Followers

Thursday, August 26, 2010

Catatan Ramadhan: Hari Kelimabelas & Enambelas

Salam 1Malaysia!

Kali ni ako nak citer pasal projek ramadhan.
Sudah 2 tahun menyepi dan akhirnya tahun ni ia kembali lagi.
Projek ramadhan membuat popia.
Ala, ako gerenti kowang pun pasti reti dan tahu camne nak buat kan?!
Senang sesangat.

Bahan-bahan hanya memerlukan isi serunding, sama ada ikan, daging ataupun ayam. Tapi tahun ni sumer pakat nak buat isi serunding ikan sahaja. Dan jangan lupa kulit popia ya. Kulit popia pun bukan sebarangan leh beli. Silap beli nanti kulit tu jadi kering dan susah nak 'gentel'..

Tukang potong kulit popia.
Jangan silap potong sudah!
Kang kasi rugi ajer kulit popia tak leh nak 'gentel'.
Tapi jangan risau, tukang potong ni memang seorang yang expert bab-bab potong memotong.. hhehe

Dan kami lah yang bertungkus lumus menjayakan projek ramadhan bertahun-tahun. *wah bunyi cam banyak tahun je kan... *

Dan hasilnyaa....
taaadaaaaaa....

Begini la kami tetiap hari.
Bergilir-gilir membuat popia.
Satu hari kami akan buat untuk sorang.

Apa yang penting?
KERJASAMA!!

Oh ya, dah siap 'gentel', balik umah kasi goreng ajer.
Ha.. senang kan?!
Siap satu jenis kuih raya.
Erkkkk ye ker? ahhaa ker lebih kepada kuih untuk dimakan lepas berbuka.. :-p

Nota Jemari: Selamat mencuba!

No comments: