Salam kengkawan,

Revised balik ye perjalanan raya kita... "FAMILY RAYA OUTING"

Jumaat (16 September 2011)

10:00-10:45 pagi - Rumah nenek 'Majenah' aka Kak Maznah - pandan (bekfes time! konpom lama melepak ni, klu start lambat , maka perjalanan kita pun abesh lambat la ye, harap maklum disitu, so pepandai la kita budget masa melepak tu ye :p)
10:55-11:20 pagi - Rumah kakak een - pandan juga (rumah kakak een x leh lelama sebab dah kenyang melantak kat umah nenek majenah hehee)
11:30-12:45 tghari - Rumah kakak aidah - nilai (sila menikmati hidangan seperti makan tengahari ye)
12:55-1:30 petang - Rumah Ija - kajang (tambahan ye!)
1:40-2:15 ptg - Rumah farihah - cheras (dah kenyang, so minum ayor je la, tu pun konpom haus sebab perjalanan jauh dari nilai tuh :p)
2:20-3:00 petang - Rumah Sri - cheras (tak yah makan gak.. kasi ringan-ringan sudah!)
3:15-4:00 petang - Rumah Kak Ani - Taman Permata (Lunch time! Wajib makan kenyang-kenyang!)
4:15-4:45 petang - Rumah Murshi - Wangsa maju (itu pun klu dia ada umah ye ;-)
5:00-5:30 petang - Rumah Ila - Taman Melati (makan dan minum mana yang termampu :p)
5:45-6:15 petang - Rumah Kak Sahrah - Selayang (minum petang pelissss :p)
6:30-7:00 petang - Rumah Ita - Danau kota (makan je la apa yang ada hehehe, harap2 tuan umah dah ada kat umah time ni!)

Masa adalah anggaran sahaja. Masa juga mungkin akan berubah-rubah.
Terlebih , terkurang pepandai la adjust nanti kan;-)
Ada tambahan rumah nak beraya, sila maklum kan ye so kita leh adjust perjalanan raya kita ni lagi. ;-)
atau ada sesape nak join lagi pun, dialu-alukan ye ;-)

Harap-harap tuan umah, sabar menanti dan sabar menanti dan sabar menanti ye dan sedia menerima kunjungan para pengunjung dengan hati terbuka ye :p.

Menu : -
Nasi Lemak - Nenek Majenah
Soto - Kak aidah
Nasi Tomato - Kak Ani
Bakso - Ita
Kuih-muih - Nazreen
Bihun goreng - Kak Sahrah


Tukang KONVOI :-
AKO & ABIN
Farihah & family
Kak Sahrah & anak
Sri
Ija & anak (konvoi belah pagi je sampai la ke umah dia)
*Een (klu dia larat nak membawa badan, insyallah dia follow too)
*Murshi (klu tak penat insyallah dia join)
*Dila & anak (akan confirm kemudian)

ps: Kak Ani & ita, sila bagi alamat umah ye, kang sesat plak heheh... ----->>> Thank you kak ani & ita atas alamat dan map yang diberikan

Thank you.
Pape kemusykilan atau pertanyaan, nanti kita buat mesyuarat ye esp buat farihah, kak sahrah & sri ye :p

akhir kata,

"Majulah RAYA untuk KITA!!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ok first of all, nak bagi tau, entry ni agak panjang la sket ye. Bertempek gambar-gambar nya. So, harap sabar membaca sampai ke penghujung.

Bahagian kat atas yang memula kowang baca, itu adalah perancangan perjalanan raya kami. 
Target memang nak pegi kesemua rumah yang dalam list raya tu. Dalam banyak-banyak tu cuma rumah farihah & murshi saje kami tak sempat nak jejak. Mungkin kah minggu ni projek beraya boleh diteruskan lagi? Jeng jeng jeng.... 

Jom baca kisah konvoi raya AKO dan MEREKA kat bawah ni.

Rumah Pertama
Dalam itenary kami, kena budget sampai kat rumah pertama untuk bekfes adalah jam 10 pagi. Tapi dek disebabkan masalah kecik, ako adalah terlewat sedikit sampai dari mereka. Tapi memang sedang-sedang elok juga sampai dalam waktu yang ditetapkan. :p

Kata bekfes kan, so menu di rumah Puan Maznah adalah nasi lemak beserta bihun goreng, ayam goreng, sambal udang, lemang dan rendang etc. Erkk... ghase cam bukan makan untuk bekfes gitu. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi sebabkan cam dah bekfes kat umah roti canai so makan ala kadar je la kat situ. (dah tau nak bekfes raya, pi gatal bekfes juga sape soh kan, iskk....)

Tuan umah memang sibuk sungguh.
Sampai tak sempat nak bergambar bersama.
Pape pun, terima kasih la ye buat Kak Maznah sekeluarga sebab sudi layan kami melantak pepagi di rumah beliau. Ikutkan hati nak juga bagi tupperware tuk buat bekal. Hahaha tapi sangat melampau la kan :p

 Bebudak, memula memang malu-malu kucing lagi.
Lama-lama bila dah ada keserasian, bukan main ligat derang bermain bersama.

Konvoi yang ni ako bawa ABIN sekali.
Farihah sekeluarga.
Sri plak ngan anak buah dia si Balqis.
Manakala, kak sahrah n Ija, memasing bawa sorang anak je.


Riuh kejap umah nenek majenah ye pagi tu.
Eh eh, mana pigi cucu tuan umah ye?
Laaa.. baru nak ajak ramas mesra, ghopenya cucu tuan umah baru bangun tido la pulak.

ABIN, klu dah jumpa rakan 'sepasukan', memang tak ingat dunia dah.
Sakan dia bersokaria.
Sampai tak keruan plak ako dibuatnya.
Hahahaha... tak concentrate ako nak melantak dan menghayati makanan-makanan kat umah mereka. Tapi enjoy tatap enjoy la ye. Bukan senang nak ajak derang ni berKONVOI. 

