Followers

Tuesday, January 3, 2012

Batam Trip: Arrival

Katanya cuti seminggu tapi dalam cuti-cuti pun kena gak menapak ke opis. Alaahaaii...!!
Sudahnya seminggu terus dapat 3 hari je cuti penuh nya tu.
Ermm jadi la daripada tak cuti langsung.

29 Dis 2011, ako vroomm ke Jay Bee.
Itupun lambat juga bertolak dari KL.
Banyak plak urusan last minit yang nak disetelkan haritu.
Sampai JB lebih kurang jam 9 malam.
Penat sebab kena drive sengsorang.

Dah sampai JB memang tempat yang dituju adalah ke Bukit Indah.
Ntah plan malam itu tetiba memasing rasa cam nak menyeberang laut china selatan. 
(erkk betul kan laut china selatan? ke laut selat melaka ek? adoiyaii mmg FAIL betul la subjek geografi ni! hehe)

Nak ke Singapura, ermm macam dah slalu sangat.
So, bincang punya bincang, akhirnya kata sepakat mau ke Batam saja lor.

Batam pun Batam la janji ke luor negara gamak nya.
Muahahaha... :p


Maka, tarikh 30 Dis 2011, kami berjaya juga keluar dari Malaysia.
Sebab dah kat area JB, so kowang boleh la naik feri aje tuk ke Batam tu.
Kowang leh amek feri dari Stulang Laut, Pasir Gudang ataupun Kukup, Pontian.
Macam kitorang, just naik dari Stulang je la.

Konon nya nak naik feri seawal yang boleh.
Feri dari Stulang adalah sejam satu bermula dari jam 7.30 pagi.
Sampai-sampai aje terus kami ke kaunter tiket.
Perghhh urusan pembelian tiket memang agak lembab juga la.

Gi kat kaunter, inform nak ke mana.
Serah passport dan juga jumlah wang, kemudian nanti budak kaunter key-in segala butir.
Tunggu hingga nama dipanggil dan serahan passport dan tiket akan dibuat.

Datang awal pagi-pagi memang la ramai bapak-bapak dan juga ibu-ibu yang mau pulang ke kampung halaman. Jadi nasihat ako, better la kowang beli aje lor tiketnya secara online

Harga tiket dewasa klu sehala je RM69.
Tapi klu kowang beli pegi-balik, harga nya RM110.
Jimat la sket kan.
Cuma nanti ada plus seaport tax RM8. (Malaysia sahaja)
Insuran RM2
Fuel surcharge RM3.

So jumlah klu beli tiket pegi-balik RM110+RM8+RM2+RM3 = RM123.

Tiket balik tu nanti dia akan bagi open tiket time & open ferry.
So, kowang leh balik bebila masa dan bole pilih memana feri lain plak.
(kot-kot la kowang nak try feri lelain kan ;-)

Dan jangan lupa tambah seaport tax Rp105,000 (mahal nya tax derang kan).


Tukaran RM ke Rupiah pada tarikh 30 Dis 2011.


Budget nak naik feri jam 8.30 pagi (waktu malaysia).
Sebabkan urusan kat kaunter tiket adalah lambat, maka dapat la naik jam 9.30 pagi.
Itupun bila dah check-in, jam 10.30 pagi baru la feri nya berangkat.

Kowang  bayangkan la, yang bapak-bapak sama ibu-ibu pulang, sekali dihangkutnya bertan-tan bagasi. Mana tak jadi lambat dibuatnya. Urusan nak menghangkut, menyusun barang-barang derang je dah amek masa yang agak lama. Jenuh dok menunggu dalam feri tak gerak-gerak juga. Sejam lebih menunggu, baru la selesai segala urusan kat luar. 



Feri dari Stulang, tak leh arr nak memilih.
Naik je la apa jua feri yang derang bagi.
Masa pegi kitorang dapat feri Pintas Samudra.
Ermm agak sempit sket la.

Tingkap nya pun agak tinggi.
Klu kowang nak jenguk ke luar, harus la kowang kena berdiri gitu.
Tapi bagus juga coz klu kowang mabuk laut, takde la kowang nampak lautan terbentang luas so takde la nampak ombak ombak yang boleh tambahkan mual kowang tu kan ;-)


Sejam kemudian, selamat sudah kitorang sampai ke Pulau Batam.
Masa nak co passport tu, sila pastikan kowang berada di lorong yang betul ek.
Maklum la orang Batam ni terlalu cerdik sangat.
Signbod, 'foreigner' & 'local' ada ke patut ko tempek kat bawah.
Sape la yang nak tengok kat belah bawah kan.

Sekurang-kurangnya ko gantung sket signbod tu kat atas kepala.
Konpom-konpom la klu masuk ruangan pemeriksaan, ko akan tengok belah atas, betul tak?
Mana de orang terhegeh-hegeh nak tengok bawah.

Tapi nasib baik lah imigresen sana x cerewet sangat.
Ko senyum je lebih sket, ko sengih lelebih, gerenti tak banyak soal.
hahaha... 



Yeehaaa...!!
Ok kami sudah selamat tiba di Pulau Batam.

Urusan selanjutnya, mahu check-in hotel pulak.
Tunggu ya anak-anak sekalian.
Akan disambung lagi....

Nota Jemari: ..tetiba jadi JUTAWAN kat sana :p

11 comments:

Sis-Lin said...

Ni yg marah ni..takde pun gambo aku dalam ni..hahahahha
Ooo lupaaa aku eh yg tukang amik gambo..hahahaaaaa

AKO @ retna said...

cissssss!!!
Gambo ko x banyak arr...
Tunggu ako tempek next entry :p

Sis-Lin said...

Hahahaha tempek jgn tak tempek, ko tempek yg gambo aku nampak kurus sikit tau..hahahaaaa

AKO @ retna said...

yo la yo la :p

Ely Hasrul said...

beshnye... nnti kalu smai nk naik boat bleh la g batam gak hehe

AKO @ retna said...

Ely,
hehehe ye ye nnt bleh bawa Sami naik bot.. eh feri la :p

ch@ said...

sisLin diwakili Amat. pelik gak takde gambar sisLin. hahahaha...
tak gayat ke kakRet naik feri. kalau kitala duduk diam je tak bercakap, seriau. hiii.

mekchu said...

mggu dpn ada training kat jb seminggu.. budak2 ajak pegi batam.. tak pernah dgr. tiba2 teringat ako ada wat entry psl batam ni.. bleh lah refer

AKO @ retna said...

ch@,
kitrg lelapkan mata je, takot pening ahaha


mekcu,
hehehe ekceli xde apa sangat.. makan seafood laaa,,, terbaeekkk!!

fatt said...

tetiba aku teringat kat PCK sbb dia slalu sebut Batam...pd pendapat ko popular tak Batam ni?

AKO @ retna said...

ermmmm bagi kalangan warga Singapura, mmg popular ehhehe..

tapi ako pun x pasti nape leh popular.. maybe orang melayu singapura suka soping tudung n baju2 kat situ kot..

tapi dari segi makanaan seafood pun popular gak..

yg lelain, erkk ghasenya takde sangat, biasa2 je ;)

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers