Kisah warga Singapore sesat..

Salam,

Ini kisah betul takde tipu2 punya..
Kisahnya Jumaat lepas sekitar jam 11 pagi, adik ako nan sorang ada kat umah. Terlelap kejap before sesiap nak ke solat Jumaat. Tengah melepak depan tibi, henpon dia berbunyi disulami suara memberi salam. Dalam mamai2 menjawab tipon tetiba terdengar sore orang memberi salam. Ada sedikit terkejut sebab owang yg memberi salam betul2 kat depan pintu grill umah. (merujuk grill yg belah dalam bukan kat gate luar).

Seorang lelaki sekitar 20an menangis2 merayu meminta tolong. Kabarnya beliau dari seberang tambak iaitu Singapura. Ditipu oleh agensi pekerjaan yg mengatakan konon nya ada kerja kosong kat area sini. (tak pasti maksud di sini tu merujuk area sekitar umah ako atau pun kolumpo). Sempat la adik ako membelek kad pengenalan dan dokumen yang lain. Ye ye mmg kad pengenalan adalah dari Singapura.

Sebab tak sure budak tu betul2 kena tipu atau dia nak menipu adik ako, maka adik ako x de la buka pintu grill hanya memerhati dari dalam umah. Dan sebab tak dapat nak tolong maka, adik mengarahkan budak tersebut ke umah pak imam yang x jauh dari umah ako. Dan sampai skrg tak tahu la apa jadi nya warga singapura tersebut.

Ermmm persoalannya di sini, jarang ada warga singapore nak datang cari kerja kat msia. Sepatutnya budak tu kena la konpom kam betul2 kompeni yang dia nak keje tu. Klu betul la dia kena tipu ngan agensi pekerjaan tu, agaknya camne la dia skrg ni ye? ishh yang ngeri tu klu ako sowang2 kat umah, insiden2 mcm tu berlaku, i takot u!! Buatnya dia dok perati ako sowang2 kang mana le tau dibawanya geng-geng lain (klu la dia ada geng), tak ke haru jadi nya.. ishh CHOIiiiiiii!!!!

Pape pun, hope budak tu selamat la pulang ke umah dia kat spore tu.

Nota Jemari: budak laki nangis merayu2.. ermm jarang, betul la gaknya dia kena tipu.. kesian!
Share:

4 comments:

  1. lorr.. kesian lak dgr.
    dlm dunia ni.. siapa pun boleh kena tipu.. hati2 je la..

    ReplyDelete
  2. ya betul..
    pokok pangkal mmg kena sentiasa berhati2...

    ReplyDelete
  3. itu lah..rasanyer jarang dgr org sinun tu cari kerja di m'sia...

    ReplyDelete
  4. ha tu la pasal kan.. iskk moskel sungguh!

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.