Followers

Thursday, April 29, 2010

Korea Trip: Evergreen Pakistan Restaurant & ITAEWON

Sebelum check-in kena la mengisi pewot dulu kan. Kali ni kami makan separate ngan mereka yang lain. Sebab dah sampai Seoul so kami dihantar ker kedai HALAL di area ITAEWON. Bila dengar je mahu pigi ITAEWON, tergedik2 la hati ako nih. apa taknya owang cakap itaewon ni area untuk para pelancong. Kat sini la ko leh jumpa pelbagai jenis manusia dari pelbagai negara dan kat sini juga senang mahu cari makanan2 yg HALAL.

Memang betul apa owang cakap, suasana kat itaewon ni tak macam ko berada kat Korea tapi macam ko berada kat negara omputih yang lain. *eh macam ako dah pernah gi negara omputih?!!!* Kira kan bagi ako la suasana nya lebih kurang macam kat KL jer hhahaha *ye ker?* Tapi memang ramai foreigner kat sini. Jalan-jalan ko leh jumpa la ngan owang Msia gak tapi sombong ya amat. hurrmmm...

Bila dah sampai sini ako tergedik2 tak sabar nak menyoping. Suasana agak sejuk. Klu tak tahan boleh beku dibuatnya. Tapi tengok owang lain cam dah biasa jer. Selamba je derang jalan-jalan, takde plak ako tengok cam derang tahan sejuk. Memang la kan, dah ko ni pestime nak meghase musim sejuk kat negara owang. Padahal mereka tu sumer memang dah biasa dengan cuaca sejuk macam tu. Iskkk...

Alamak kat korea derang panggil MTR tu apa ek? MTR jugak ker? Niat memang nak gak terai naik MTR kat sana tapi ishh bila ko dah penat ditambah plak cuaca yang sejuk, eee x koser dah terai menerai ni. Tapi ha bila dah balik Msia ni punya la menyesal tak sudah. Rugi!!!

Time untuk dinner!! Wah baru la dapat makanan yang boleh dimakan dengan KENYANG dan SELESA.  

Memasing sangat-sangat la excited nak melantak. Kedai ni deco nya memang antik sket. Selesa juga. Nama pun kedai pakistan so masa tengah makan2 dihidangnya kami dengan tayangan filem hindustan. Apa lagi, layaan la lagu2 bollywood kan. Dah ghase macam ko gi negara india plak. Muahhhahaa...

Dapat la makan roti naan, nasi berlaukkan kari ayam.. Perghh memang menyelerakan dan bertambah2 la kami sumer melantak.

Memang sedap, lazat, lemak hingga menjilat jari!!!

Senja di Korea. Sejukkkkkk! Asek asek sejuk. Opkos arr sejuk yang takkan ko ghase klu kat Msia weiiii!!!

Ingat kan nak menyoping kat Hard Rock sana tapi ermm ghopenyer hard rock sana sudah bankrup!! Aiyaaakkkk...... yang ada jual pun saki baki abeshkan stok ajer. Takde apa yang boleh dibeli pun. Pelik la kan, patutnya kat sana la kena laku. Lokasi dah sesuai tapi tu laaa.. alahaaaii melepas arr nak membeli belah kat sana.

Mereka di dalam kawasan kedai sudah kelihatan menggigil kesejukan so kowang bayangkan klu ako kat luar kedai sambel snappy gambar mereka??? Harus la membeku kaki, mulut dan tangan ako ketika itu... Masa ni tengah menunggu bas dan mereka yang lain. Mereka yang lain takde nya nak join makan sama2.. Konpom la mahu mereka makan lagi best dari kami..*erkk best ke??*

Dek kerna takut kena tinggal maka kami sekadar berjalan berhampiran kedai makan sahaja. Memang x puas la juga nak menjelajah satu itaewon. Sangat tak puas hati!! Ni la ruginya klu ko amek pakej. Tak bebas dan bergerak dan masa adalah sangat2 TERHAD.

Nota Jemari: ako suker area sini tapi tu la tak berkesempatan nak menjelajah seluruh pelusuk ITAEWON!! ruginyaaaaaaaa...... *sadis*

4 comments:

ch@ said...

takpe lain kali pergi sendiri, kakRet dah tau arah mana mau di tuju. org m'sia masuk negara org still nampak mcm org m'sia kan??? hahaha!

AKO said...

erkk lain kali??
ooo tak kot.. cukup la pegi sekali jer.. hehhee klu ada rezeki baik g tempat lain plak ;-)

hahah org msia tatap sama kat mana2 :p

ch@ said...

hahaha...manala tau, ada org nak bwk kakRet pergi, free of charge, takkan tak mau kot???

AKO said...

erkkk ada ker? hahaha