yang tak sempat ako nak snap. Masuk sini memang terasa semua benda nak dibeli. Kat sini juga ako terbeli powerbank, wire charger sebab gara-gara terlupa bawa dari Malaysia. So far balik KL ni pun ako masih guna lagi powerbank ni. Memang sangat berbaloi dan OK 👍 guna tanpa was-was gitu.


Dah selesai soping kat KKV kami terus ke Ole Ole Sowan di daerah Sunter. Ini semua berkat suggestion dari Fanny. 


Kalau sebut ole-ole dari Indonesia ni kebanyakkan nya adalah jenis jenis makanan. Jadi di Ole ole Sowan ni korang boleh jumpa macam-macam jenis makanan. Ada kek, roti, bahulu etc. Tapi nak beli makanan ni kena la tengok tarikh luputnya kan. So far makanan kat situ tarikh luput nya boleh tahan sampai sebulan jadi ok lagi la kan.







Kami punya style bersoping memang senang je. Sorang beli pakat yang lain lain pun ikut sama membeli. Takde nak pilih-pilih sangat. Hahaha paling senang, semua borong kat satu tempat je. 


Wajib sorang kena ada hasil belian kat satu satu tempat hahaha... 


Lunch time! Hahaha rasa kejap je dah lunch ye. Padahal macam baru je makan kan😆
Kali ni kami nak cuba Iga Panggang atau kata biasa nya ribs BBQ.
Iga Panggang PANGLIMA ni kata nya agak femes. Tak pasti kalau ada brand yg lain.
Banyak juga branch. Kami pegi branch yang berdekatan sunter juga la.
Cari punya cari akhirnya jumpa juga. Asalnya nak ke cawangan lain tapi dah ini yang terdekat, ha moh la kita cuba.


Ada tiga perisa... Lemon, Blackpepper dan original BBQ.
Kami cuba ketiga-tiga rasa. Semua pun sedap-sedap tapi paling ako suka blackpepper la kan.


Selain Iga, ada juga ayam crispy. Yang ini ala-ala lebih kurang ayam gunting kalau kat Malaysia.


Masa dia start bakar tu dah terpikir mesti lama kena tunggu ni. Ye la nak panggang daging bukan nya senang.


Masa ni memasing mula la menghapdet status, check email... check wassap etc.


Ako lupa nama air ni tapi lebih kurang macam yakult campur lemon.. Masam-masam manis gitu. Bila kena kan dengan bbq so takde la rasa muak or masam sangat air nya kan. Sedap terbayang-bayang sampai balik Malaysia😆 Tak pasti branch lain ada ke tak sebab ako try google tak de plak jumpa air ni jual kat mana-mana cawangan yang lain.


Tak sampai 10 minit siap dah menu Iga Panggang. 


Daging nya lembut betul. Senang nak potong. Pastu hisap-hisap plak tulang dia hahha.. manis n juicy gitu. Patut la ramai yang suggest makan Iga kalau dah sampai Jakarta. Thank you juga kat Fanny sebab suggest makan Iga ni. Hahaha jenuh prepare itinerary beberapa bulan sebelum pegi.. Fanny pun siap tolong adjust adjust kan balik iti kitorang dan biasa la kita hanya merancang tak semestinya apa yang dirancang akan terlaksana kan. Yang penting most of the plan kita berjaya direalisasikan😆


Dah kenyang next kita ke Thamrin City Ladies Market. Macetttt!!! Maybe sebab baru je lepas hujan jadi orang banyak berpusu ke mall untuk berteduh?! Mungkin la ye 😅 Nak masuk depan pintu utama tu je pun dah sesak. Takpe kita sabar dan sabar ye walau hati memasing dah tak sabar nak menyoping baju baju gamak nya kan😆



Kitorang ni soping kan senang je tau... bila sorang beli tudung, semua pakat beli tudung... kalau sorang beli batik, semua pun beli batik. hahaha tak perlu nak gi banyak-banyak kedai. Nasib la semua pun sehati sejiwan gitu 😆

Bab membeli memang khusyuk sungguh masing-masing ye, siap berkerut-kerut dahi nya tu 😜 Yang pasti janji puas dan menepati citarasa sendiri.


Tujuan utama memang nak cari baju batik, tudung cotton, telekung travel. 
Tiga mende ni antara barang yang memang dari awal nak dicari bila sampai Jakarta ni.


