Followers

Wednesday, November 9, 2011

Happy Anniversary

9 November 1973
Tarikh mereka disatukan.
Terbina ikatan sah sebagai suami dan isteri.

Dan hari ini 9 November 2011,
jika mereka masih ada,
genap sudah 38 tahun perkahwinan mereka.

Walau hanya sekadar ingatan,
tetap ucapan selamat ulang tahun ingin disampaikan.

Walau sekadar tinggal kenangan,
tetap sekalung tahniah ingin diucapkan..

Walau hari berganti hari,
tahun berganti tahun,
tetap akan sentiasa segar dalam sanubari.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan,
ABAH & MAK!!
Moga damai dan sejahtera di 'sana'.

Al-fatihah..

Nota Jemari: ~_~