Malam tadi, dok layan FB terbaca la kat status novelis ahadiat akashah tentang drama Budak Setan nih. Katanya akan disiarkan jam 10:30 malam kat astro prima. Harus la ako menanti dengan sabar untuk melihat sendiri drama yang diadaptasikan daripada novel beliau sendiri.

Hampir terlepas juga ako dari menonton drama itu dek gara-gara khayal dan khusyuk melayan drama korea kat KBS. Ermm apa yang boleh dikatakan, drama memang lain dari filem. Ako pasti drama lebih panjang waktu dan harus setiap inci jalan cerita dalam novel akan dimasukkan kedalam drama. Yeaaahhh dan memang benar!!! Jalan citer adalah sama macam novel walau takde la 100% kan. Cuma yang frust sangat, derang memperkenalkan wajah-wajah baru membintangi drama tersebut.

Ako frust ok bila tengok Ayu, lakonan Maslina Nasir (pelakon baru la kot) memegang watak ayu. Oh dan juga Sapi, bukan kah dalam novel Sapi seorang yang kurus dan hitam? Dan watak Azmi lakonan Nas T, aiyoo..... sesuai kah??? Pape pun ini baru episod pertama. Kita tunggu dan lihat episod-episod seterusnya.

Eh eh, baca novel, ako terbayangkan Cikgu Loga tu cikgu laki tapi dalam drama cikgu pompuan ek? errmm... Ala pagi ek? Ha, lady in black.. erm ok laaa

Overall, lakonan derang masih tahap kaku lagi. Takpe la kita bagi peluang pada pelakon-pelakon baru untuk mengembangkan lakonan mereka.
Kisah cinta agung di antara Kasyah dan Ayu kini kembali dalam versi drama pula arahan Along Kamarudin. Drama 26 episod itu akan menemui penonton melalui saluran Astro Prima bermula 10 Ogos jam 10.30 malam. Barisan pelakon drama ini ialah Farid Kamil sebagai Kasyah, Maslina Nasir (Ayu), Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Anne Ngasri (Suzana).
Nota Jemari: Kowang leh baca sinopsis kat sini k.