,

"Photo Challenge Balik Raya!"

Aiyo bila baca tajuk contest macam senang jer bunyi nya kan..
Ingat kan kena amek gambar suasana raya ker..
Gambar posing sakan berbaju melayu/kurung ker tapi bila dok belek dan baca isi kandungan, perghhh memang mencabar sungguh!!!

Ha.. kowang kena bergambar mengikut tajuk-tajuk seperti kat bawah nih.. Gilos kan?!! Tapi bunyi cam menarik juga.. Cabaran ok!!!

1. blogger bergambar dengan itik/ayam hidup, mesti tunjuk guna jari telunjuk kat itik/ayam tu


2. blogger cangkung tepi sungai/tasik, mesti kuis2 air sungai/tasik tu

3. blogger tengah mandi hujan, mesti basah kuyup lencun abis

4. blogger tengah buat kesalahan jalan raya, tak kisah salah apapun, tapi mesti tengah buat salah

5. blogger diri sambil makan kuih raya bawah palang goal, mesti nampak padang tu luas, tak kisah goal post apa pun

6. blogger bermain bunga api dalam hujan

7. blogger pakai baju kurung/baju melayu, duduk atas troli shopping dan buat sign PEACE

8. blogger menganyam ketupat di bawah lampu berbentuk ketupat

9. blogger mencuci kereta di tepi sungai

10. blogger melambung buluh lemang yang sudah dibakar dihadapan balai polis

............tapi jenuh gak nak pikir camne nak buat sumer ni ek?? Klu sengsorang konpom keMALUan terserlah.... psstt ada sesape nak join buat contest ni ngan ako tak?? hahaha
 
Nota Jemari: biqque, really mencabar ok contest nih!!! ehhee
Share:

4 comments:

  1. haha tau xpe..psstt esk aku leh la start bergambo yg anyam ketupat bwh ketupat lampu tu..kat jusco besau o lampu tuh..kakakakh

    ReplyDelete
  2. alamakkk mana lak ako nak cari lampu ketupat ni??? huhu...

    ReplyDelete
  3. ala ako, cari tukang tangkap gambar je next time :D benda ni sume bleh dibuat, cuma kena pikir jauh skit camne nak 'menipu' je :D yg nyata, dah dua tahun kitorang main, mmg best! tahun ni hadiah dah menarik! tahun dpn, haaaaaaaaa mana tau lagi banyak sponsors! hehehehe!

    ReplyDelete
  4. tu la biqque... ekceli mmg takde tukang amek gmbr pun tu yg cam payah sket...

    xpe insyallah klu ada rezeki dan peluang tahun depan ako try join k ;-) tapi mmg besh arr u punya contest nih.. hhahaa gelak guling2 ako ngan member baca kowang nya coretan gambar2 tu ahaha kelassssss *thumbs up*

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.