Aiyooooooo??!!!
Gurlppppp tercekik ako bila tengok figure dari webiste air asia nih!!!
Ako saja la kan masuk-masuk kat website air asia dan saja-saja la juga ako pilih destinasi yang simple jer. Dalam malaysia je pun. Ni dah beberapa hari ako pasan tapi baru hari ni tergerak nak share ngan kowang.

Ako lebih prefer menu itu di dalam bahasa melayu. So senang sket pemahaman nya. Bila tengok ajer tang harga yang dipamerkan, aiyoo terkejut beruk dibuatnya. Ini ker yang dinamakan TAMBANG MURAH??!!!!

Cuba kowang klik kat gambar di bawah.
Sekali imbas tak pasal, ko rasa tambang nya dah mencecah sampai RM87,00!! Lapan puluh tujuh RIBU, ok!!!! Harus la berulang kali ako ngetest dan cuba berkali dan begitu juga jawapan yang ako dapat. Mula ingatkan IE ako yaang berproblem so mengupgrade la sesuka ati kan IE ni ke new version. Sudahnya, masih tatap juga nombor yang sama kuar.

Secara logik, takkan ko nak ke Terengganu dari KL sampai kena bayar LAPAN PULUH TUJUH RIBU kan??


Ako tak puas hati.
Lantas mengadu la kat kawan sebelah nih.
Dan dia pun mengetest la juga kat pc nya sendiri.
Hasilnya.. yeay tatap sama macam yang ako tengok.

Pikir punya pikir, kemudian beliau terpikir untuk menukar menu pemahaman dari melayu ke bahasa omputih. Ok, ako pun ikutkan ajer. Ye la mana tahu kot-kot sistem pc ako x bole plak nak baca bahasa melayu..*erkk apa kena mengena ek?*


Bila kuar ajer... haaa baru la betul!!!!!
RM87.00
Lapan puluh hengget!!!

Ha kowang tahu mana silap nyaa??
Cuba kowang peratikan betul-betul.

Klu dalam bahasa melayu, dia letak 'koma' di sebelah nombor 7. Membuatkan sekali pandang kita musti ingat dari puluh terus menjadi ribu.

Bahasa inggeris baru la nampak 'noktah' di sebelah no 7 itu.

Perghhhh dasyat kan!!
Klu owang tak pasan dan tak alert, mampos la terkujat2 nak membayor sampai beribu riban. So pihak air asia, sila perbetulkan mana-mana yang patut ya.

Terima kasih.

Nota Jemari: Beribu-ribu macam nak pegi obersee plak..