Salam sumer,

Beberapa hari lepas ada jenguk blog budak nih, pastu terperasan satu entry menarek. Terus ako klik kat blog yang berkenaan maka terjumpa entry yang ini plak dalam blog budak nih. Saja-saja la kan cuba nasib. Menang kalah belakang kira la kan. Janji ako dah cuba. So jom kita mula!

Percutian ke Disneyland Hong Kong pada 28 Mac 2010.
Terlalu excited sebab akhirnya dapat juga la kan menjejakkan kaki, tangan dan seluruh badan kat sana. Yeeehaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Percutian ke Korea baru-baru nih, 11 April 2010.
Gambar sewaktu di Nami Island, lokasi pergambaraan drama korea terkenal, Winter Sonata. Opkos la ako sangat-sangat suka dah teruja bila dapat berada dan merasai sendiri suasana persekitaran penggambaran tersebut. Terasa damai jer. Agak-agak klu ada peluang lagi, boleh tak ako pulak yang buat penggambaraan sendiri kat situ ek? hehehe....

Seoul, Korea - 12 Apriil 2010
Buat pertama kalinya dapat melihat dengan lebih dekat bunga sakura yang khabarnya hanya akan berbunga untuk beberapa hari sahaja. Wah beruntung sangat-sangat sebab masa ke sana tempoh hari cuaca adalah sangat sejuk seolah-olah kami berada pada musim sejuk ketika itu. Bukan kah bunga sakura sepatutnya berbunga pada musim bunga dengan cuaca yang berangin dan panas??

Korea, 13 April 2010.
Sanggup tu bersusah payah nak daki Mount Sorak nih. Memula terpikir gak, nape la kena daki gunung nih tapi bila dah sampai kat atas puncak nih, wah tengok je pemandangan dari atas, memang SUPERB!!! Walau kami ke sana sepatutnya adalah musim bunga tapi cuba tengok sekeliling, masih kelihatan salji lagi kan?! Kirakan musim sejuk masih belum berakhir lagi ketika itu.

Memasing gumbira tapi dalam masa yang sama harus lah berhati-hati kan sebab kat belakang tu adalah gaung. Kalau jatuh alamatnya bersepai nyawa dan badan hehehe... Jawapan nya pasti Inalilah je la yek.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok Sue, kita dah buat entry pasal percutian nih. Hope segala syarat sue kita dah ikut eh... Pilih la mana satu yang berkenan dan bersesuaian yer ;-)

Nota Jemari: kemaruk hadiah sungguh ako ni tau... *jeling owang kat sana*