, ,

Korea Trip - Casino

Haloo... bersiaran kembali dari Seoul, Korea.
Ye ye memang citer percotian korea belum lagi abes.Banyak lagi tempat-tempat yang kami pegi yang ako nak share ngan kowang sumer. Lepas sahaja kami bersokaria kat Everland dan menikmati salji turun, kami terus dibawa ke bandar Seoul. Memang dari mula ako dah tahu yang pakej kami ni akan melawat casino. Kami ada juga bertanya kot2 kami bole escape saja tempat yang satu itu tapi jawapan dari pihak SUMMIT HOLIDAY, "TAK BOLEH". So, nak tak nak kena la ikot juga. Dalam kepala dah terpikir, apa la yang kami akan buat kat tempat macam tu kan.

So bila sampai je kat itu tempat, ermm kami cam terpinga-pinga juga la kan. Wah ditegur supaya jangan buat bising. Pulak, ingat tempat judi ni bukan hingar-bingar ker? Ooo barangkali sebab tempat casino itu terletak di dalam hotel, dan suasana agak 'tenteram' dan 'kelass' gitu.

Nama casino itu adalah 'Seven Luck'.. Ntah bape ramai la yang ada luck agaknya bila masuk situ kan. Rata-rata rombongan kami hanya melihat-lihat sahaja suasana di dalam casino. Oooo kami berempat diLARANG masuk. Eeee ako pun x koser nak masuk kat dalam tu.

Memandangkan ianya terletak di dalam hotel yang bertaraf 5 bintang, kami mengambil peluang sekadar melawat kawasan persekitaran hotel itu sahaja.

Ooo ye ye hotel tersebut adalah Hotel Hilton.

Dan sementara menunggu yang lain, ni je la keje kami.. Sempat la main walaupun hanya sekejap. Masa ni memasing dah kepenatan. Apa taknya seharian dok bersokaria, adehh apa jadah la kan kena melawat tempat nih. Aisshh.... Sudahnya check-in hotel dah malam. Dah tak sabar nak bersoping malam nya tu tapi .. macam hampa.. FRUST!!

Eh STOP!! Ako baru belek gambar, silap daa bukan malam tu yang nak bersoping, ada lagi satu hari. OK next story!! heehehe

Nota Jemari: gilo ko, nak soh masuk dalam casino tu?!!! erkk....
Share:

6 comments:

  1. oo xleh bising kat casino eh hahaha

    ala watpe pun masuk:p

    ReplyDelete
  2. hahah mmg pun, apa jadah kan nk masuk situ ehhehe

    ReplyDelete
  3. pelik je tak bule bising kat casino...setau kite casino la meriah...hahaha!

    ReplyDelete
  4. ch@
    kat dalam tu kak ret x tahu la kan suasana nya macam mana tapi kat kaunter depan b4 masuk mmg sunyi sepi...

    tapi pintu casino terbuka, sempat la tinjau, mmg x de pun biisng mana.. siyes...

    ReplyDelete
  5. dia buka malam agaknya, malam mesti meriah, ada tmpt karok tak? hahahaha!

    ReplyDelete
  6. akak pegi ms tu kul 6 ptg.. daha da org dah.. derang mmg buka 24 hrs .. karaok takde ..

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.