,

Raya AKO dan MEREKA - part 1

Aritu ako ada ngadu kat FB, time mood ako nak beraya, takde plak yang jemput datang umah. Tapi bila mood raya ako lari kejap ntah ke mana, ada je la yang sudi mengajak makan.

Kejadian ni kebetulan mood raya ako tengah naik mencanak ni.
Tapi tak tau plak nak ghaye umah sape sengsorang.
Pastu bila si diela dok roger mau follow beliaukah ke umah puan ros, maka segera ako bagitau nak pollow. Memang tahap kebosanan dah minggu lepas.
Tu yang bila ada orang ajak, harus la cecepat cakap NAK IKUT!!

Janji ngan si tipah kat tepi highway.
Ater ako mana le tau umah si tuan umah tu kan.
Walau diela yang mengajak, dia sendiri pun belom pernah sampai ke teratak puan ros tu.

Tak kisah la kan, janji i selamat sampai dan dapat makan. :p

Minta maaf la ye.
Ku kirakan diri mu membikin bihun goreng singapore.
Ku kunyah-kunyah, terasa kenyal dan liat sedikit.
Ku kira barangkali diri mu mau cepat dan hanya rendam bihun tu sekejap sahaja.

Tapi ghope nya diri mu membikin bihun goreng SUP.
Alahaaaaiii... minta maaf la ye.
Mana la ako tahu ko buat bihun sup kekdahnya.
hahhahaa...

Walau bukan peminat sup tulang, tapi masih ok lagi la nak telan sama itu bihun goreng.
Syabas! 
Paling diminati adalah cili kicap marbeles kamu!!
Siyes sedap.
Puas hati dengan tahap kepedasan nya ;-)

Sampai jam 1 tengahari.
Pot pet pot pet melantak sampai jam 2 petang.
Tunggu plak si atie kecik datang.
Melepak la lagi kat situ.
Sempat order teh o panas dari tuan umah.

Pot pet pot pet, jam sudah tunjuk angka 3 ke 4 gitu.
Ada lagi yang mau menyinggah.
Terpaksa menanti lagi.
Sudahnya, jam 5 lebih baru berangkat pulang ke sarang.

Adoiyaaaii.... melepak raya bapak punya lama satu je pun rumah nya.
Sampai mengantuk-ngantuk dibuatnya.
Harap tuan umah tak serik la ye menerima kunjungan kami.

Ada rezeki, ada jodoh, jumpa lagi di raya tahun hadapan.
Insyallah ;-)

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Nota Jemari: Esok mau beraya sakan.... are u ready gals?
Share:

3 comments:

  1. beshnye raya. arinih cuti papi nak keje, tau dak psl crazy sale kt low yat tuh? start smlm tp nih pg2 nk pi tgk hehe smepat nk soping tuh

    ptg kang ade mmber jemput open hse xsabo nk pegi

    ReplyDelete
  2. mak aih...die punye penyepit.... ganas ??

    kih kih..

    ReplyDelete
  3. thanks ret,
    thn depan pun konsepnya tekejut2 lagi.
    jemput la datang.
    hahaha!

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.