Salam,

Beberapa hari tidak kelihatan di sini. Agak kebizian menyudahkan kerja yang tertunggak. Memandangkan gambar-gambar masih belum diterima sepenuhnya, maka ako citer mana yang sempat dulu la yer.

Jumaat ako dapat time off the whole day. Kami ker centerstage tepat jam 9 pagi untuk full dress rehearsal kat sana. Pung pang pung pang, jam 12.30 tghari dah kena check out dari sana. Sempat la juga ako menyinggah kat opis mengambil sesuatu. Jam 3.30 petang latihan sore plak sampai la ke jam 7 malam.

Malam jumaat tu kan ako bermalam kat Lanai Kijang. Katanya seharian berlatih, even malam tu pun saat-saat akhir baru nak bentuk koreografi tuk lagu koir. Malam tu juga baru terhegeh-hegeh memasing nak menghafal lirik. Memang konpom pagi esoknya tu ada juga yang masih tak hafal-hafal.

Pagi sabtu plak, berkonvoi dari lanai menuju ker Hotel One World. Sampai sana tengok stage, gurlppp kecik OK!!! Memang harus ada yang berlanggar atas stage nanti. So, permintaan agar stage ditambah tapi ghase macam sama juga kebesarannya bila segala alat2 instrument dah tertonggok kat atas stage tuh. ermm so nak tak nak kena la kasi adjust mana-mana yang patut.

Penat prektis, kami sumer melantak secara berkumpulan menuju ker One Utama. Dah macam rombongan kekanak ribena pun ada gak. Muahhahaaa.... Bila rombongan 'gagak putih' berkumpul, maka riuh rendah arr suasana apatah lagi ditambah dengan jeritan AJ dan gelak tawa hilai si Zila. Gurlppp....!! (ya ampun, derang baca ke blog ako??)

Makan-makan, balik bilik. Sesiap pastu sesi bermekap pun bermula tepat jam 4 petang. Dan ako tatap jadi owang terakhir untuk dimekapkan.
Dan begini la ghoper muka ako yang dah ditempek bermacam-macam kaler.. huh!! Ni partner segroup ako. Kan ako menari tarian etnik sabah/sarawak.

Tunggu ako hapdet lagi kisah-kisah di malam dinner ujung minggu lepas, k ;-)

Nota Jemari: dari kayu, dari tak tahu pape, alhamdulilah akhirnya reti juga ako menari ek.. miahaha