Kedai tudung ni memang berejam gak la kitorang dok membeli kat situ je.
Siap boleh repeat lagi tau keesokkan harinya tu.
Biasa la bila dah berkenan, pastu terpikir plak nak bagi kat orang, mula la dok menambah-nambah pembelian nya tu kan😆


Masa kali pertama jejak sini takde plak sesat nak jumpa lobi ni. di hari kedua kami boleh sesat sebab dah ralit sangat bersoping hahaha sampai tak jumpa jalan keluar yang sepatutnya. Mau satu gedung ni kami tawaf nak cari pintu lobi ni. Dalam ni ada dua lobi tak silap ako... kira macam ada dua gedung yang bergabung.. Macam lebih kurang BB Plaza gabung dengan sungei Wang ke ngan Imbi ako pun dah lupa. Lama gila tak gi area situ😅


Sementara tunggu supir pusing pick up kitorang. Sebelah mall ni terletak nya Amaris Hotel Thamrin City. Mula nya ako nak book kat sini je tapi takut macam crowded area nya tu. Tapi lepas ni mungkin boleh consider semula untuk stay situ kalau ada yang nak repeat Jakarta lagi 😆


Sedar tak sedar dah malam. Kira dah maghrib la kat sana masa ni. Kitorang singgah ke Grand Indonesia Mall plak.. Mall ni macam KLCC or Midvalley or Pavillion la. Salah satu high-end mall. Nape nak ke situ plak kan? hahha bukan nak soping tapi nak cari makan. Memandangkan GI ni berdekatan la juga dengan Thamrin City, tambah restoran yang kami nak pegi ni ada cawangan di GI, jadi nya moh la kita jejak mall terbesar di Jakarta.


Taadaaaa ini lah restoran Remboelan yang kami nak pegi. Restoran ni terletak di tingkat 3 Grand Indonesia. Tingkat ni lain dari yang lain.. Hiasan depan kedai macam kat dalam taman gitu. Level ni juga ada tempat mainan untuk kanak-kanak. Kira macam mini funfair la.

Remboelan ni femes dengan masakan Indonesia.
Gigih tau kalau nak makan kat sini sebab masa kami sampai tu kena beratur. Giliran kami adalah yang ke-16 macam tu. Warghhh tapi memandangkan yang lain-lain masa ni ada yang nak cari barang, pastu ada yang nak jumpa kawan, so kita sabar je la menunggu giliran.

Tapi alhamdulilah, lebih kurang 15-20 minit tiba giliran kami. Cuma kitorang terpaksa berpecah 2 group sebab restoran tu takde tempat yang boleh memuatkan sampai 11 orang sekaligus. Jadi terpisah la kami jadi 5 vs 6 orang. Kenapa jadi ramai plak tiba-tiba kan?! hahah sebab nya kebetulan member ako , Kak een nak jumpa keluarga angkat dia sekali. Itu yang tiba-tiba jadi ramai.


Gigih tunggu giliran. Mana giliran yang tiga kali panggil takde respon, diorang akan let go dan panggil orang seterusnya. Itu yang kitorang rasa macam cepat je tiba giliran sendiri. 😅


Sebenarnya takde la lapar sangat tapi dah alang-alang sampai kan, so kita order je la pape yang patut. Yang ini tak silap macam telur tauhu. 


Daging dendeng... ranggup gila.. Ini ako makan macam makan kopok. 


Ikan bakar tapi atas nya tu takde la pedas sangat pun.


Sotong sambal petai. Yang ini biasa je la sambal petai kan haha.. sebab ako tak makan petai jadi ako makan buat raso-raso je la :p



Ini macam ABC tapi kitorang tak habis sebab perut dah FULL sangat masa ni. 

.:pose sebelum makan:.


.:menu group satu lagi:.

Meriah juga menu group satu lagi. Yang pasti malam tu memasing tido dalam kekenyangan.
Balik hotel dengan hati gumbira. Tiap kali sampai hotel minta bell boy tu tolong bawa kan barang-barang dengan trolley naik ke bilik. Hahha so korang boleh bayang kan betapa banyak nya hasil belian kami sepanjanng 4 hari tu.

Nota Jemari: ok next kita soping lagi kah?? 😜