Salam,

Masuk hari yang ke-empat kita berpuasa.
Terlepas bangun sahur..
Padahal jam menjerit-jerit kat tepi tinger tapi bila dok pikirkan arini ari cuti maka kemalasan untuk bangun adalah sangat-sangat tinggi. Sudahnya, memang tak sahur la pagi tadi. Nasib baik la perut tak buat hal. Lapar pun tak juga. Mungkin dah kenyang asek dok layan drama korea jer.

Ye ye... seharian ako melayan DVD korean tajuk 'PASTA".
Ekceli dah lama gak tak beli cd korea nih.
Macam gian gitu.
Dan ako berjaya menghabiskan sumer cd dalam satu hari sahaja.
Giler! Seb baek la ako dok sengsorang.

Abes saja layan cd terus ako ke GIANT.
Aktiviti menyoping keperluan dapur dan pape yang patut.

Dan ako sudahi dengan menu berbuka iaitu bihun goreng dan air bandung yang tawar!!! Ok la tu kata nak jaga kesihatan. Tak yah makan masin-masin sangat dan kena lah kurangkan gula, tak gitu???? Huh.. alasan kan!!?

Nota Jemari: Alhamduilah.. masih ada rezeki..