Followers

Wednesday, April 21, 2010

Korea Trip - Fish Market

12 April 2010
Jam lebih kurang pukul 8.30 pagi (waktu korea).
Percutian ke Korea ni kisahnya kena tukar2 hotel sebab satu tempat ke tempat yang lain adalah sangat jauh. Perjalanan ke satu satu tempat lebih kurang macam ko dari KL ke Melaka, atau dari KL ker Perak. Sejam, dua jam musti tak lari.. memang kematu montot asek duduk je dalam bas.

Pakcik drebar yang sedang bertungkus lumus menyusun beg-beg kami sumer ke dalam but bas, sambel diperhatikan oleh tour guide korea (Mr Eleven) dan ketua tour kami dari Msia (Ms Jo).

Mereka yang join sama tour ngan ako. Ermmm... aunty-aunty sama uncle-uncle sahaja.  

Adehh..... tour guide korea ni tak gheti nak cakap omputih. Mati la tak paham segala penerangan dia yang dalam bahasa mandarin tu. Dan tak pasal-pasal uncle dan aunty kat dalam group tu yang tolong translate kan untuk kami berempat. Memang agak tak puas hati la kan. Tapi nak wat camne, ikot je la. Derang gelak, kami pun gelak. Sudahnya malas nak dengar kami buat hal memasing. *tak suker..*

Ombak lautan pacific. Perghhhh memang kuat sungguh ombak laut tu. Ni memasing dah tawakal jangan la ada tsunami tiba-tiba. *choiiiii*

Destinasi pertama di hari yang ke-3 adalah fish market. Mulanya ako agak cam pelik la asal la nak bawa jalan-jalan gi pasar kan. Tapi dah dalam itenary pakej memang ada, so ko ikut je la jangan banyak songeh. Kirakan ni market yang para foreigner wajib pegi la. Kat sini ko leh beli macam-macam makanan seafood kering.

Pasar derang sangat bersih!! Tak sama ngan suasana pasar kat Msia. Takde bau busuk ikan atau bende2 lain. Bak kata memang takde bau sangat la.

Posing bersama mereka. Belah kiri gambar adalah adik beradik. Manakala belah kanan gambar adalah pasangan suami isteri.

Pasar ikan derang memang tepi pelabuhan. Nice view. "aik lentok abesh aunty tu kat gue..."

Kat sana derang pun panggil 'sotong' juga. Erkk... geli ako tengok sotong kurita yang besar tu, walau pun dah kering...

Adik-beradik, Fath & Fit ni memang ako respek abesh la. Derang jenis yang berani mencuba. Boleh dikatakan derang try je makanan-makanan kat sana. Hehehhe ako n murshi sekadar mampu melihat. 

Sotong bakar yang disumbat dengan cili. Sedap kah? erkk.... kena tanya Fath ngan Fit la ye.

Nota Jemari: ako memang bukan seorang yang berani mencuba ..

7 comments:

YULI said...

i cant understand malaysian but i really enjoyed your photos. i wanna go to korea too wahhhh! :D

AKO said...

Yuli,
its ok, just enjoy the pics ;-)

ch@ said...

wahaha...kite tgk sotong tu pun kite geli kakRet, tak beli ke? gantung kat pintu rumah :D

Deqna said...

wah ke korea lah pulak...
memang tahun cuti2 jelah yer..
pasni ke mana lah pulak ye?

syoknya...

AKO said...

ch@,
wakakakka eee x koser nak gantung kat umah.. geli geli geli :p

derna,
pasni dah x de nak jalan2 dah... mana lak nak cekau duit lagi :p

ch@ said...

ada rezki jln la kakRet, cam abg shaizhar tu, habis dia pusing...jln sambil mencari mrRight.

AKO said...

jap jap moskel jap, si shai cari MR RIGHT?? erkk.... *nganga jap ako*