Bertangguh-tangguh citer nan satu ni.
Asek terperuk je dalam draft.
Ater mood nak menghapdet cam lari ke mana ntah.

Jom la sambung, sementara tengah mood menaik ni kan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Atas kehendak pengarah-pengarah kami, jumaat lepas (9 Sep 2011) telah berlangsung satu majlis jamuan hari raya antara department ako dan department kat bawah opis ako.

Konsep hari raya tahun ni adalah tema warna jalur gemilang iaitu merah, biru, kuning dan putih.
Bila dua department bergabung, konpom arr meriah.
Alhamdulilah plan yang dirancang last minit, berjalan dengan lancar dan jaya nya.
Terima kasih la pada mereka-mereka yang bertungkus lumus menjayakan jamuan kali ni.
Tahun depan, insyallah bergabung tenaga plak dengan yang lain kan ;-)
Bak kata pepatah, "ikut turn" :p

MC for the day.
Yew Keat & Emilia.

Ok, ako tak tahu pun yang dedua PENGARAH ni ghopenya ada sesi berbalas-balas pantun.
Ingatkan sekadar ucapan dari setiap orang, rupa-rupanya baru pasan, dedua berucap lebih kurang serentak sambel terselit acara berbalas pantun. Wah wah, kelassssss ko ye wahai pengarah-pengarah sekalian :p

Masa ni ako kan kat belakang belakang tabir je pun. Memang tak dengar sangat n tak pasan situasi kat atas ni. Sibuk dok nyambut tetamu depan pintu la katakan.

Amboiii cik kak dowang ni, kan main lagi melalak ye.
Masa ni, acara belum setart lagi.
So, sesape yang nak try test sore, boleh la menyumbangsihkan lagu-lagu raya.
Tak sempat nak celah, ater derang dah berebut-rebut 'mic'. ish ish.... mak-mak aka bini-bini sape la tu kan :p

Penghayatan lebih nampak nya ahkak-ahkak kita tu.
Hahahaha.. feel or naik sheh dah gamak nya.
Kasi layan je la kan.

psstt dah dah moh kita gi karoks moh, dah lama x wat projek karok hari jemaat kan :p

Konon nya nak buat ala-ala kad raya gergasi gitu.
Ai bagi u, u bagi ai balik.
So, letak ar dua kad dan minta la mereka-mereka turunkan signature memasing kat tempat yang sepatutnya.

Gabra!
Dah lama tak menulis kan.
Nak sign pun gigil, OK!!
Tak sempat pun nak coret pape kat situ.

I atas , u bawah.
U bawah, i atas.
hehehe...

Kad atas tu dari JASM untuk JEK staff.
Kad bawah plak sebaliknya la ye.
Kasi frame ke hape ke, letak kat department memasing sebagai kenang-kenangan.

"Semoga keakraban kita berkekalan"

 Department ako ni,tak sah klu wat jamuan makan besar-besaran , bukan hanya datang melantak je ye! Ada hiburan, ada permainan.

Kali ni kitorang buat games ala-ala 'crazy jumble word'.
Tema masih mengekalkan raya dan merdeka.
Masa round pertama, agak senang la juga.
So, memasing pakat jawab tiru meniru kat org sebelah menyebelah.

Masuk round kedua, kasi kejam sket.
Satu soalan ke satu soalan cepat je kasi tukar.
Hahaha ater kata memasing dah terror kan. So pepandai la kowang tulis jawapan dalam kertas yang disediakan ye.

Sape cepat dia menang.
Ala walau voucher Sogo RM50 pun, jadi la kan ;-)
Tak nak?
Rugi! hahaha.... 50, duit juga tu kan kan :p

Tengok muka memasing.
Teruja betul nak jawab soklan.

"hai bos, sampai pening-pening ke?" 
hehehe...

Pape pun derang sumer memang sporting!

Ada kek.
Memula ako pun x paham apa fungsi kek ni tau.
Macam takde ocassion yang sesuai.
Letak plak kat penjuru pintu masuk yang sebelah sign kad tadi tu.

Macam terbiar je.
Sian.
Dah hujung-hujung memasing masih tak perasan kewujudan kek ni.
Pastu, ako terus alert derang yang sepatutnya.
Alang-alang nak bergambar, so baik lah kita bergambar sekali dengan kek ni.

 Dan kebetulan ada plak yang celebrate besday aritu, so ramai-ramai terus nyanyi lagu besday untuk beliau.
Mana yang masih tertinggal kat situ, dapat la merasa kek tersebut.
Dengar nya sedap!
Moist ceklat kek.

Erkk ako x sempat nak rasa.
Kekenyang sudah!

Kek ditempah dari residence hotel merangkap cafe kita.

Tahniah!
Tahniah!

Mereka menang best costume sebab mengikut tema.
Lengkap sumer kaler.
Memang kalerful sungguh.

Merdeka!
Merdeka!

pssstt ijat, kopiah putih ko tetiba lak hilang ek? :p

Last but not least, harus la bergambar beramai-ramai.
Sebabkan ramai yang sudah pulang ke 'sarang', maka mereka ni je la yang dapat ditempekkan muka nya kat sini. Baru sebahagian je ni. Tak kisah la kan, tahun depan kita bergambar lagi.

Terima kasih la pada yang menganjurkan jamuan ni.
Terima kasih juga la pada yang jadi 'orang kuat' tuk jayakan majlis ni.
Walau last minit, tapi alhamdulilah hasilnya sangat SUPERB!!

Akhir kata dari ako,
"majulah RAYA untuk KITA"

Nota Jemari: selesai juga cerita raya ni!