Followers

Friday, April 23, 2010

Korea Trip - EVERLAND (SAFARI & FOUR SEASON GARDEN)

Jom kita masuk EVERLAND. Ni kira taman tema derang la kat sini. Klu dah masuk tempat2 macam ni harus kowang tahu apa aktiviti kami di sana kan. Ye ye musti la masa untuk bersukaria. Gilo kowang, sape kata tak suker masuk sini, siyes memang nak termuntah2 dibuatnya dok main segala permainan yang ada kat dalam tu. Besar and banyak, OK!!

Masa ni cam kelam kabut sket. Si eleven tu sibuk dok cepat2 nak bawa kita tengok safari nya dulu. Siap warning, picture2 amek kemudian jer. Cissss tapi kitorang pedulik hape, snappy2 la barang seketul dua kat bahagian awal taman tema nih. Memasing dah jasi kanak-kanak rebina la balik kan. Heeeppiiiiii!!

Everland ni ada dua bahagian. Belah bawah terletak nya SAFARI WORLD dan permainan2 untuk budak-budak serta kawasan 4 musim. Manakala di bahagian lebih tertumpu kepada permainan owang2 dewasa. Ada 2 cara untuk ke bahagian bawah, sama ada ko naik cable car cam lam gambar ni atau pun ko leh jalan kaki. Memang penat la sket kan. Tapi klu nak turun rasa nya takde masalah tapi bila ko nak naik balik dengan berjalan kaki, ya ampunnn semput ahkak dibuatnya. Ye la ko bayangkan macam ko mendaki bukit la gitu.

Cable car ni tengok cuaca gak. Klu berangin yang terlampau2 dia akan tutup perkhidmatan cable car ni. So time tu pepandai kowang la nak menampak naik atau pun turun bukit yer. Nasib baik la masa kami sampai tu walau sejuk berangin, masih sempat la nak merasa naik itu cable car. Takde la seram sangat pun sebab dia letak jaring kan kat bawah kaki kita tu dan takde la panjang mana pun.

Kat Msia ada tak ek cable car macam nih? Tak pasan plak, last ako naik masa kat Sentosa Island, singapore ada la jenis macam ni juga.


Kami masuk kat bahagian indoor dulu la ye. Ni show 3D gitu. Citer pengambaraan karaktor kartun derang la kot. Ermmm ok la tapi x sehebat 3D yang ako tengok masa kat Sentosa Island. Cakap pun dalam bahasa korea so kowang paham2 sendiri je la ek. 

Best dalam bas ni rombongan kami sahaja. Penat beratur hampir sejam akhirnya dapat juga la nak tengok binatang2 kat safari world nih. ermmm lebih kurang macam ko gi kat safari bandung, indonesia. 

Ha camni la ghope bas-bas kat safari tuh. Hahaha muka ghimau la plak kan. Seb baek bukan muka kasawari muahahahha


Masuk safari opkos la ko tengok binatang-binatang berkeliaran tanpa sangkar. Macam-macam ada. Tapi beratur bukan main panjang lagi, tengok binatang tak sampai soploh minit pun. Alaahaahaii... jadi laaaaaaa.


Alphine Village tu klu x silap ako ada pameran2 je kot. Ako dah cakap ako tak masuk yang belah indoor sangat. Ako lebih tertarek nak main games2 outdoor jer. Tu pun masa tak cukup dan x sumer dapat main. Frust juga la kan.

Cantek-cantek bungan kat sini. Skrg ni kan tengah musim bunga so kawasan ni memang tengah tertanam pelbagai jenis bunga la. Tulip paling cantek pada pandangan mata ako.

Masih men'colik' anak korea lagi. Klu kowang suka bunga, pasti kowang akan suka taman '4 musim' nih. Kat sini je kowang akan jumpa ngan owang2 dari Msia. Tak tahu la before ni mana2 tempat yang kitorang jejak, takde 'sekor' pun umat manusia dari Msia yang boleh ditegur disapa. Plak dah jumpa owang msia, menyombong plak ngan kita. Iskkk... manusia manusia... jangan la nak berlagak sangat kan. Ada ka patut nak banding2 kan pakej yang kita amek, flight yang kita naik, hotel yang kita tido... ermmm syukur la tak kira arr naik apa, tido mana, pakej apa janji 'eden dan sampai gak kek KOrea nun...' .. huh!!

Nota Jemari: kat sini je kitorang abeshkan masa agak lama juga la.. nyesal..

2 comments:

.::WaNiE::. said...

wahaha xabis lagi trip jenjalannnn

jeles lagiii

AKO said...

ye ye panjang lagi perjalanan ako ke sana hehehe