Followers

Sunday, February 6, 2011

Jelajah Petrosains

Coti-coti ghaye cina....
Ermmm melepak kat umah je punggg....
Cuma semalam je arr terpikir nak ke Petrosains.
Cecepat booking tiket dan alhamdulilah seb baek masih ada kosong lagi.
Kisahnya tiket dah sold out masa kami amek tiket.
Itu baru jam 1.45 petang.
Perghh memang ramai sungguh manosia menjelajah alam sains waktu coti-coti mcm ni kan.

Ekceli tujuan asal pun nak bawa ABIN naik 'ketapi'.
Kebetulan ada putra-lrt ke KLCC, so park kete kat Terminal Gombak je la.
Ni, klu drive sampai KLCC konpom nak cari parking memang berejam arr.
Bagus gak kan ada alternatif lain tuk ke sana.

Pengembaraan bermula.
Beratur nak naik 'kete' dark ride.
Best!!

Dah sampai.
Yok posing dulu dengan pakcik Einstein ;-)

ABIN tension je..
Ntah-ntah dia pikir, "sape la atok kat sebelah ni yang aunty nana sibuk soh amek gambar? muhahahahaaa..

Filem 'orang minyak' ... aiyak ingat citer owang minyak yang hitam botak tu ghope nya owang minyak lain eh hahhaa.. Layann je la kan.

Eh ABIN nak jadi kontraktor ker????
Bukan ABIN je tertarik.. Ako pun macam ditarik-tarik nak naik kren tu hahhaa..

Yang ni best.
Tapi kejap je dapat naik sebab berderet-deret owang sibuk nak main gak. 
Mana tak bestnya.. dapat bawa kapal torobang walau pun bukan real punya. Jadi la kan..

Ehem...
Ako dah jadi ostronut.
Kowang????

Ha kan dah cakap...
Ako dah ghase jadi ostronut.
Kowang bila lagi? hehhee... 
Klu pegi, jangan lupa pakai sarung tempat tido ni tau! :p

Duduk atas kusi tu bukan sebarang duduk je tau.
Duduk sebab nak tahu camne rasanya gempa bumi yang sebenar.
Gegar seluruh badan.
Memula tekan slow,,pastu medium pastu tekan high. Butang high tu bagi kita rasa gegaran yang kuat. Hati-hati klu kowang rasa pening ngan gegaran k ;-)

psstt konpom baby lam pewot adik ako tu pun bergegar sama kan hehehe

Banyak-banyak tempat kena lawat. Fengsan OK!!!
Last ako naik helicopter kat belakang tu.
Ala.. feel-feel duduk lam heli.. sonok gak tapi kejap sangat hahaha..
Pape pun experience tu penting kan ;-)

Overall, memang bagus la kowang masuk sini.
Macam-macam yang kowang belajar.
Dan macam-macam juga anak-anak kowang leh tahu.
So, pada kowang yang belom pernah masuk, amek-amek la peluang menjelajah alam sains ni k ;-)

Enjoy!

Nota Jemari: tempat mana lagi ek tak pegi?

No comments: