Makan sambel membelek map Hong Kong. Listkan tempat2 yang harus dituju bila sampai nanti.
Jam 10 pagi, dengan menaiki bas terus ke LCCT. Naik air asia je pun. Sempat lagi mengisi pewot lagi sebelum check-in.
Tak sabar nak menjejakkan kaki kat Hong Kong. First trip of da year to obercee. Excited, berminggu-minggu plan, akhirnya hari yang dinantikan pun tiba.
Yeehaaa akhirnya selepas penat menunggu flight yang delay, penat berada di awan biru selama lebih kurang 4 jam, maka akhirnya tepat jam 6:50 petang, ako berjaya menjejakkan kaki di airport antarabangsa Hong Kong. Dan pes ekspresi ako, ermmmm ada satu bau yang busuk kat itu kawasan. Tak reti nak xplain tapi hakikatnya memang berbau la negara derang ni.
Untuk ke terminal utama, ko kena lah naik sub-way ini. Klu kowang pernah naik flight di KLIA, dapat la bayangkan camne ghope sub-waynya ni ek. Lebih kurang je.
Dah selamat amek luggage, ko kena menapak mencari Hall B tuk dapatkan bas. Memula lam kepala hotak ako, ako bayangkan hall B tu tempat bas-bas dah beratur menunggu para penumpang tapi ghopenyer hanya deretan kaunter2 shuttle bus airport ke hotel-hotel terpilih.
Sudah lah taip nama ako pun silap. Aiyaaakkkkk.. Rege tiket shuttle ni adalah HKD130 seorang. Sape kata shuttle tu free. Dah dapat tiket, ko kena tunggu sampai 7:45 mlm tuk dihantar ke hotel. Ako tiba kat terminal 1 manakala ko kena menapak ke terminal 2 untuk menaiki shuttle tersebut. Ok, awal2 sudah kena menapak. Nasib baik la dalam aircon. Dan waktu itu cuaca kat luar adalah sejuk berangin. Klu ko tak tahan sejuk better la bawa gloves dan jaket. Cuaca mcm kat genting di waktu malam.
Jom kita menapak ke tempat parking bas pulak. Ermmm...... Dari airport ke hotel, lebih kurang setengah jam la klu x jam.
Dan akhirnya lebih kurang jam 8:30 malam ako sampai dan check-in hotel. Ermmmm lari sungguh time nak berjalan-jalan malam itu.
Sejuk weiiiiii!!!!
Setelah penat berpusing-pusing sampai sesat akhirnya sampai juga kami di area Temple Street Night Market. Ermm... kat sini cam x meriah sangat. Tengok-tengok camtu jer takde interest nak membeli lagi waktu nih.
Puas berpusing2 area kowloon, malam itu kami tertido kepenatan.
Nota Jemari: area hotel ako tu, pusing2 kat situ gak tapi kalau ko x de map boleh sesat klu silap masuk lorong. Penat menawaf!
3 Comments
sedap gak derang eja nama ko camtu kan??? hehehe
ReplyDeletemacam best jekk
ReplyDeletecepat2 sambung lagi hahaha
farihah,
ReplyDeletecissss x suker....
wanie,
hehhehe sabar ye cik adikk oii ;-)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com