Sepatutnya jam 10:45 sudah gerak ke rumah kedua tapi tapi kami ditahan untuk beberapa minit sebab kena tunggu BIG BOS datang bertandang. Adoiyaaii sudah lari waktu perjalanan ni.

Bila rumah pertama sudah lari tune masa nya, so kowang pepaham la ye. Konpom rumah-rumah seterusnya juga akan terlibat sama. Dan sangat kesian ok bila sampai ke umah yang ujung-ujung. 

Rumah Kedua
Kami melangkah menuju ke rumah kedua agak lewat dari masa yang diplan kan.
Lepak pun agak lama juga la kat situ.
Walau makan kuih-muih je pun tapi bila dah kumpul ramai-ramai tambah plak bila budak-budak dah jadi ramai, konpom memasing naik syeh nak bermain dan berborak.

Terima kasih kak een sebab sudi terima kunjungan kami.
Walaupun tak larat kerna berbadan dua, harap-harap kedatangan kami tak menyusahkan la ye ;-)
Insyallah, tahun depan kitorang serang lagi! :)

Rumah Ketiga
Dari Pandan kitorang terus shoot ke Nilai.
Sampai-sampai je dah nak masuk waktu solat Jumaat.

Time ni si ABIN dah wat perangai dah.
Sebab mungkin dia kepenatan dan mengantuk.
Terpaksa la ada sesi pujuk memujuk.
Seriau gak ako klu tetiba dia cakap nak balik jumpa MAMA dia.
Erkk satu keje plak ako nak patah balik KL time2 gitu.

Setelah sesi pujuk memujuk berjaya, baru lah dapat melantak dengan tenteram dan aman.
Terima kasih Kak Aidah atas layanan dan makanan yang dihidangkan.
Kami melepak sampai jam 3 lebih kan.
Memang agak lama la juga.

Rumah Keempat
Dari Nilai kita ke Kajang.
Makan plak mi kari Jawa (erkk betul tak ija?)

Adoiyai, kat umah Ija ni, abesh sumer barang-barang permainan si Hakim derang dok kejekan. ABIN kan main ligat lagi dia. Satu barang ke satu barang dia kuarkan. Erkk... ai malu tau! haahaha.. Ni anak buah sape yang memang tak reti malu, buat macam rumah sendiri gitu. Harus lepas ni, klu nak bawa budak ni, kena kasi ikat sket pergerakan dia. :p

Rumah Kelima
Pastu dari Kajang kita ke Bandar Tun Razak.
Rumah Cik Sri Salwani plak.

psstt Sri, sedap bihun goreng lada hitam mak ko!
Ingatkan ko yang masak :p

Rumah Keenam
Hujan dah mula turun time ni.
Kita menyinggah plak ke Ulu Klang.
Kali ni rumah Kak Ani sasaran kami.

Erkk tak tau plak ghope nya kak ani memang buat open house.
Nasi tomato dan laksa penang menjadi santapan.
Sedap!!

Kat sini memang kejap sesangat.
Memang sampai terus melantak n terus balik.
Hehehe... ater dah jam 6 petang time tu.
Hujan lebat plak lagi. Klu melepak lelama, konpom memang tak abesh la sumer rumah.

Rumah Ketujuh
Dalam hujan lebat, kami redah juga ke Selayang.
Nasib baik la jalan tak berapa nak sesak sangat.
Biasa la, klu area MRR2 bila hujan, konpom sesak teruk.

Alhamdulilah selamat juga sampai ke rumah Kak Sahrah lebih kurang jam 6:45 petang.

ABIN oo ABIN, wah wah ko buat macam rumah sendiri nampak!!!
Siap sesuka hati dia je dok meniarap camtu.
Plak tu, ko sorang je plak yang conquer bantal tu ye. Isskk.... 

Terima kasih Kak Sahrah sebab jamukan kitorang mi goreng.
Penat dah masa ni.
Muka pun dah berminyak-minyak.
Kami check-out dari rumah kak sahrah lepas sumer nya selamat solat maghrib.

 Rumah Kelapan
Tiba di lokasi Taman Melati lebih kurang jam 8 malam.
Sorry ye Ila sebab jauh tersasar tiba kat umah ko.
Harap ko x menyesal terima kunjungan kami yang kelewatan itu.

Macam-macam juga ko masak ye.
psstt cake red velvet tu sedap. Ingat nak minta tapau tapi tetiba keMALUan ako menyerlah plak. hehehe

Rumah Kesembilan
Rumah terakhir!
Penat nyaaaaa....

Sampai pun dah ja 9 malam.
Kenyang!
Terima kasih Ita sebab sudi sambut kami.

Sorry ita, tak sempat nak makan bakso ko.
Dengar-dengar nya marbeles tapi perut sudah FULL sangat time tu.
psstt awat tak tapaukan tuk ako ek? :p
hahahaha... 

Masa ni, jumpa plak ngan Mya.
So, last but not least, ayoh la kita bergambar beramai-ramai.
Eh eh macam ramai la sangat kan.
hehehhe rumah akhir ni tinggal ako ngan farihah je la gigih berkonvoi sampai ke hujung.

Lebih kurang jam 10 malam, ako beransur pulang.
ABIN pun dah bosan dan mengantuk.
Kesian plak dia.

Sudah nya, rumah cousin sendiri tak sempat nak pegi.

Pengsan!!

Thanks to ALL yang sudi menjayakan xtvt berkonvoi kali ni.
Insyallah umur panjang, tahun depan kita konvoi lagi k ;-)

Nota Jemari: Rumah murshi & farihah, minggu ni ke? hehehe