Malam tadi lepas melepak dan melantak kat rumah che ct, berjanji la plak dengan cik adik ni tuk jumpa. Walau perjanjian perjumpaan nya adalah lain tapi harap cik adik tu kecik hati la ye. Minta maaf banyak2 sebab TERmungkir janji plak. Harap-harap cik adik tu tak serik nak buat perjanjian dengan ako lagi ;-)
Memang dah FULL sangat pewot ni.
Tapi sebab dah mungkir janji ngan cik adik tu nak bawa gi rumah che ct, maka terpaksa la bawa dia gi melantak. Sebab aritu dah masuk jalan-jalan cari makan, maka destinasi melantak adalah ke Restoran Spring Potato di Sri Gombak.
Konon nya kedai ni ada menjual masakan Korea.
So, teringin la juga nak rasa. Klu ok, lepas ni tak yah la susah2 ako ke Sweetree kat Ampang sana.
Lokasi kedai ni ekceli tak susah mana. Tepi jalan je pun.
Cuma kadang-kadang, deretan kedai ni memang tak pasan sangat.
Yang pasti, klu kowang masuk je jalan Sri gombak tu, sila pastikan kowang jumpa dewan beringin dan sek kebangsaan sri gombak di sebelah kanan.
Deretan kedai ni adalah selepas trademark dewan & sekolah tu ye.
Dan sila pastikan kowang jumpa dulu Kedai Asam Pedas mak usu ni.
Sebab, Restoran Spring Potato tu adalah sederet je dengan kedai mak usu.
Menu korea idok le banyak mana.
Ada la dalam beberapa jenis.
Yang 3 atas ni antara menu yg derang offer.
Sebab aritu masa kat sweetree tak sempat nak rasa rice cake, so bila nmpk menu tu ada kat situ, terus je ako order menu no 2 tu. Tambah plak ako memang nak cari makanan pedas.
Kedainya berkonsepkan oren merah.
Ekceli kedai ni bukan hanya jual makanan korea, western dan melayu pun ada juga. So, klu sowang nak makan melayu, sorang nak makan omputih, sowang nak makan korea, ha leh arr try melantak kat kedai ni k ;-) Tak yah nak pening-pening pilih lokasi. Cuba aje makan kat situ.
Juice carrot - RM4
Teh o Limau - RM2
Klu makan sini, wajib order spring potato ni.
Klu idak cam x lengkap gitu.
Kami order yg small portion saja.
Harga nya dalam RM3.
Yang ni ada macam2 perasa.
Kami amek perasa bbq.
Ermm bole la, tapi bagi ako sedap lagi yg jual kat pasar malam. hehe..
Untuk makanan melayu, katanya ni salah satu makanan istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi.
Mi bandung harga nya RM6.00
Agak terlalu banyak sangat dia letak udang kering.
Rasa pun dah jadi terlalu manis sangat.
Dah macam makan mi gula plak rasa nya.
Teok Bok Ki.
Ha camni la ghope makanan korea yang ako order.
Harga nya dalam RM6.
Portion nya macam nampak sket tapi bersesuaian la tu.
Kowang pun bukan leh makan byk sgt kan makanan korea.
Sekadar nak merasa dan mencuba, ok la dengan portion yang x terlalu banyak tu.
Pedas!
Ermm ok la not bad gak.
Sayur-sayuran, ada fishcake, rice cake.
Cuma kuahnya sket bebenor.
Tak puas nak menghirup sesuatu yang pedas.
Banana split sebagai pencuci mulut.
Harga nya RM5.00
Overall, ermm bole la kot klu tak tau nak makan kat mana, kowang cuba la kat sini k.
Sebab ako dah FULL sangat, so ako rasa so-so je la ye.
Alamat:
No 11, Jalan SG1/1,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Tel : 03-61884471
View Spring Potato Cafe in a larger map
Nota Jemari: Selamat menjamu!
5 Comments
bole tahan mahal yek rege...iskk...tp klu sedap takpe le
ReplyDeletetu la kan tp kt kl ni standard ar rege2 camni... klu nama restoran ssh nk dpt rege yg murah dh skrg ;)
ReplyDeletememula tgk rega ok aje tp smpai mi tu rm6 huyuh hihihi.. tetiba tingat kimchi. sedapnye.. sista aku Debi pandai buat kimchi. hadushh buat teringin aje la ko nih buat enty cenggini...
ReplyDeleteEly,
ReplyDeletehaahaa...sista ko pandai buat kimci? wah wah psstt leh kirim tak? hahah :p
toinkkk! toinkkk!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com