Abis sudah!
Puas!
Tak sia-sia!

Wah bersemangat sungguh lepas berakhirnya contest yang satu ini.
Kisahnya beberapa hari sebelum kita sumer bercoti panjang sempena nak sambut raya, department ako telah mengadakan satu contest yang dinamakan "Deco Raya". Memang bersemangat waja la kan memasing menyiapkan deco sebelum cuti tempoh hari. Memandangkan lagi beberapa hari nak cuti, maka persiapan pun last minit punya persiapan la kan. Cuma last minit-last minit pun tetap gigih setiap kumpulan menyudahkan deco masing-masing.


Persiapan dari kumpulan XTau.
Mengimport bebudak intern untuk menolong mereka.


Memandangkan kumpulan mereka mendapat tempat yang agak kurang strategik, maka agak kesian juga la pada mereka sebab terpaksa mengganggu wokstation staff yang lain. Tapi klu dah kreatif, kat memana pun, sudut memana pun konpom leh nampak menarik kan ;-)


Amboiiii kawan nan sorang ni, sempat lagi nak belajar buat ketupat ye.
Sebab ako bukan jenis berseni, maka xde nya la kan ako nak belajar sama. hehe..


Semua orang bersungguh-sungguh menyiapkan deco kumpulan masing-masing.
Saat-saat genting macam ni la, kerjasama setiap ahli sangat-sangat berharga.



Kumpulan ako pun x kurang sungguh nya.
Ini sumer last minit punya idea.
Untuk mengurangkan belanja, maka kebanyakkan barang-barang terpaksa diguna semula.
Jadi la kan, janji apa yang nak dihasilkan menjadi seperti yang dirancang.

Chaiyok everyone!!!!



Camni la lebih kurang hasilnya untuk kumpulan Kawt1m.
Kawasan hiasan mereka adalah di bahgaian hadapan pintu masuk blok A.
Kira agak strategik juga area nya tu.


Dan taaadaaaaaa.... akhirnya setelah diadili oleh para pengadil jemputan, maka diumukan kumpulan kami berjaya memenangi contest deco kali ni.

Sangat berpuas hati setelah kecewa beberapa kali dalam contest-contest sebelum ni.

Ekceli, deco kitorang simple je.
Tapi tetap bersyukur coz kawasan hiasan kitorang sangat strategik.
Konsep kitorang adalah "Tetamu datang beraya ke rumah" ..




Kami wujudkan pemandangan di luar rumah.
Kami pakat nak buat ala-ala rumah kampung.



Kemudian kami hias sudut dalam seolah-olah kelihatan seperti ruang tamu.
Tak lupa juga kami wujudkan ruang makan sekali.


Kemudian, ada plak ruang memasak.

Simple je kan!
Tapi maybe tuah menyebelahi kami kali ni.
Syukur!

Pape pun, tahniah kat sumer ahli kumpulan yang bertungkus lumus bekerjasama di saat-saat akhir.
Berbaloi kan!!! ;-)

Nota Jemari: chaiyok everyone, beza kita satu mata je lagi dgn grup lagi satu!! :p