, ,

Restoran Wau Penyu - Taste From The East Coast

Jumaat lepas macam biasa la kan, waktu lunch agak panjang la sket dari kebiasaan.
Ke mana kita?
Mana lagi, ayuh kita mencari tempat untuk melantak.

Plan asalnya nak makan kat Garden The curve.
Tapi memandangkan keadaan hujan dan jalan yang agak sesak menuju ke sana, sudahnya kami terus saja shoot ke area solaris.

Cari punya cari kedai makan yang sesuai, akhirnya Restoran Wau Penyu menjadi pilihan tengahari itu.

Menu nya yang unik.
Macam dalam majalah atau newspaper plak.
Mula ingat kan majalah lama mana lak yang derang dok soh tengok.
Bila belek-belek, ooo hehe baru pasan itu adalah menu nya.
UNIK kan?!

Ok jom kita tengok menu pilihan kami pada aritu.

Erkkk sori lupa lak.
samaada ni Nasi Goreng Kampung ataupun Nasi Goreng Kerabu.
Harga nya klu tak silap dalam RM7 ke RM8

Dari segi rasa, ermm takde beza dari tempat lain.
Mungkin tambahan sate dan kopok buatkan nasi goreng ni nampak lain dari yang lain.

Kue Teow Goreng - RM7/RM8
Sorry arr ako tak ingat exact price.
Rasa? Mengikut anak tekak ako, 'dia' cakap SEDAP!! hehee

Recommended Dish!
Dagang Sushi - RM9.90
Ni ibarat kowang melantak nasi dagang tanpa kulit sushi tu k.
Sama je keenakan rasa dan paling sedap kuah nya tu! Pekat!
P.U.A.S

Sandwich sate , alamak sori lupa rege nya.
Boleh pilih nak roti apa dan ako memilih croissant.
Klu just nak makan light light aje, leh try menu ni k.
Sedap dan mengenyangkan!




Deco nya berkonsepkan ala-ala kampung gitu. 
Pintu kayu mengingatkan ako pintu kat umah kampung dulu.
Tapi klu seluruh kedai berkonsepkan kayu, konpom lagi nampak konsep kampung nya tu.

Pape pun tatap ada keunikkan nya yang tersendiri.
So, warga pantai timur yang rindukan masakan kampung halaman, ghase nya leh cuba makan kat restoran ni ye :)

Klu bab-bab mencari makan, ajak je kami. 
muahahaha.............

Apa la konsep tempat kat solaris ni kan.
Tengah tengah bangunan ada roda camnni???
anyone can explain?

Nota Jemari: next place
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.