,

Baju Raya dah SIAP??

Assalamualaikum,
Insyallah klu takde aral rasanya esok kita dah mula berposer kan?!
So, dikesempatan ini ako nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat kowang sumer pengunjung blog ini. Moga ramadhan kali ni akan menambahkan lagi pahala dan rezeki buat kowang, ya?!

Poser, lepas tu kita nak raya dah kan?!
Yeay!! Ako pasti kowang memang lebih excited nak raya daripada poser. Oppssss... eleh jangan tipu daaa.. Pape pun, walau masih awal harap persiapan nak raya nanti sket demi sket kowang dah setelkan. Ye la kan, slalu nya dalam bulan poser ni tenaga kurang minda pun lembik.

Bagi ako, takde apa yang menarik sangat time2 raya nih sejak kebelakangan nih. Persiapan dari segi makanan, rumah, kelengkapan diri tidak la semeriah beberapa tahun lepas. Cuma baju raya atau lebih specifik lagi baju kerja BARU je yang dah siap. Jenis ako ni baju baru tu juga ako buat pakai time raya dan baju baru tu juga la ako buat pegi keje. JIMAT!

Ada satu baju nih. Dah siap dah. Cantek! Pada pandangan mata ako la kan. Sah-sah ako juga yang nak pakai, harus la cakap cantek kan?! Tapi mcm tersendat sket kat bahagian belakang. Oh ye baju tu ako buat kebaya. So, sebab kan tak selesa maka ako minta la kawan sowang ni tolong tetaskan sket 'dat' kat bahagian belakang. Eee nak soh ako buat sendiri memang tak reti walau senang je ako tengok kan. Padahal before ni pernah jer ako tetaskan baju sendiri tapi alamatnya ermmm hancussssss!!

Bila dah buka jahitan benang nya, ako tengok ermm alaahaaiii cam x cantek sudah!! Sebab dah tak nampak bentuk kebaya bila dipakai. Dah ala-ala baju kebarung gitu. Mati arr nak hantar tailor kasi 'alter' balik. Konpom lepas raya baru dapat.

Walau macam mana pun, ako ucapkan terima kasih la ye pada kawan nan satu itu. Tanpa kau, tak pakai la ako baju tu!! *chewah...*

Nota Jemari: Ok next, baju sape nak kena alter? hahaha
Share:

2 comments:

  1. nak mintak alter kan bagi ketat sikit. boleh ke? haha baju sangat besar la, sbb thn lps punya baju.

    ReplyDelete
  2. nak ketat kasi jahit je lebihan longgar tu :;p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.