Followers

Friday, April 2, 2010

From Hong Kong to Shenzhen Trip - Part 3

27 Mac 2010. Lepas lunch kami dihantar ker stesen ketapi untuk ke Shenzhen, China. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Lebih kurang ko naik komuter dari KL ker Nilai. Camtu laaa... Dalam train ko takkan rasa buhsan klu naik sowang2 sebab dalam train ada tibi.

Sangat selesa naik train derang. Train derang sentiasa ada 5 minit sekali so klu terlepas satu, tak yah risau. Tak perlu tunggu lama2 nak naik next train. Ada banyak landasan juga. Nak bandingkan komuter kat sini, ermmm dah la lambat, satu landasan plak tu. Ko terlepas satu komuter, nak tgu next komuter berjanggut arr...  *alamaakkkk mampos arr kutuk pengangkutan kat negara sendiri*

Sampai shenzen dah petang. Memang jam teruk la kat sana. Tambah-tambah ujung minggu. Dah ghase mcm kat KL plak bila sesak2 mcm tu. Hotel ako nginap just kat area town jer. Memang senang jalan kaki jer nak ke market town derang. 

Lepas check-in, terus kitorang dibawa ke kedai MUSLIM untuk dinner. Kat Shenzhen ni pun payah gak nak dapat kedai MUSLIM dan HALAL. Yang ni pun nasib baik betul2 on the way dari hotel ako ke town. Staf kat situ x ramai yang MUSLIM tapi bila derang nampak orang ISLAM masuk, derang layan TIP TOP punya. Eeeee ingatkan kat sana x makan sangat leh kurus tapi bila ko dah jumpa kedai HALAL takkan ko x nak makan banyak kan... muahahahha.....

Dah kenyang baru la sonok nak jalan-jalan. Ermmm atas jambatan pun derang leh meniaga. Siyes, jalan-jalan kat sana ada sket takut. Maybe surrounding dier yang lain mcm sket kot. hehehe tambah plak derang ni pandang semacam jer bila ako lalu. Nampak sangat tourist dari Malaysia kot. Kan ako dah cakap owang2 kat sana x friendly langsung. 

Jambatan untuk menyeberangi Dongmen Market. Sampai shenzhen adalah wajib bersoping kat situ tapi ako langsung x soping... adeh ada insiden sket... huhu.... Salah ako gak, padan la ngan diri sendiri. *tunduk sambel wat muka kesian*

Camni la life waktu malam kat shenzen. Pesanan dari guide kitorang, make sure kena balik hotel before 10 malam. ermmm klu dah dapat pesanan mcm tu, harus la ada perasaan hati2 dan takut kan. Memang kul 8 or 9 malam ako dah selamat ada dalam bilik. Dan terus terbongkang tido... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Nota Jemari: seharian penat berjalan, lenguh dibuatnya. Dengar kata, owang g shenzen sbb nak massage tapi klu salah pilih kedai tukang urut, lain lak jadinya kang.. eeee ngeriii!!

No comments: